google28d19bd85b072b60.html AKU DAN BLOGGER.com: 2010

Ahad, Disember 19, 2010

CANTIK


Alat solek dan wanita memang tidak dapat dipisahkan. Alat solek digunakan untuk menambah seri di wajah. Yang kurang cantik akan kelihatan cantik dan yang cantik akan kelihatan lebih cantik. Betul ke?


Aku inda kan cakap apa itu alat solek atau bagaimana hendak bersolek ... kalau tanya aku bagaimana, aku pun inda tau kan menjawab :D sebab aku memang rendah pengetahuan tentang cara-cara bersolek ani. Tapi biasalah ... naluri wanita ani, se simple-simple macam manapun dia kadang-kadang timbul jua rasa hati kan ikut-ikutan bersolek macam wanita lain. Contohnya seperti aku ini lah ... hehe

Sejak kebelakangan ani, kalau singgah ke kedai-kedai pharmacy mesti singgah dan merenung lama-lama di bahagian alat-alat solek. Nak pilih warna apa? Nak pilih pensil mata yang jenis macam mana? bila fikir-fikir balik, nak beli buat apa ... bukan pandai cara-cara pakai "make up" puuun. sampai kadang-kadang diri sendiri jadi keliru. Akhirnya inda tah jadi membeli.

Orang cakap simple tu memang cantik, "natural beauty" ... tapi macam yang ku cakap tadi naluri wanita. Wanita memang banyak keinginan terutamanya pada bab-bab kecantikan. Cantik muka, cantik kulit, cantik badan dan cantik pakaian. Kalau boleh le, dari head to toe semuanya mau kelihatan cantik.


"katie holmes with and without make up"


Kan kelihatan cantik memang tak salah, tapi biar berpada-pada. Jangan sampai sebulan gaji dibelanjakan untuk kecantikan saja. Ikut kemampuan ...

Yang penting biar cantik di luar (penampilan) dan biarlah juga cantik di dalam (hati) ...

lagu ni memang cantik ...

Rabu, Disember 15, 2010

KELEBIHAN BULAN MUHARRAM YANG PENUH BERKAT/ HARI ASYURA (10 MUHARAM)

MUHARRAM adalah bulan pertama dalam sistem kalendar Islam (Hijriah) yang juga turut dikenali sebagai Awal Muharam. Perkara yang paling penting di dalamnya adalah mengingatkan umat Islam kepada peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dari Mekah ke Madinah. Muharam bukan sekadar bulan bagi permulaan tahun dalam kalendar Islam, sebaliknya termasuk dalam kumpulan empat bulan paling diberkati dan dimuliakan Allah Subhanahu Wata’ala. Firman Allah dalam Surah At Taubah ayat 36 bermaksud: "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan pada sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah semasa Dia mencipta langit dan bumi, diantaranya empat bulan yang dihormati (iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab)".

Yang dimaksudkan bulan yang dihormati dalam segala aspek iaitu bulan yang mengikut riwayat sahih ialah Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab. Bukan bermakna bulan lain tidak dihormati, tetapi keberkatan Allah turun pada empat bulan itu.

Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Bulan itu penuh dengan peristiwa dalam sejarah tamadun Islam. Selama 30 hari itu penuh dengan pelbagai keistimewaan. Teristimewa adalah 10 hari pertama. Banyak peristiwa berlaku sejak zaman berzaman dalam sejarah Muharam yang dikenali dengan nama Asyura. Beberapa perkara penting berlaku pada bulan Muharam mengikut pandangan cendekiawan ilmu dalam, termasuk bulan ini Allah mencipta Syurga dan bumi, menyelamatkan Nabi daripada kezaliman musuh dan mencipta Nabi Adam.

Pada Hari Asyura iaitu pada hari 10 Muharam pula bahtera Nabi Nuh diselamatkan di Gunung Judi, Nabi Ibrahim daripada api Namrud dan Nabi Musa daripada Fir’aun dengan Hari Kiamat.

Asyura adalah hari paling mulia di dalam Muharam sebagaimana sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. “Apabila Nabi Berhijrah Ke Madinah, orang Yahudi di Madinah berpuasa pada 10 Muharam dan mereka mengatakan pada hari itulah Nabi Musa diselamatkan daripada kezaliman Fir’aun. Nabi Musa diselamatkan bersama sahabat Baginda, tetapi Fir’aun dan askarnya lemas dalam sungai. Itu sebabnya kami berpuasa pada Hari Asyura. Apabila Baginda mendengar penjelasan mereka, Baginda kemudian dengan bangga bahawa kami paling berhak dan paling dekat kepada Nabi Musa lebih daripada kamu sekalian dalam semua aspek. Maka Rasulullah menyuruh umat Islam berpuasa pada Hari Asyura.’ (Hadis riwayat Abu Daud).

Amalan sunat pada bulan Muharam.

Antara yang disunatkan pada bulan Muharam :

*Berpuasa : Maksud hadis "Barangsiapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.” “Barangsiapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama dua tahun".

*Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

* Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak tiga kali.

* Berdoa awal tahun pada 1 Muharam selepas Maghrib tiga kali.

Perkara-perkara sunat dilakukan pada Hari Asyura (10 Muharam).

* Puasa Sunat Hari Asyura. Allah menjanjikan pahala laksana seribu kali haji, seribu umrah, seribu syahid dan diharamkan daripada Neraka.

* Menjamu orang berbuka puasa. Allah memberi pahala, seperti memberi sekalian umat Islam berbuka puasa.

* Sembahyang sunat empat rakaat. Niatnya "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Ta’ala". Pada rakaat pertama dan kedua selepas Faatihah, baca Surah Al Ikhlash sebelas kali. Allah akan mengampunkan dosanya, walaupun berlarutan 50 tahun melakukannya.

* Membaca Surah Al Ikhlash seribu kali. Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat di akhirat.

* Mandi sunat. Niatnya "Sahaja aku mandi sunat Asyura kerana Allah Ta’ala". Allah memberi kesihatan yang baik dan tidak sakit tenat mata pada tahun itu.

* Memelihara kehormatan diri. Allah mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

* Bersedekah. Allah menjauhkannya daripada Neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tidak terhenti-henti hingga ia mati dan diberi pahala seperti bersedekah kepada fakir miskin di dunia ini.

* Menahan marah. Allah memasukkannya ke dalam golongan orang yang reda.

* Melapangkan belanja anak isteri. Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun itu.

* Memuliakan fakir miskin. Allah memuliakannya dalam kubur.

* Membaca Surah Al-Infithaar. Jika seseorang yang ditimpa musibah seperti demam membacanya ketika mandi, Insya-Allah akan sembuh.


sumber diperolehi dari www.pelitabrunei.gov.bn

Selasa, Disember 07, 2010

HIJRAH 1432



selamat tahun baru hijrah 1432

1 muharram 1432

Ahad, Oktober 17, 2010

SAMBUTAN RAYA DI PEJABAT

Sambutan diadakan di Bilik Latihan. Pada perancangan awal, sambutan hanya untuk warga BL sahaja. Masing-masing kami mambawa makanan untuk hidangan tapi memandangkan rezeki terlebih lah pulak, mana-mana pegawai dan kawan yang rapat dengan staff dipanggil juga untuk sama-sama meraikan dan memeriahkan sambutan. Tidak ketinggalan kami warga BL dikehendaki membawa sebarang hadiah. Hehe tak payah le hadiah mahal-mahal. Cukup sekadar untuk memeriahkan sambutan untuk acara lucky draw.

