google28d19bd85b072b60.html AKU DAN BLOGGER.com: Oktober 2010

Ahad, Oktober 17, 2010

SAMBUTAN RAYA DI PEJABAT

Sambutan diadakan di Bilik Latihan. Pada perancangan awal, sambutan hanya untuk warga BL sahaja. Masing-masing kami mambawa makanan untuk hidangan tapi memandangkan rezeki terlebih lah pulak, mana-mana pegawai dan kawan yang rapat dengan staff dipanggil juga untuk sama-sama meraikan dan memeriahkan sambutan. Tidak ketinggalan kami warga BL dikehendaki membawa sebarang hadiah. Hehe tak payah le hadiah mahal-mahal. Cukup sekadar untuk memeriahkan sambutan untuk acara lucky draw.

Aturcara sambutan :
  1. Sudah setentunya makan ... makan ... dan makan :p
  2. Cabutan nama bertuah (lucky draw)
  3. dan meneka jumlah gula-gula didalam bekas.


Acara sambutan diadakan secara sederhana tetapi meriah. Seharian bekerja, sekali sekala kita enjoy di pejabat apa salahnya. Kan ...


acara cabutan nama bertuah



ehem2 ... ini hadiah lucky draw yang aku dapat, hehe ...



Selasa, Oktober 05, 2010

COKLAT DAN ULAT

Hari ni dalam perjalanan balik ke rumah, aku singgah ke kedai nak beli coklat. Setiap kali membeli aku memang pilih dark chocolate satu produk ni. Fikir punya fikir, aku beli coklat yang bercampur hazelnut. Biasanya aku beli yang plain dark chocolate aje tapi liur hari ani kan makan yang bercampur kacang. Harga $1.70.

Aku buka sedikit bungkusan coklat, aku patah, aku makan dan aku telan. Mmmm sedapnya .... tapi bila time driving, aku bukalah bungkusan coklat lebih lebar dan bila aku nampak begini (seperti di dalam gambar) aku jadi tak berselera nak teruskan makan coklat nih.

Dalam fikiran ku, coklat ni sudah dihuni oleh ulat2 yang memakan kacang hazelnut yang terdapat di dalam coklat berkenaan. Ya Allah, gelinya aku ... Sebab aku pernah mengalami nasib yang sama, di mana aku pernah sendiri ternampak ada ulat di dalam coklat sedang makan kacang. Iyeeeewwwwww!!!!!

Tapi yang ini aku tak tau sama ada ada ulat di dalamnya ataupun tidak dan aku tak sanggup lagi nak menengokknya sampai ke dalam coklat. Sumpah aku tak sanggup!!!

Mmmmm siapa nak jawab?!
coklat yang baru di beli

Pages