google28d19bd85b072b60.html AKU DAN BLOGGER.com: 2011

Khamis, Disember 15, 2011

BURUNG HORNBILL

Video ni aku ambil beberapa hari yang lepas dan sudah beberapa hari jua burung ni tidak singgah di tepi jendela bilikku. Ke mana perginya, aku tak tau. Jauh di sudut hati terasa rindu jua kan meliat burung ni beraksi lagi di depan cermin jendela walaupun pada awalnya terasa marah sebab bunyi bising yang mengganggu waktu tidur ku.


Burung ni akan datang seawal pagi dan bila "landing" saja inilah yang dilakukan :D. Pada pekiraan aku burung yang lagi seekor tu adalah burung jantan  sebab ukuran paruhnya yang lebih besar dan yang dalam video ni mungkin burung betina sebab setiap kali burung-burung ni singgah dia ajelah yang paling obsess dengan cermin hehe ...

Kawan-kawan suruh tangkap dan pelihara tapi aku tak sampai hati kan sumbat burung tu dalam sangkar. Kesian ... biarlah diaorang bebas kan ...

Lagipun, bila mendapat tau spesies burung ni dilindungi oleh Kerajaan Brunei hmmm langsung nda berani kan usik. Secara kebetulan jua beberapa hari yang lepas aku ternampak poster yang diterbitkan oleh Jabatan Muzium-Muzium Brunei mengenai binatang-binatang liar yag dilndungi  di negara ini dan salah satunya ialah burung ni le.

 poster terbitan Jabatan Muzium-Muzium Brunei  bagi binatang-binatang liar yang dilindungi 


 hukuman bagi yang melanggar akta, huhuhu!!



Mmmm harap-harap burung ni nda di apa-apakan. Maklumlah masa ni kan musim buah. Mungkin burung -burung ni sedang mencari buah-buahan untuk dimakan, takut nanti terkena jerat atu apa-apa lah senjata manusia yang sewaktu dengannya. Hanya satu harapan aku, hidup tetap terus untuk burung-burung ni ... : )
Wassalam ....


Jumaat, Disember 09, 2011

ANUGERAH

Aku dapat video ni daripada website hiburan Malaysia. Suara yang sedap dan sesuai dengan lagu yang dibawakan. Beberapa kali didengarpun inda pernah bosan, hehe. Memang talented habis!. Menurut sumber, this girl from Brunei. Sebenarnya ada satu lagi video from her tapi aku lebih suka yang ini.



Rossa, penyanyi asal.


Sabtu, Oktober 29, 2011

KOLEKSI TERBARU

Sebenarnya hajat hati kan mengudate tentang bengkel dan seminar yang pernah dihadiri beberapa hari lepas tapi memandangkan semua maklumat tentang bengkel (nota-nota lengkap untuk dibuat rujukan) masih "tidur" didalam kereta, hajat dibatalkan saja. Lagipun jam sudah menghampiri ke pukul sebelas, masa untuk merehatkan fikiran...mengupdate yang ringan-ringan saja :)

Novel ni sudah lama dijual tapi aku baru saja membelinya beberapa hari yang lepas dan masih belum dibaca lagi sebab novel yang satu masih belum tamat dibaca. Hmmm bila tah kan habis? Penulis, seperti biasa ... NB.

Harapan ... semoga novel ni akan cepat habis dibaca, hehe ....


MasyaAllah ... mata sudah mengantuk.

Wassalam.

Sabtu, Oktober 22, 2011

SEMINAR


Menghadiri Seminar Sejarah Borneo ke-2, 2011 bukanlah satu kerugian bagi aku. Walaupun pada mulanya rasa malas kan attend memandangkan ianya diadakan 3 hari berturut-turut tapi kerana sudah nama tersenarai terpaksa tah jua.

Seminar diadakan pada 19 hingga 21 Oktober 2011, bertempat di ICC Berakas dan dianjurkan oleh Pusat Sejarah Brunei. Sebanyak 44 paper works telahpun dibentangkan tapi sayangnya tak semua topik dapat diikuti memandangkan setiap sesi telah dibahagikan kepada 3 buah bilik iaitu Bilik J1, J2 dan J3. Tinggal saja aku buat pilihan bilik mana yang harus dimasuki. Cuma perlu merujuk pada jadual-jadual topik seminar yang telah diberikan oleh pihak penganjur.