Aturcara sambutan :
  1. Sudah setentunya makan ... makan ... dan makan :p
  2. Cabutan nama bertuah (lucky draw)
  3. dan meneka jumlah gula-gula didalam bekas.


Acara sambutan diadakan secara sederhana tetapi meriah. Seharian bekerja, sekali sekala kita enjoy di pejabat apa salahnya. Kan ...


acara cabutan nama bertuah



ehem2 ... ini hadiah lucky draw yang aku dapat, hehe ...



Selasa, Oktober 05, 2010

COKLAT DAN ULAT

Hari ni dalam perjalanan balik ke rumah, aku singgah ke kedai nak beli coklat. Setiap kali membeli aku memang pilih dark chocolate satu produk ni. Fikir punya fikir, aku beli coklat yang bercampur hazelnut. Biasanya aku beli yang plain dark chocolate aje tapi liur hari ani kan makan yang bercampur kacang. Harga $1.70.

Aku buka sedikit bungkusan coklat, aku patah, aku makan dan aku telan. Mmmm sedapnya .... tapi bila time driving, aku bukalah bungkusan coklat lebih lebar dan bila aku nampak begini (seperti di dalam gambar) aku jadi tak berselera nak teruskan makan coklat nih.

Dalam fikiran ku, coklat ni sudah dihuni oleh ulat2 yang memakan kacang hazelnut yang terdapat di dalam coklat berkenaan. Ya Allah, gelinya aku ... Sebab aku pernah mengalami nasib yang sama, di mana aku pernah sendiri ternampak ada ulat di dalam coklat sedang makan kacang. Iyeeeewwwwww!!!!!

Tapi yang ini aku tak tau sama ada ada ulat di dalamnya ataupun tidak dan aku tak sanggup lagi nak menengokknya sampai ke dalam coklat. Sumpah aku tak sanggup!!!

Mmmmm siapa nak jawab?!
coklat yang baru di beli

Selasa, September 21, 2010

CRITICIZE

Manusia memang suka mengkritik. Lumrah hidup manusia yang inginkan kesempurnaan ... but what would you do or how do you feel if diri kamu sendiri yang dikritik tambahan lagi dikritik oleh seseorang kenalan yang belum lama dikenali yang belum tahu "true colour" kitani?. Benarlah kata orang 1st impression tu penting tapi kalau 1st impressionpun sudah dimulai dengan criticize, kan kes niaya tu ...


So masalahnya sekarang, aku inda kata mengkritik tu jahat. Kritik ni kalau diambil positif akan menguntungkan diri bagi orang yang kana kritik dan begitulah sebaliknya jika ianya diambil negative tapi kalau kan mengkritik biarlah kena pada masa dan tempat. Kadang2 manusia boleh menerima kritikan jika kena pada gayanya.

Kepada para pengkritik ... kritik boleh kritik, kiritiklah benda2 yang munasabah, kritik yang membangun agar dapat membuka mata, hati dan minda orang yang dikritik.

Rabu, September 15, 2010

LEPAS CUTI RAYA

RAYA KE 6, sudah 2 hari semua pejabat-pejabat kerajaan dibuka. Wah wah wah ... sungguh bosan bila kembali semula bertugas selepasa cuti raya. Still in raya mood le. Matapun masih mengantuk ni sebab kekurangan tidur semasa bulan Puasa lepas. Biasanya paling seronok semasa raya di pejabat ani ialah undangan "open house" dari staff sampai inda tau siapa kan di aga, memandangkan keadaan masa yang agak terhad.

Mmmm nampaknya tahun ani undangan agak berkurangan, setakat ani belum ada lagi panggilan-panggilan "open house" yang kami terima ... hehe! Walaubagaimana pun aku tak kisah, sebab tahun ani aku dah bertekad kan berpuasa 6 hari di bulan Syawal and now masih dalam proses meng "qadha" puasa dulu. Lepas selesai karang barutah puasa 6. InsyaAllah ... kalau sempat.

Really really tired ni sebenarnya. Rasa-rasa jua otak ani sudah buntu kan mengeluarkan idea. Apa yang aku perlukan sekarang ialah tidurrrr ... tapiiii tahan-tahan saja tah mata, nanti malam lagi membayar tidur awal. Mmmm I wish ...

Jumaat, September 10, 2010

SALAM AIDILFITRI - 10/9/2010

Raya raya raya!!! hari ini hari raya!. Hari kemenangan bagi yang berpuasa. Preparation sederhana, seperti tahun2 lepas. Cuma tahun ni ada perubahan sedikit ... ehem2 hehe! ... beli perabot baruu. Haha!.

Anyway seems kekurangan idea ... Selamat Hari Raya Aidilfitri semua ...

Ahad, September 05, 2010

KENAPA RAYA SEMKIN BOSAN?

Lama inda "mengarang" dalam blog ani membuat aku terlupa bahasa apa yang patut ku gunakan. Terpaksa jua merefer arah post2 yang lama, hehe!. Hakikatnya ... aku menggunakan bahasa campuran. Standard bahasa melayu, bahasa Brunei dan kadangnya campuran bahasa Inggeris. Eseymen ... woot! woooot! ~

So hari ani sudah masuk 25 hari berpuasa, inda lagi lama ni kan hari raya. Esh! esh! sayang rasanya kan meninggalkan bulan Ramadhan ani. Personally, bulan Ramadhan ani membuatkan hati ani sentiasa tenang dan sentiasa ingat pada Tuhan. Kalau lah Ramadhan ani ditakdirkan sepanjang tahun ... Alhamdulillah. Seperti yang pernah ku cakap pada seorang kawan, kalau lah Ramadhan ani sepanjang tahun kan bagus dan kawan cakap ~ gerenti ada yang tutup business. Siapa yang tutup business? Mmmm lu fikir tah sendiri ... hehe!

Harap-harap semoga Allah mempertemukan aku lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Amin ...

Bila raya saja gerenti ku boreng. Y? I don't know ... hari raya ni sebenarnya untuk budak-budak aje. Aku teringat masa zaman kanak-kanak ku, raya sama keluarga. With mom and dad, and also with bro and sis. konvoi sana-sini sama saudara mara terdekat. weeeee~ sungguh seronok. And now, suasananya dah tak sama ... my dad sudah tiada, and i'm geeting older :D and so so so ...

Kalaulah ada gambar raya dulu-dulu tu kan bagus. Dapat jua dijadikan kenangan. Mmmmm atu namanya sekarang ani dunia dah canggih. Ketik sja arah handphone sudah ada gambar. Dulu-dulu camera pun payah-payah kan tedapat dan budak-budaknya pun tak secanggih mana ... :p

orait ... selamat berpuasa ...

Jumaat, Ogos 20, 2010

MERDUNYA BACAAN

Dapat video ni dari my facebook. Kawan yang post ...





