google28d19bd85b072b60.html AKU DAN BLOGGER.com: September 2012

Isnin, September 10, 2012

KURSUS FIQH AL-HAJJ

Alhamdulillah, aku telahpun selesai menjalani kursus Fiqh Al-Hajj atau paling mudah dipanggil kursus Haji pada 3 hingga 6 September yang lepas. Kursus ani adalah kursus tahunan anjuran Pusat Da'wah Islamiah Brunei. Aku memang berhajat kan mengikuti kursus ani since tawaran kursus dibukakan dan alhamdulillah aku terpilih. Kursus dibukakan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan ataupun swasta. 

Banyak jua perkara-perkara yang diajarkan. Misalannya mengenai dengan rukun2 haji dan umrah, niat haji dan umrah, perkara2 sunat yang dilakukan semasa haji dan umrah dan banyak lagi subjek2 yang menarik seperti apa yang kita pelajari semasa sekolah ugama darjah 6 dulu-duluuuu .... hehe. 

Semasa kursus, antara subjek yang paling best ialah pratikal bagaimana kan tawaf, wukuf, melontar dan sa'ie. Mmmmmm bila dalam pratikal, terasa seperti naik haji ke Mekkah lah pulak :) ... Alhamdulillah.

Tenaga pengajar, Ustaz Anwari bin Haji Rawee dengan penuh semangat mengajar. Siap dengan pakaiannya Ihramnya sekali. Masa ni, Ustaz sedang mengajar bagaimana kan memasang pakaian Ihram bagi lelaki dan adab2 bagi lelaki yang sedang dalam berIhram.


Peserta perempuan, sebelum pratikal tawaf mengelilingi Kaabah sempat bergambar ramai. Kelihatan di belakang replika Kaabah untuk latihan pratikal tawaf.


 Peserta lelaki dengan pakaian Ihram.

Bergambar ramai bersama tenaga pengajar.

Apa-apapun tahniah kepada peserta-peserta kursus dan selamat menunaikan haji kepada peserta-peserta kursus yang akan berangkat menunaikan Haji pada tahun ani. Dengan khabar hujung bulan September ni dorang meninggalkan tanah air. Semoga mendapat haji yang mabrur... Aminnnn Ya Rabbal 'Alamin. Dan bagi yang belum, seperti kata dan doa ustaz Haji Anwari ...semoga Allah mempermudahkan hajat dan jalan kitani untuk pergi ke Mekkah menunaikan Haji. InsyaAllah....

Pages