google28d19bd85b072b60.html AKU DAN BLOGGER.com

Rabu, November 22, 2017


Selamat Hari Perkhidmatan Awam 
Kali ke 24, 2017

22 November 2017




Rabu, Mac 02, 2016

PESTA BUKU & KARNIVAL MEMPERKASA BUDAYA MEMBACA, 2016

Bismillah...

Sekarang berlangsung Pesta Buku & Karnval Memperkasa Budaya Membaca di Dewan Serbaguna, Berakas. Pesta diadakan selama 10 hari. Mulai 26 Februari hingga 6 Mac ani.

Aku inda lepas peluang untuk pergi ke sana. Masa aku sampai di sana, suasana agak lengang. Betul-betul inda ramai orang. Biasanya pada sebelah pagi anak-anak sekolah ramai yang datang. Mereka pergi dengan ikut rombongan sekolah masing-masing.

Hajat hati kan beli novel tapi lain lah pulak yang dapat. 3 set buku resepi pulak yang dibeli hehe.

Buat masa ani aku sedang kawal perbelanjaan. Inda boleh belanja lebih-lebih sebab bulan ani kan pergi vacation. So mesti berhemat.




Kedai ani lah yang selalu aku pergi beli novel.
Dah jadi member, senanglah dapat discount ;)
Orait!


Isnin, Februari 29, 2016

TAMAN REKREASI JUBLI ANDUKI, SERIA


Bismillah...

Sudah lama aku inda kemari.

Dan pada minggu lepas, bila ada masa terluang aku singgahlah di sini. Saja je untuk berehat. Aku rasa tempat ani belum pernahpun aku post dalam blog ani. Taman ani lebih bersih dan cantik berbanding dulu. Sudah banyak perubahan. Alhamdulillah...

O ya, taman ani terletak di kawasan Seria, Daerah Belait. Kalau dari rumah aku memang jauhlah hehe. Jika hendak ke Kuala Belait melalui jalan lama memang kita akan jumpa tempat ani. Duduk sini lama-lama memang mendamaikan. Boleh hilangkan stress. Dari dulu sampai sekarang taman ani biasanya kurang pengunjung so adalah masa aku untuk duduk lama-lama sambil menikmati keindahan tasik dan pemandangan di sini. Sangat sangat sangatlah mendamaikan.




Disediakan juga tempat 'berbeque'.


















Apa-apapun...

Ini yang lebih penting.

Jaga kebersihan...












Rabu, Februari 03, 2016

2016


Assalamualaikum...

Sebelum tu aku kan wish...


Wishing you and your family a happy and prosperous...

Tahun ani Tahun Baru Cina akan diraikan pada 8 Februari 2016. So seperti biasa negara ani akan diberikan public holiday selama sehari bagi sama-sama meraikan perayaan tersebut. O yes... :)

Kita sudahpun masuk bulan Februari pada tahun 2016 ani. Inda sedar masa berlalu terlalu cepat. Aku masih ingat dan masih segar didalam ingatan yang mana kita dulu-dulu semasa tahun 1999 terlalu takut untuk masuk ke tahun 2000 sebab kata orang hidup lebih mencabar. Tahun millennium lah katakan...

Tapi sekarang sudah memasuki 16 tahun. Kehidupan tetap diteruskan. Walau susah walau senang, harus ditempuhi. Hehe :)



Khamis, November 19, 2015

TERBARU DARI NB

Bismillaahir Rahmaanir Raheem.

Rindu berakhir di sini hehehe...

Sekian lama memendam hajat untuk memiliki novel terbaru daripada penulis ani dan sekarang sudah tertunai, Alhamdulillah....


Sebenarnya susah untuk mendapatkan novel-novel terbaru beliau memandangkan inda banyak kedai buku yang menjual novel-novel dari penulis ani. Kadang-kadang bila ada peluang untuk membeli, novel terbaru sudah habis dijual. Biasanya novel-novel NB hanya dapat ku perolehi di kedai buku Choice Books di Giant Rimba atau Milimewah Complex di Lambak.

Aku betul-betul minat dengan penulisan beliau sejak dulu hingga sekarang sebab gaya penulisan beliau yang sesuai dengan jiwa aku.

Inda ku nafikan, aku pernah cuba untuk meminati penulis lain tapi aku rasa sukar untuk bertahan untuk terus meminati penulis baru berkenaan. Mungkin jua gaya penulisan yang kurang serasi dengan jiwa aku, Barangkali....hehehe

Dan sekarang aku berasa bahagia...
hilang rindu...
hilang segalanya...
bila sudah memiliki dua naskah novel terbaru dari penulis NB.


And I wish suatu hari nanti akan dapat menjumpa dengan beliau apabila ada pesta buku nanti di sini. Insya Allah..



Ahad, Ogos 23, 2015

HARUS KUAT


Assalamualaikum...

Lama inda update. Banyak aktiviti-aktiviti, perkara dan hari-hari penting berlalu begitu saja tanpa diluahkan didalam blog ani hehe. Walau apapun biarlah ianya tersimpang dalam memori.

Aku rindu dengan blog aku nih. Sepanjang penyepian aku, banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku yang kadang-kadang payah untuk diungkapkan dengan kata-kata. Biarlah aku yang merasa...

Seperti slogan blog aku ani...hidup tetap terus!

Selagi nyawa dipinjamkan oleh Allah, selagi atu aku tetap berjuang merentasi liku-liku hidup.

Aku tahu...hidupku bukan seindah yang aku harapkan. Hidup aku inda seindah dengan kehidupan orang lain. Hidup aku terlalu banyak dugaan. Tapi aku harus kuat.


Isnin, April 20, 2015

CUTI KERJA


Ambil cuti kerja selama 22 hari... bermula pada 18 April yang lalu, sempena tarikh kelahiran. 

Mmmm...apa kan dibuat ? kan pergi kemana masih dalam perancangan. 

Sempena hari jadi tahun ani tiada hadiah yang diterima...maklumlah bukan muda lagi hehehe!. Hanya doa-doa dan harapan dari keluarga dan sahabat sahaja yang diterima. Apa-apa pun diucapkan ribuan terima kasih pada semua....

Aktiviti semasa hari jadi aku ialah jalan-jalan makan angin. 

Sambil jalan-jalan, kita rehat santai-santai di Taman Rekreasi Luagan Lalak. Rasanya aku belum pernah post mengenai dengan taman ni. Insya Allah nanti kalau ada masa... orait.

Taman Rekreasi Luagan Lalak


Pages