:'(

Khamis, Ogos 12, 2010

SALAM RAMADHAN 1431


More RAMADHAN graphics


Belum tidur selepas bersahur ... dan sekarang mata sudah mulai mengantuk :( . Awal pagi perut sudah meragam, inda nyaman rasa. Mungkin perut belum biasa diisi di awal-awal pagi.

Hari ani hari off senegara bagi pekerja-pekerja ... hehe!, sempena menyambut 1 Ramadhan 1431. Alhamdulillah 1 Ramadhan jatuh hari ini, hari Khamis dan macam biasa esok hari Jumaat, hari off kerja bagi kakitangan kerajaan. So off kerja selama 2 hari berturut-turut. Mmmm sungguh seronok. Bila lah lagi dapat peluang begini yeaa??? :p

Mata dah mengantuk sangat ... kan sambung tidur dulu ...

Btw... Selamat berpuasa peeps, semoga puasa dan amalan-amalan kitani diterima dan sentiasa tah berdoa semoga kitani akan dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang.

InsyaAllah ...


Ahad, Ogos 08, 2010

SUNDAY

Woke up early, walaupun sebenarnya semalam mata payah jua kan tidur. Don't know why? After blogging konon kan tarus kan menidurkan mata tapi hakikatnya mata belum mengantuk. Pajal-pajal inda jua mau tidur so aku bawa baca novel. Banyak jua uleh membaca tapi still mata ani inda jua mau mengantuk. Dalam pukul 12 malam received a call, ragu-ragu jua kan menjawab. No name ... only numbers. Fikir punya fikir then aku jawab. Manalah tahu emergency call. Allah Allah ... kenapalah dia yang menelefon? Namanya pun sudah ku erase dalam phone book ku. Inda tau kah jam sudah pukul berapa? Marah memang marah tapi memandangkan perasaan "respect" ku masih ada cuba-cubatah saja mendengar ceritanya, flirting flirting flirting atulah kebanyakan ceritanya disamping masalah peribadinya. Hello ... its not the right time kan flirting lah beb!. Kalau masalah peribadi atu dapat jua dilayan, memberi pandangan dan nasihat.

Now, Alhamdulillah ... walaupun dimalam tidur around 1:00pm. Bila bangun tadi badan rasa sihat dan cergas. Mungkin jua aku cukup tidur sudah sebab lately ani memang jadual tidur ku lebih awal daripada biasa. Sebab atulah mata ani inda lagi sanggup kan dibawa tidur-tidur saja. Mungkin ya mungkin tidak ... :p

Mmm bulan Ramadhan tak lama lagi ni. Am I ready sudah kan puasa? Not yet barangkali. MasyaAllah ... perut ani bah, belum lagi waktu tengah hari sudah kan meminta-minta untuk di isi. Tapi namanya jua bulan Ramadhan ... bulan penuh berkah dan rahmat. Selalunya sewaktu sungkai atu, sekadar minum air segelaspun perut sudah kenyang. Sebelum waktu Suboh lagi kitani disunatkan makan sahur kan, so untuk mengelakkan lapar dan dahaga rajin-rajinlah bangun diawal pagi dan makan Sahur. Walau apapun, lapar tak lapar ... dahaga tak dahaga ... puasa di bulan Ramadhan tu wajib dan aku sentiasa berdoa dan berharap semoga aku dipertemukan dengan Ramadhan. Aminnn ...

- **88888** -

Aktiviti petang, went shopping with my mom and sis. Mmmm sja je shopping kecil-kecilan. Inda boleh shopping berabis sebab puasa kan datang perlu ada jua persediaan kan membali barang-barang penyungkaian. Untuk diri just membeli 1 piece of tudung saja dan makanan = Rojak dan fish fillet and chips. Lama dah inda makan rojak. So bila teringat aku pernah membeli di sana dulu-dulunya dan rojaknya sedap aku pun terus membeli. Hehe dulu aku pernah cakap pada boss aku, aku pernah beli rojak di kedai berkenaan ... so my boss cakap "kau bali rojak arah cina?"mungkin betul jua apa dia cakap. But then aku tak kisah sangat. Cina, cina pun ... kebanyakan makanan yang dorang jualpun untuk orang melayu jua so aku no worries. Lain lah kalau membeli arah restauran dorang, wuhu!... dan selebihnya no komen :p

Orait!

Sabtu, Ogos 07, 2010

UPDATE MALAM MINGGU

Malam Minggu ... tak pergi mana-mana. Staying di rumah. Tengok tv dan sekejap-sekejap jengok Facebook. Mmmm tak ramai kawan yang update status. Malam Minggu tah jua banar :p. Walaupun malam minggu ani aku tak pergi mana-mana tapi aku having fun jua watching drama Korea, "White Lies". Kisah keluarga. Disiarkan di RTB 2 mulai jam 8 malam. Semenjak 2-3 minggu ani aku sering mengikuti drama tersebut dan for sure aku sudah mulai suka dan sebolehnya inda boleh missed tu. Kalau missed sehari .... mmm rugilah ...


A few weeks inda mengupdate, banyak jua aktiviti yang telah ku buat dan yang telah ku hadiri dan lebih sedih lagi bahan2 kan diupdate sudah sedia ada tapi kerana mata yang terasa itchy and irritated pasal banyak meliat komputer so terpaksa tah berehat dulu. Nya orang tua-tua ... jangan luan dipajal, mun dipajal karang kepisan hehe!

So malam ani, idea pun sudah terbang ... very blank blank blank sudah otak ani so need to sleep now.

Selamat malam ...

Ahad, Julai 18, 2010

BUNGA API

15 Julai ... petang ... going somewhere dan planning kan balik ke rumah before night. Dalam perjalanan, talking about bunga api dan perayaan so my friend asked ... why not tarus meliat bunga api malam ani?

Dan selepas makan malam di kadai we off tarus ke tempat-tampat yang dikenalpasti dapat menyaksikan bunga api nanti hehe!. Ada jua sebilangan tempat strategic yang sudah dipenuhi oleh kereta-kereta walaupun masa tu jam masih dalam pukul 7 malam. Mmmm last-lastnya kami parking jua di Persiaran Damuan. Tempat yang pada mulanya cuba dielakkan untuk di aga. Nak elak traffic jammed le ....

Selepas lama menunggu ... dalam pukul 10 malam baru tah ada. Wuhu!. Walaupun pada masa ani bunga api bukanlah perkara yang sangat menarik kan ditengok lagi (kita bukannya muda lagi ... kalau budak-budak bolehlah ... hehe!) tapi yang penting ialah enjoy your life, selagi ada kesempatan.

Kedudukan kereta yang parking sesuka hati (blocking kereta orang lain)... inda tah peduli, janji dapat parking ... pendapat sesetengah orang.

Parking boleh parking ... asal jangan menyusahkan orang lain yea.



Khamis, Julai 15, 2010

DAULAT KEBAWAH DULI TUAN PATIK


SELAMAT PUJA USIA YANG KE 64 KEPADA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN, SULTAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

SEMOGA BAGINDA PANJANG UMUR DAN KEKAL KARAR MEMERINTAH NEGARA .... AMIN.

...DAULAT KEBAWAH DULI TUAN PATIK...

