google28d19bd85b072b60.html AKU DAN BLOGGER.com: Februari 2015

Rabu, Februari 18, 2015

TAMAN TASIK BUKIT MAS, LIMBANG

Bersiar-siar sambil melapangkan fikiran. Destinasi kali ani ialah negara jiran, Daerah Limbang Sarawak. Kali ani bukan untuk membeli belah di sana. Hanya untuk makan angin sambil-sambil membawa rasa. Tahap kesihatan kurang memuaskan, hampir sebulan.

Dan syukur kepada-Nya, kesihatan sekarang sudah beransur baik.

Aku memang tak sangka, bahawa Daerah Limbang yang seringkali dikunjungi sebenarnya mempunyai taman secantik dan sedamai yang ku rasa. Ini dia... Taman Tasik Bukit Mas. Terletak di atas bukit, di kawasan pekan Limbang.

Aku memang kagum dengan keindahan taman tersebut. Seolah-olah aku rasa berada di negara sendiri dan taman ini mengingatkan aku pada Taman Reakreasi Bukit Shahbandar, Jerudong. Hampir sama...cuma perbezaannya, Taman Tasik Mas suasananya lebih nyaman dan damai.



Di bawah pokok ani ada bangku, disinilah aku duduk sambil menikmati keindahan dan kedamaian taman. walaupun cuaca panas tapi bila duduk di bawah pokok ani terasa angin sejuk menghembus ke badan. 

Pandangan dari depan tempat duduk. Memang cantik.


Jambatan gantung


Selain tempat-tempat yang dapat dilihat dari gambar, ada lagi pemandangan-pemandangan yang menarik yang aku inda sempat snap gambar dan untuk pengetahuan, taman ani jua ada disediakan 'jogging tracks',  'jungle tracks' dan taman permainan untuk kanak-kanak.

Memang cantik taman ani dan mungkin suatu hari nanti aku akan berkunjung lagi ke sana. InsyaAllah.

Pages