google28d19bd85b072b60.html AKU DAN BLOGGER.com: 2014

Selasa, Disember 23, 2014

BRUNEI EDUTAINMENT WONDERLAND 2014

Disember datang lagi...dan sudah hampir menutup tirai.

Seperti biasa, setiap tahun apabila datangnya bulan Disember...pertanyaan yang sering diajukan oleh rakan-rakan sekerja atau saudara mara ialah :

"Inda cuti?"

"Inda cuti?"

"Inda cuti?"

So untuk bulan Disember ani aku inda mengambil sebarang cuti. Kerja banyak di pejabat yang harus aku selesaikan.

Dan pada 21 Disember yang lalu aku dan keluarga sempat meluangkan masa pergi ke Brunei Edutainment Wonderland di JPCC Amphitheater. Disediakan beberapa "macam" tiket masuk dan kami hanya memilih tiket masuk ke Jurassic Park dengan harga $10 untuk dewasa dan $6 untuk kanak-kanak.

Masuk ke dalam park, inda jua ada kerja lain. Bergambar tah saja. Bergambar sepuas-puasnya haha.


 Sebelum ke pintu masuk Jurrasic Park

 Teman yang setia menanti  :)


Isnin, Oktober 20, 2014

DEMAM


Kesihatan kurang bagus hari ni. Demam selesma. Walau sudah berpuluh-puluh biji supplement vitamin C ditelan namun kalau dah takdir sakit tu...sakit juga :p


Mood swing jua hari ni. Malas kan buat kerja. Tapi kalau sudah kerja "urgent" atu terpaksa jua dibuat sebab esok lusa belum tentu aku sihat. Mohon pada Allah semoga aku sihat esok hari....amin...


Sabtu, Julai 05, 2014

SEMINGGU BERPUASA


Salam Ramadhan....

Hari ni, sudah seminggu kita berpuasa...

Semoga kita sama-sama beroleh kejayaan dalam menunaikan puasa tahun ani.

Bukan hanya berjaya menahan lapar dan dahaga...malahan berjaya memperolehi pahala yang banyak dengan meningkatkan amalan dan ibadah kita.

Apa-apapun...

Selamat berpuasa dan semoga diterima semua amalan dan diampunkan segala dosa...amin...

Selasa, Julai 01, 2014

SALAM RAMADAN



Julai 2014/ Ramadan 1435

Jumaat, April 04, 2014

PULAU PELUMPONG

1 April 2014 mengadakan lawatan kerja ke Pulau Pelumpong. Yeay! first time ke sana. Walaupun jabatan di tempat aku bekerja setiap tahun menghantar peserta-peserta kursus ke sana tapi baru hari atu ada peluang mengikuti rombongan site visit ke sana.

Perjalanan ke pulau memakan masa kira-kira 20 minit dengan menaiki motorboat. Bertolak dari Kompleks Sukan Air Serasa, Muara. Sayang sekali aku tiada berkesempatan untuk mengambil gambar pulau berkenaan dari jarak jauh.

Apa-apapun semoga kursus yang akan dijalankan di Pulau Pelumpong nanti akan berjalan dengan lancar. Amiiin.....


 


Jumaat, Mac 21, 2014

DOA DAN HARAPAN


Salam Jumaat...

Hari ani terlalu payah untuk ku memulakan bicara...

Idea lari entah kemana?

Walau apapun, jangan lupa doakan bagi dipermudahkan pencarian pesawat MH370 yang pada masa ani "hot story" di negara jiran kita Malaysia dan semoga semua penumpang dan crew selamat pulang ke pengkuan keluarga.

Alhamdulillah jua negara kitani turut membantu didalam pencarian dan mengadakan sembahyang hajat di masjid-masjid. Semoga dipermudah...amin...

*****


Koleksi novel terbaru...


Isnin, Januari 13, 2014

SALAM MAULIDUR RASUL 1435/ 2014



12 Rabiulawal 1435/ 13 Januari 2014

Isnin, Januari 06, 2014

SEMANIS GULA KAPAS - NB



Koleksi terbaru...ooo yea!

Jumaat, Januari 03, 2014

HIDUP TETAP TERUS


Masih dalam mood tahun baru 2014...

Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan aku untuk menikmati keseronokan menyambut tahun baru.

Sambutan tidaklah semeriah mana, tapi apa yang penting aku telah menunaikan hajat yang terpendam bagi menyambut tahun baru 2014 ani. At least...aku telah berpeluang untuk mengembirakan diri sendiri dengan apa yang aku lakukan.

Walau apapun... kenangan tetap kenangan. Hidup tetap terus... terus menjalani hidup yang entah apa-apa saja dugaan yang bakal ku terima kelak. Yang penting aku akan tetap terus berdoa dan berusaha untuk mencapai hajat dan keinginan yang belum kesampaian.

Wish me luck.....

Rabu, Januari 01, 2014

NEW YEAR 2014



Selamat tinggal 2013....hello 2014

Pages