Ahad, Julai 11, 2010

SUNDAY MORNING WITH NASI GORENG & TELINTING

Sunday morning … seperti biasanya bangun awal, around 8am. Dan hari ini waktu pagi aku banyak meluangkan masa di dapur. Cuci pakaian dan memasak. Mmmm lama dah inda memasak so hari ani baru ada kesempatan dan kerajinan. Atu pun since emak aku pergi jemputan kahwin so aku lah wakil yang berharap untuk memasak hehe... Mmmm since di rumah tak banyak benda kan dimasak untuk makan tengah hari so fikir punya fikir I decided kan memasak nasi goreng aje. Kan pergi beli barang di kedai ... malas nak drive. First step aku goreng ayam … then masak nasi …

Nasi dah masak so membuat persediaan untuk bahan-bahan nasi goreng. Some onions … carrot and brinjal and bahan-bahan perisa mana 2 yang patut.

and wala!!!

masakan ringkas aje :p

Dalam sibuk-sibuk di dapur. Aku terdengar bunyi telinting. You know telinting? Telinting ani suatu benda atu bahan yang dipasang di atas pohon buah-buahan untuk menghalau burung-burung yang berniat kan memakan buah di pohon tersebut. Biasanya telinting diperbuat daripada bahan besi atau aluminium. Macam tin bekas roti. Setentunya tin yang digunakan mesti berukuran yang agak besar. Lebih kuranglah macam tin minyak tanah. Telinting akan diikat dengan tali yang panjang dan ada kalanya tali disambung hingga ke rumah. Untuk memudahkan menarik tali telinting pada bila-bila masa.

Sekarang dunia dah moden. Mungkin pembuatan telinting pun menggunakan barang-barang moden. Macam jiran aku ni, pasang telinting dengan menggunakan “talam” dan sudu besi. Kalau tali telinting ditarik, talam dan sudu besi akan berpalu dan mengeluarkan bunyi yang bising dan burung-burung akan terbang lari dari pohon tersebut.

Ini telinting jiran sebelah rumah yang sempat aku snap. Yang bulat tu adalah "talam" (tray) dan diikat bersama-sama 2 sudu besi. Mmm sebenarnya telinting ni dipasang berdekatan dengan rumah kami. So apabila jiran sebelah menarik tali telinting ... akan kedengaranlah sekalian rumah kami hehe ... tapi kami tak kisah ...


Jiran aku ni, hari-hari dia tarik telinting. Tak kira waktu dan masa. Biasanya paling awal dia tarik, diawal pagi. Nak dekat-dekat pukul 6. Maklumlah ... masa ni kan musim buah. Mungkin dengan adanya telinting, dapat jua menyelamatkan buah-buahan daripada dimakan burung.


Selasa, Jun 29, 2010

SURATAN ATAU KEBETULAN

Lagu kegemaran aku.... really admire with this songs since aku tengok movienya dulu-dulu....movie lama....*tak ingat tajuk filem* lakonan Salleh Yaakub dan Raja Salbiah. Im so lucky, lagu ni ada tersimpan dalam youtube. Thanks to youtube.com





Ahad, Jun 27, 2010

CERITA AKU

Semalam...

1. Appointment with Dentist di bilik no 22 pada pukul 8.30 pagi dan aku arrived 15 minit lebih awal. Aku menunggu.... dan ada juga seorang patient lelaki berumur dalam 50 tahun sedang menunggu berhadapan dengan aku. Sempat jua ku curi-curi pandang.... mmmm nampak orangnya cool dan penyabar dan bukannya jenis orang yang kurang sabar or what so ever. Next my turn, nurse tu panggil aku dan dia bercakap dengan lelaki berkenaan untuk mendahulukan aku sebab mengikut jam perjanjian aku yang kena masuk dulu. Selesai check up dalam pukul 9.10 pagi....nurse suruh x-ray gigi di tingkat atas kelinik dan selepas selesai turun semula ke bilik no 22 nak serahkan hasil x-ray. Nurse tu sempat cerita dengan aku....dia bengang dengan patient lelaki tu yang sepatutnya jam appointment dia pukul 9.15 pagi tapi dia sudah duduk menunggu dalam pukul 7.30 pagi. Mengikut jam appointment mana yang dulu didahulukan dan begitu jua sebaliknya. So nurse tu cakap dia inda sempat memanggil patient lelaki tu masuk sebab bila nak panggil lelaki tu sudah hilang entah kemana. Mmmmm kes inda sabar lah tu...

2. Selesai semuanya...aku terpaksa berjalan kaki ke luar kawasan kelinik menuju ke kereta. Terpaksa parking di luar sebab inda ampit parking. Lama jua menunggu kan reverse sebab kereta masih banyak melintas di belakang dan pada masa yang sama ada jua seorang lelaki bukan melayu menunggu kan masuk di parking sebelah ku. So bila jalan sudah clear....dengan muka yang inda berdosa lelaki tersebut berabut rabut tia jua memintas reverse ku. Sungguh kurang undang-undang orang atu. Banarlah kata my sis.....the worst driver ialah bangsa yang macam atu. Sabar tu penting lah encik...

3. Sampai pejabat....again aku terpaksa parking jauh dari kawasan bangunan. Parking dekat dah penuh....I saw seorang wanita yang agak berumur drive masuk ke parking lot bangunan secara "wrong way" aduh! aduh! makcik.... makcik tu menurunkan 2 orang wanita...pun sudah berumur jua...dan pada masa yang sama sebuah kereta pun kan keluar melalui jalan yang sama. Masalahnya kereta makcik tu pun agak lambat jua kan bergerak or menyiring kah....Aku pun bengang meliat. Apa hal nih???.... selepas atu makcik berkenaan meneruskan perjalanannya yang "wrong way" atu sampai jauh ke dalam lot parking dan aku tertanya-tanya dalam hati "inda ia mau bepusing kah membetulkan kedudukan jalannya yang salah atu? sendangkan ruang masih ada untuk memudahkan ia bepusing". Inda tahu lah apa nasib makcik tu seterusnya sebab perjalanan kaki ku sudah memasuki pintu masuk bangunan...

4. Bila masuk pejabat....kawan kata baju sudah ada, sila ambil pada ketua. uniform untuk dipakai kelmarin petang sempena majlis pembukaan PSK. Bila ambil... baju besar sangat! Mmmm kena hantar kedai juga kelmarin untuk dikecilkan mengikut size badan. Keluar Pejabat lagi.... then baju siap dalam masa 2 jam. Okey.... balik semula ke pejabat.

5. Naik pejabat... teringat tudong yang dipakai masa tu warna biru, sebab uniform awal yang dipakai warna biru. Uniform baru tu warna merah putih. Mmmmm kena balik rumah lagi nih...sekadar nak tukar tudong. Ketua cakap..."sempat ke" aku kata "Sempat". Perjalanan ulang-balik ke rumah memakan masa 1 jam lebih. Sebab aku tinggal jauh :( .....ngalih adalah segala-galanya masa tu.

6. Sampai rumah...terus tukar tudong. Tak boleh main-main...masa sudah suntuk kan bertugas. Dalam perjalanan kan mengambil baju, ada accident melibatkan 3 buah kereta. Polis dalam perjalanan. Syukur Alhamdulillah... tiada kesesakan jalan raya berlaku sebab kejadian masih fresh lagi hehe...kalau jalan raya sesak masa tu, apa kes???

7. Sampai ke Bangunan Haji Zainuddin....kan ambil uniform yang baru dihantar, mmmm macam biasa kawasan tu memang susah kan cari parking so aku pusing sampai ke belakang bangunan. Kejadiannya... seems like aku yang kena "wrong way" pulak... esh! esh! ambik kau!!!. Aku clash dengan 2 buah kereta dan aku terpaksalah adjust2 kereta sebab jalan yang sempit sampai tumbang pokok bunga dalam pasu aku langgar hehe...dan akhirnya alhamdulillah aku dapat parking jua... ambil baju...tukar baju dan zuum terus ke tempat bertugas.

Hari ini.....

Aku turun bertugas at 5pm. Hari minggu....waktu untuk rehat tapi waktu untuk aku bekerja. Apa-apapun aku harus sabar...

Selasa, Jun 15, 2010

REJAB DATANG LAGI, ALHAMDULILLAH...

Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam.

Rejab bermaksud taazim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

PUASA 1 HARI :
Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

PUASA 2 HARI :
Mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

PUASA 3 HARI :
Dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

PUASA 4 HARI :
Diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

PUASA 5 HARI :
Aman dari azab kubur.

PUASA 6 HARI :
Dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

PUASA 7 HARI :
Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

PUASA 8 HARI :
Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

PUASA 9 HARI :
keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

PUASA 10 HARI :
Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

PUASA 13 HARI :
Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

PUASA 14 HARI :
Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

PUASA 15 HARI :
Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

PUASA 16 HARI :
Dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

PUASA 19 HARI :
Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

PUASA 20 HARI :
Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Bulan Rejab antara bulan yang istimewa dalam Islam oleh sebab itu kita disunatkan berpuasa padanya.

DALIL

Hadis Rasulullah s.a.w :

إن في الجنة نهرا يقال له رجب أشد بياضا من اللبن وأحلى من العسل من صام يوما من رجب سقاه الله من ذلك النهر

(رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya :

Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat satu sungai yang bernama Rejab, airnya terlebih putih daripada susu dan terlebih manis daripada madu ; barang sesiapa yang berpuasa sehari daripada bulan Rejab, maka Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai itu.

Ahad, Jun 13, 2010

TEMPLATE BARU...SEMANGAT BARU

Alhamdulillah... setelah beberapa jam mengubahsuai template my blog ani, akhirnya sudah selesai. Kiranya puas sudah hati tu dengan template yang baru ani. Surely aku memang suka sangat with this new template. Suka sangat tengok buku-buku tuh!. Walaupun hanya 2 column compare to my template lama 3 column tapi aku really satisfied lah. Nasiblah template yang disediakan dapat dimodified so aku ambil peluang yang ada dengan mengubah warna mengikut kesukaan.

Thank you to
Blogger.com sebab menyediakan design template-template yang terbaharu yah!

C. COMEL HAIKAL

Doing nothing.... staying di rumah, selepas menghadiri jemputan kahwin saudara memberi ruang untuk ku meluangkan banyak masa bersama blog ini. Blog My Collection pun sudah diupdate foto-foto baru. Mmmm lama dah tak update foto, untuk tahun 2010 ani saja belum ada foto baru yang ku update. Kesian kan....... so foto-foto yang ada inda lah sebagus mana. Snap by using digital camera saja tu. Tak pakai camera mahal, hehe! Just for my collection saja. "Yang Penting Aku Suka".



Foto ani diambil oleh siapa? Aku tak tahu.....but kind of cute jua so aku publish it dalam blog ani. This is Haikal.....


----0000----


Seperti biasa, kalau ada novel terbaru dari NB yang sudah ku beli aku akan publish di sini. So now aku dalam proses membaca novel Layang-Layang Bertali Kaca. Seperti biasa...it takes time untuk ku menghabiskan satu buku ani. Biasanya waktu untuk ku membaca adalah sebelum waktu tidur malam, dan biasanya baru 2 ke 3 pages ku membaca...mata akan mengantuk dan terus tertidur. Bayangkan....kalau novel kali ani yang paling tebal, mempunyai 922 muka surat. Bila nak habis????.... mmmm sendiri mau ingat lah Macarony.....




Jumaat, Jun 11, 2010

RUMAH PANJANG KG MELAYAN

Mmmmm :( ..........out of idea sudah kan mengarang dalam update kali ani. Tunggu punya tunggu, idea tak timbul-timbul. Blog pun sudah beberapa jam ditinggalkan dalam keadaan Log in. So kali ani, make it simple saja...tengok gambar dan sedikit description tentang tempat yang pernah dikunjungi.


Tanda jalan ani boleh dilihat di kawasan Labi, apabila hendak pergi ke Bukit Teraja atau Wasai Wong Kadir. Signboard dan jalan menuju ke kawasan rumah panjang berkenaan terletak betul-betul di hadapan pondok menjual buah-buahan di kawasan Labi.


Antara jalan-jalan yang dilalui. Saranan, kalau nak melalui jalan tersebut biarlah dengan menaiki kereta pacuan empat roda sebab keadaan jalan yang kurang selesa.


Perjalanan kami memakan masa hampir satu jam lebih. Memandangkan keadaan jalan yang kurang memuaskan dan kawasan rumah panjang tersebut terletak jauh dari jalan utama Labi. Dan akhirnya sampai ke distinasi........ wuhu!!!!


Ani lah dia kawasan Rumah Panjang Kg Melayan. Bila sampai ke distinasi, kawasan agak sunyi. Para penduduk kampung hanya berada di dalam rumah. Hanya kedengaran suara budak-budak sedang bermain. Hmmmm???



Sempat keluar kereta dan menyeberang longkang sekejap untuk mengambil gambar tugu peringatan ini. Langsung aku lupa sebelum ini aku tengok ada seekor anjing besar sedang berehat di bawah rumah panjang tersebut. Mmmmm kalau lah anjing atu membubut aku time-time ku mengambil gambar tugu ani.....apa kes???? hehe! mungkin riuh satu Kampung Melayan.


Tugu Peringatan sempena perasmian

Mmmm persekitaran yang bersih dan menarik. Boleh picnic di sini sekejap. Tapi bila teringatkan anjing, lekas-lekas menyeberang longkang dan naik kereta haha!

Thats all for now.........



Isnin, Mei 31, 2010

A.B.D.B

31 Mei 2010, selamat menyambut
HARI ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI yang ke 49 Tahun.
"Berjuanglah Demi Negara, Bangsa dan Agama"

Ahad, Mei 30, 2010

DUIT DUIT...FOR MY SWEETHEART

1 bulan belanja lebih....semuanya gara-gara my sweetheart... my car. Fuh! banyak mikirin duit bulan ani and for sure bulan Jun nanti. Bulan ani sudah belanja kasut baru for my sweetheart. Kasut baru???........ beli tayar le hehe! Target memang kan membeli tayar yang diidam-idamkan sekali because of the quality lah...bila sampai bengkel tayar, wah harga tayar yang diidam melambung tinggi. Sedangkan dulu tayar yang diidam harga sebiji bolehlah jua tapi sekarang huh! just imagine...satu biji seratus lebih harganya...nyeh! sungguh mahal. Memang terang dan nyata sudah inda sanggup tu kan membeli, so tukar selera saja....beli tayar yang harga murah sikit.

After ganti tayar baru, di adjust chamber and alignment lagi so so so need duit jua tu. Chamber tayar terpaksa jua di adjust sebab kalau tak adjust nanti tayar baru jadi rosak. Chamber dah jauh lari lah. Habis mikiran tayar... insurance kereta nak kena sambung lagi, nak bayar insurance...nak bayar roadtax. Duit...duit lagi hehe!

Time-time mikirin duit, ada le undang-undang suruh le buat plat lesen baru bernombor kecil cost $38. Duit lah juga....


Hurmm! semuanya dah setal...bila dah setal...lampu reverse tak "marak" pula... hadui! nak hantar workshop lagi le sebab kalau hanya bulb yang rosak bolehlah ganti $2 $3 ringgit. Ani wiring... pihak workshop nak kerja keras lah, buka itu buka ini. Duit lagi kan? Mmmmm sabar lah hati...


Esok aku nak pegi workshop, hantar my sweetheart yang kurang sihat...hehe! Duit duit kemari kau duit.... wuhu!

Selasa, Mei 11, 2010

Ahad, Mei 09, 2010

MELUKIS

Seharian staying at home, dihujung minggu tanpa melakukan sesuatu pun seronok juga. Time bermalas....malas. Bermalas-malas depan komputer dan sambil-sambil atu tengok tv with my mom. Maklum, hari ni kan Mother's Day ... hehe!

Last time bila my sister update blognya pasal drawing di Microsoft Paint..... mmmm hati teringin jua kan ikut melukis. Bila tengok, cantik juga. So today, aku meluangkan masa malas-malasku dengan melukis sebuah rumah. I spent 7 hours nak siapkan lukisan ni dan alhamdulillah....walaupun inda seberapa tapi aku puas hati sangat-sangat. Nak lukis pun bukannya mudah bagi ku yang belum pernah melukis dalam Microsoft Paint ani. So so sorry yea kalau inda lawa...



During ku memgupdate this post, I saw drama di Astro Prima.... Salam Terakhir tajuk dramanya.Tadi siang ada ku tengok behind the scene nya and now sempat lagi tengok dramanya. Mmmm not bad jua. Kisah keluarga. Kisah Si bapa yang terlalu benci pada seorang anak lelakinya. Mmmm semoga apa yang di tengok akan dijadikan tauladan dan pengajaran yea..... selamat malam...and Happy Mother's Day...

Khamis, Mei 06, 2010

KERJA

Lunch time.............. and I'm alone here. Banyak kerja le tapi aku dah buat silap, aku dah hantar kerja-kerja aku dengan file-filenya sekali ke dalam bilik boss. Mmmm now my boss dalam bilik dia, tak berani kan mengacau nak ambil file tu balik. Kalaulah aku hantar dengan file kosong aje tadi tu, dapatlah aku sambung keja time-time free mcm nih. Esh! esh!....panic punya pasal....haha!. I need to do something....bosan le doing nothing ani, so aku update blog ajelah.

This year, baru bulan Mei tapi program dan perancangan dah banyak dah. Ada yang dah setel dan ada jua program-program baru akan menyusul. Mmmm nampak gayanya, tahun ani le tahun yang paling busy for our department dan apalagi bagi bahagian kami. A lot of courses sudah dibuat ani dan sekarang I'm preparing for the next course yang akan diadakan pada 17 - 20 Mei ani. Dorang nak pegi kursus kat pulau lah pulak. Persediaan yang ku buat baru 60%. Mmmm I wish sempat le aku prepare ni karang sebelum tarikh yang ditetapkan and I wish aku inda kana pajal untuk ikut bermalam ke pulau atu, hehe... InsyaAllah, nantilah ku update pasal course di pulau atu ya...kalau ada bahan jua... mun nada, jangan tah... hehe!

Menjadi seorang pekerja ani for me bukannya senang ya. Banyak tanggungjawab yang harus kitani pegang dan syarat-syarat yang harus kitani ikuti. Inda payah le aku huraikan satu persatu yea...faham-faham le biskita tu. I've been thinking a lot jua pasal kerja...kerja dan kerja ani. Conclusionnya.... aku sudah letih. I wish aku nak bebas dari menjadi seorang pekerja. Nak buka business lagi bagus. I've been working for 15 years sudah *masuk kiraan time kerja di sektor swasta* dan rasa letih atu sudah ada dalam diri masa ani. Mmmmm 15 years atu belum lama kan, kalau dibandingkan dengan orang lain yang mempunyai pengalaman berpuluh-puluh tahun bekerja. Macam mana le dorang boleh bertahan ya?

Okey lah.... banyak rasanya kan ku buat dalam update kali ani, tapi masa sudah suntuk. Faham-faham sajalah.... seperti yang ku nyatakan tadi, kitani kerja ani mengikut syarat dan peraturan, right? so aku nak rehat sekejap...sebelum masa untuk menyambung keja. Bye..

Ahad, Mei 02, 2010

KIKIK OH KIKIK

Waktu untuk tidur sudah lama berlalu. Now sudah mid night, mmmm esok nak keja lagi tapi hati ni inda mau-mau kan mengupdate tah jua... logout from facebook then masuk ke blog, terus teringatkan kikik yang dibeli petang tadi.

Perjalanan yang tak dirancang, saja je makan-makan angin. Kali ani turn ke kawasan Muara pulang. Time-time melintas arah kawasan lapang dekat round about Pusat Pembangunan Belia kami nampak banyak kikik berterbangan di udara. Sungguh seronok dan aku sempat jua mengira jumlah kikik yang ada, semuanya ada sembilan ekor kikik dan jumlah kikik makin bertambah apabila kami semakin menghampiri kawasan lapang tersebut.

Kami sempat jua masuk ke dalam zone-zone orang bemain kikik di kawasan lapang atu. Tengok-tengok and round-round aje dan akhirnya my friend pun ikut membali. Mungkin dia tak tahan menengok dan nak join sekaki ....haha!. Nasib ada jua orang bejual kikik di sana. Kikik cost $2.00 dan tangsi cost $6.00.

Lapas membeli kami cari tempat yang agak jauh dari orang ramai. Untuk permulaan....biarlah main sendiri-sendiri aje. Bukannya apa....takut kana pulut. Kata tukang jual kikik, "kalau kan main biar jauh sikit....karang baru kan naik sudah kana pulut". Haha!

Nasib kami sungguh malang, kikik yang dibeli inda jua mau naik tinggi. Naik tinggi sikit... sudah gugur ke bawah. Bermacam cara sudah kan menaikkan tapi kikik masih jua gugur. Inda tau lah, dari mana silapnya.... sama ada kikik atu yang inda bisai buatannya atau orang yang punya kikik atu yang inda pandai main hehe!

Nasib bertambah malang bila kikik menyangkut di atas pokok dan langsung inda dapat diselamatkan ..... and..... That's the end of the story ..... kesiannnnnnnnn....... :(


Isnin, April 26, 2010

FIRST DAY OF WORK

First day of work...and I'm bored. Mood cuti masih. Seperti yang ku duga semalam, memang betul pejabat ni sunyi. Sunyi sangat-sangat. Now I'm alone di luar ni. yang lain ada dalam bilik masing-masing. Atu pun cuma 2 orang aje dan tak dengar apa-apa sound pun...sunyiii.... tido kah dorang???? hehe!.

But the best things is bila ku sampai pejabat di awal pagi tadi, I saw sekeping kad b'day ampai-ampai atas keyboard komputer ku. Dari dorang ofis le, so sweet... ingat jua dorang kan bagi b'day card lagi yea... Terima kasihlah banyak-banyak guys, I do really appreciate it with every words & wishes yang kamu tulis dalam card tu. Kata-kata kamu adalah Doa buatku.....aminnnn....


Eeee bosan betul le. Lamanya 4.30 ni...while waiting waktu lonceng aku update sekali lagi untuk hari ni, mmmm nasib baik di pejabat ni dapat layan blog kalau inda betambahlah ku sunyi (untuk hari ini aje). Untuk pengetahuan, di pejabat kami ni some sosial network sudah kana block. E-government punya cerita le... kalau kan check Facebook via mobile aje. Apa-apapun aku bersyukur dengan apa yang ada...

And now, time to go home.

Ahad, April 25, 2010

YEY!!! ESOK KEJA LAH PULAK :(

Mmmmm sempat ke nak habis update sebelum 10:30 ni yea? Terasa hati ingin kan mengupdate...tapi time to sleep 10:30 karang. Mmmm takpe cuba aje lah...haha!

Esok, Monday....start keja dah. Selepas 8 hari bercuti. Rasa seronok langsung tak ada, yang banyaknya rasa bosan...hehe!. Tak ready lagi kan keraja ani... tapi masa dah berlalu, lambat laun pun keja jugak. Redha aje lah...

I know bila sampai pejabat esok, gerenti pejabat sunyi ni. Banyak staff dengan commitment masing-masing. Ada yang cuti...ada yang pergi kursus for a few days dan ada yang bertugas ke luar negara. Staff di pejabat tu pun bukannya banyak sangat... kalau tak silap dalam 11 orang je. Kadang-kadang bila tak banyak staff dalam satu pejabat ni memang sunyi jua....hilang seorang dua sudah terasa sunyi dan hilang tempat mengadu dan meluahkan perasaan tak puas hati hehe :p ....tambahan lagi tempat aku keja ni banyaknya pegawai. Pegawai dengan orang bawahan memang ada sukat-sukatnya dalam pergaulan kan. Kita yang orang bawahan ni, pandai-pandailah bawa diri dan sedar-sedarkanlah diri, jangan sampai kita ni pulak dikata pegawai hehe! :D

Wah! masa dan tersasar!. Oraits! selamat malam....tidur yang lena ya!

Isnin, April 19, 2010

:D


......Beautiful Monday......


Hari Yang Sungguh Seronok!!!!....Wuhu!!!






Ahad, April 18, 2010

YOUR WISHES - THANK YOU

Mmmm cute kan cake ani... aku suka... gambar di copied from website... sempena update blog ku hari ani "18 april 2010".


Its 10:08 pm sudah ni... so I guess tiada lagi ucapan-ucapan birthday yang diterima ni, kesian...ucapan yang datang harus dilayan dengan baik... satu penghargaan bagi sahabat-sahabat yang mengingati tarikh lahir kitani kan...

Banyak ucapan yang diterima...via sms, inbox & facebook dan semua sudah dibalas. Alhamdulillah... cuma satu saja tiada, cake birthday nya.... haha! takpe itu tak penting, yang penting aku happy with ucapan and wishes dorang... itu sudah cukup.

Okey, its 10:36 pm, nak tidur dulu.... letih dah otak ni. Selamat malam.....

Sabtu, April 17, 2010

184 COMING SOON & CUTI....YEY!!!!

April datang lagi. Macam biasa, I really love April....and no need to mention ya. Karang dikata "bibiran" hehe!

My birthday coming soon. Rasa-rasa tak ada kenangan manis kan dikenang birthday tahun ani... kenapa? mmmm takpe lah, yang penting semoga Allah akan memanjangkan umur ku dan menyampaikan hajat ku yang telah sekian lama tertunda ani ya...amin! amin! aminnnn!

Mulai hari ani aku memulakan cuti. Cuti buat kali pertama dalam tahun 2010 dan hadiah untuk hari lahirku.....hadiah yang paling istimewa dariku untuk diriku :) Mmmm dah lama aku tak cuti. Lama tak cuti, otak semakin buntu dan tahap stress semakin meningkat. Alhamdulillah rasa lapang otak dan dada bila sudah memasuki ke dalam zone cuti ni, walaupun hari ini adalah hari pertama. Sungguh seronok.


Orait, ini aje dulu yea...

Nanti-nanti lagi updatenya...mau tidur dulu....thanks pada siapa-siapa yang sudi meluangkan masa with this blog (kalau ada jua....)

Sabtu, April 10, 2010

SLEEP PARALYSIS :(

~ copied from blog rahsiakite.wordpress.com

~ http://en.wikipedia.org/wiki/Sleep_paralysis

Pernah tak anda rasa kena tindih masa tidur? Saya pernah sekali mengalaminya satu ketika dulu semasa tidur di rumah kakak saya di Alor Setar. Ianya satu pengalaman yang sangat mendebarkan. Saya memang betul-betul terasa badan saya ditindih oleh sesuatu sehingga saya tak dapat bergerak langsung, sukar bernafas dan badan saya berpeluh sehingga habis basah baju t’shirt yang dipakai.

Masa tu, memang saya ingat saya kena tindih dengan ‘hantu’. Selepas saya kena tu, keesokan paginya, terus saya minta izin daripada kakak saya untuk balik ke rumah mak di Pahang. Takut beb….huhu.

Masa terus berlalu. Hingga kini, saya dah dengar macam2 cerita dan pengalaman mengenai orang kena tindih dengan ‘hantu’ masa tidur.

Persoalannya, betul ker ‘hantu’ yang tindih? Atau, adakah fenomena ini hanyalah satu tindakbalas tubuh yang semua orang boleh mengalaminya?

Saya pun tidak pasti perkara yang sebenarnya. Adakah pengalaman kena tindih masa tidur ini hanya kepercayaan karut masyarakat melayu, atau ia benar-benar terjadi kerana adanya ‘makhluk halus’ yang membuat kacau?

Berikut ini saya kongsikan 1 artikel yang mengulas tentang perkara ini mengikut pandangan sains. Anda baca dan nilailah sendiri.

PENGALAMAN KENA TINDIH MASA TIDUR: ANTARA KEPERCAYAAN DAN REALITY!

Aku selalu baca segmen pengalaman menyeramkan dalam buku dan bahan bacaan lain. Banyak sangat orang dok cerita pasal pengalaman kena tindih ni. Betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai menyatakan bahawa, kena tindih ni adalah seperti tak dapat nak gerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada, nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam ) dan sebagainya….

Kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena. Aku pun jujur kukatakan, memang pernah ade pengalaman kena ‘tindih’ ni masa skolah menengah dulu. Ada la dalam 3-4 kali juga. Masa tu aku sedar. Boleh buka mata separuh, aku tau aku sedar. Tapi takleh gerak. Kadang2 panik juga, sebab takleh gerak. Pastu 5 minit baru la boleh bergerak. Aku dulu pun takut. Memang ingat kena hempap dah. Dalam hati, ‘hantu’ mana la pulak dok tindih aku ni.

Lepas boleh gerak tu, memang seram sejuk la kita dibuatnya. Tapi, setelah aku masuk U, belajar pasal tubuh badan manusia. Baru la aku tau kebenarannya.

Ni aku nak cerita sikit pasal fenomena hempap atau kena tindih. Atau lebih tepatnya lagi disebut ’sleep paralysis’ mengikut istilah medikal nya.

Sleep paralysis atau dimelayukan boleh la disebut sebagai ‘lumpuh waktu tidur’. Ia adalah keadaan yang menyebabkan paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). Temporary paralysis ni selalu berlaku bila time-time nak tidur (hypnagogic paralysis), atau baru2 bangun dari tidur (hypnopompic paralysis).

OK, kebiasaannya badan manusia bila dah tido, dan bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement), atau waktu tengah nyenyak, bijik mata kita akan bergerak2, otak akan bagitau badan kita suruh rehat. So, badan kite kira akan jadi macam kena ’switch off’ sekejap atau dalam keadaan REM atonia (tader muscle tone).

Kalau nak tahu, otak kita ni pun sebenarnya ada ’switch off’ button juga. Ia dipanggil reticular activating system RAS. Bila otak dah ’switch off’ badan, dia pun auto switch off RAS ni. So tinggal la ‘automatic function’ (degupan jantung, bernafas etc.) saja yang ON dan berfungsi. Kiranya macam keadaan ’screensaver’ atau ‘hibernate’ la kalau ianya komputer.

So,bila kita bangun, RAS akan ’switched ON’ balik. Kita sedar ‘fully awake state’. Tapi kadang2, ‘electrical signal’ tak di’activate’ kan oleh otak suruh ’switch on’ balik badan kita. Maka masa tu laa badan kita akan jadi macam lumpuh seketika. Ia berlaku sebelum otak di aktif kan semula.

Haa bunyi cam menakutkan jer, tapi itulah kenyataannya. Tapi paralysis tu tak semestinya ‘complete’ atau ‘full’. Kadang2 keadaan lumpuh tu berlaku ‘partially’ atau sebahagian nya saja. Sebab tu la ada yang boleh gerakkan ibu jari, tapi bahagian2 lain menjadi seolah2 lumpuh dan tidak boleh bergerak.

Satu lagi, ’sleep paralysis’ ni selalu jugak datang sekali dengan ‘hallucinations’ ( halusinasi la) samaada dalam bentuk ‘auditory’ (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau ‘tactile’ (deria sentuhan, terasa mender menindih/menghempap) dan sebagainya.

Antara Sebab2 atau mender2 yang boleh menyebabkan berlakunya ’sleep paralysis’ ini adalah :

  • Tidur dalam posisi terlentang yang terlalu lama
  • Jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
  • Sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni…penat sgt)
  • Stress yang banyak kat otak…masalah keluarga, kewangan dan lain2
  • Pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh basikal dan lain2)
  • Orang yang ader penyakit ‘narcolepsy

So kesimpulannya, jangan laa kita kata fenomena kena hempap atau kena tindih masa tidur ni adalah perbuatan ‘hantu’ atau makhluk halus. Janganlah kita memandai2 tuduh hantu le, jin le, orang bunian le yang dok tindih kita masa tidur. Sebab tahyul jer semua tu. Hakikatnya, fenomena ini adalah satu fenomena biasa yang boleh terjadi pada sesiapa pun. Fenomena ini disebut sebagai ’sleep paralysis’ mengikut istilah perubatan.

****************

Macarony Arby says : Kamu-kamu pernah mengalami ke? Ku rasa memang ramai orang pernah mengalami jua kali aah... lately ani, sebelum ku mengetahui perkara sebenar...memang aku selalu mengalami kejadian yang macam ani dan really ku inda suka. Pengalaman yang sangat menakutkan! Huwaaa!!!

Dan hari tu aku cuba bertanya pada ustaz di pejabat kami dan aku ceritalah pengalaman ku atu dari A - Z hehe!.... so kata ustaz, itu tak ada kena mengena dengan sebarang makhluk.... puncanya hanya dari urat-urat halus yang tak betul sebab posisi tidur yang tak betul. Mmmmm bila dengar ustaz cakap macam atu, rasa inda kan percayalah jua. So bila ku rasa inda puas hati, aku "google" lah terus dan hasilnya.....memang betullah kata ustaz.... hehe!

Kelmarin, benda tu datang lagi..... dan alhamdulillah.....aku dah dapat menerima kenyataan dan serba sedikit aku dapat mengawal perasaan untuk inda panik semasa kejadian berlaku. Mmmm boleh yea berfikir time-time tidur...hairan????? tak percaya? tapi itulah kenyataannya...hanya yang pernah mengalaminya saja akan dapat menjawab.

For me, kalau boleh cukup-cukuplah.....tak nak mengalaminya lagi......sungguh tak seronok......



Khamis, April 08, 2010

LOVE APRIL

April datang lagi. April bulan kelahiran ku. Wuhu!!!!



Mulanya aku berharap supaya bulan April tahun ani akan menghasilkan perasaan atau kenangan yang manis dan seronok tapi sebaliknya telah berlaku. Bermimpi dibisikkan kiamat sudah dekat, bermimpi dibisikkan akan mati dan bermimpi salah seorang ahli keluarga telah meninggal dunia dan kenyataanya....nenek telah meninggal dunia pada hari Selasa lalu. Mmmm mungkin ada rahmat di sebalik kejadian yea.... bukan merungut, tapi kitani inda tau masa depan kitani macam mana.... berapa lama lagi kan hidup... sudah bersedia ke belum so semuanya atu jangan diambil ringan. Harus difikirkan dan direnungkan-renungkan jua. Muhasabah diri...kata ustaz.

Really feel I'm running out of time masa ani, banyak kehidupan ku perlu diubah.....secepat mungkin I guess..... tapi aku inda tau kan bermula dari mana? Kata orang kejayaan itu bermula dari langkah pertama so nak memulakan langkah tu lah aku inda tau bila dan di mana.....mmmm susah kan nak jadi orang, jadi pokok lagi bagus......hehe!

Mmmm oh ya, bulan April ani memang aku berhajat nak berehat panjang....rehat dari kerja dan rehat dari meredah kesesakan jalan raya dipagi hari setiap kali nak pergi ke pejabat. Lately... aku memang dah letih, ngalih, bosan, langu dan sasak dengan keadaan jalan yang sentiasa jammed. Sangat meletihkan.... really think too much pasal atu, every morning perasaan bosan, ngalih, langu dan sasak sentiasa melanda..... bosan kan kalau sepanjang hidup macam atu?

So untuk mengembalikan semangat yang semakin hari semakin luntur ani, aku hadiahkan diriku dengan cuti yang panjang.... atupun sempena hari lahirku nanti on the 18 April dan aku mau away dari pejabat and jammed di jalan raya. Start bercuti mulai 17 April ani till 24 April......tapi still thinking kan menyambung cuti till 29 of April nanti.... mmmm just wait.... yang pentingnya, aku really...really....really need a long break!!!

Apa-apapun.... I love April.... :)


Pages