Buku Prosiding tentang isi kandungan paper works yang telah dibentangkan ada jua berjual di kawasan bilik seminar dan aku sebagai peserta yang menunjukan minat tentang seminar berkenaan :p inda terasa rugi jua membeli senaskah buku dengan harga $10.00 dan sekeping CD berharga $3.00 dan setakat ani belum ada kesempatan kan membaca lagi, InsyaAllah suatu hari nanti bila ada masa yang terluang. Yang penting buku sudah ada di tangan ...

Seminar berkisar sejarah-sejarah kesultanan antara negara ini, Negeri Pahang dan juga Sabah. Kisah-kisah sejarah kependudukan awal masyarakat Brunei di Sabah yang bermulanya asal usul Pengiran Shahbandar yang telah meninggalkan warisan sejarahnya di sana dan jua pemerintahan Pengiran Badaruddin di Negeri Pahang dan banyak topik-topik menarik yang telah dibentangkan. Alhamdulillah, banyak jua ilmu baru tentang sejarah Brunei dapat diketahui cuma aku inda tau macam mana kan menerangkannya secara panjang lebar dalam blog ani, hehe ...

Apa-apapun, sejarah tetap tinggal sejarah ... kenangan mengikuti seminar ani pun adalah satu sejarah dan kenangan manis bagi aku. InsyaAllah kalau diberi peluang mengikutinya lagi dimasa hadapan, aku inda kan menolak sebab ilmu sejarah yang macam ani ni memang sukar kan didapati. Alhamdulillah ...

kelas terakhir

Khamis, Oktober 06, 2011

@,@

# Nothing last forever, so live it up, drink it down, laugh it off, avoid the bullshit, take chances and never have regrets because at one point, everything you did was exactly what you wanted...

# Life is like an hourglass ... eventually everything hits the bottom and all you have to do is wait it out until someone comes along and turns it around...

# Life is too short to wake up in the morning with regrets, so love the people who treat you right, forgive the ones who don't and believe that everything happens for a reasons...

# There are things that we don't want to happen but have to accept, things we don't want to know but have to learn, and people we can't live without but have to let go ...

# Life is divided into the horrible and the miserable ...

# Do what make you happy
Be with who make you smile
Laugh as much as you breathe
Love as long as you live...

# I am grateful
I am happy :)
I am thin
I am young
I am healthy
I am wealthy
I am successful
I am love...

Quotes2 ni aku dapat dari mr. google. All about life, happiness and sadness. Perasaan yang sering dialami oleh semua orang termasulah orang yang punyai blog ini. Kenapa dan mengapa? jawapannya biarlah rahsia, hehe.

Inda dapat dinafikan semua orang punya perasaan yang kadang-kadang UP dan kadang-kadang DOWN. Walau apapun keadaanya, biarlah hadapi dengan hati yang tenang dan sentiasa bersabar.

Kadang-kadang kalau aku stress, aku akan mengetuk laptop. Menulis apa-apa yang patut. Sekadar meluahkan perasaan yang kurang stabil. Walaupun ayat yang dipersembahkan serba kekurangan dan mungkin kurang difahami tapi yang penting aku berpuas hati tentang apa yang aku buat. Sekadar melepaskan beban di hati.

Jika ditanya adakan you suka stress? suka masalah hidup? semua orang akan jawab, tak suka ... kalau boleh biarlah tak ada stress, biarlah tak ada masalah dan minta-minta happiness selalu mewarnai hidup tapi kitani hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan.

Dugaan datang tanpa diduga ... sabar-sabar tah saja, mungkin ada hikmah disebalik kejadian. Bak kata pepatah, hari ni kita menangis ... mungkin esok-esok kita ketawa. So jangan stress sangat. Wassalam.

Rabu, September 14, 2011

ROSAK

Umur baru setahun jagung tapi Laptop ku sudah mengalami kerosakan yang kritikal. Very very the ...

Dan sekarang masih menunggu payday untuk hantar pada yang arif. Mmmm inda tau di mana silapnya, kalaupun kerana virus ... buat apa dibeli antivirus yang secure and protected?

Masih boleh digunakan sebenarnya tapi mungkin boleh memendekkan lagi jangka hayat si Laptop. Itu atas nasihat seorang kawan ... tapi aku sebagai manusia yang sangat penyabar dan sanggup menerima sebarang kemungkinan c. Laptop masih diarahkan untuk beroperasi walaupun dalam keadaan terpaksa ... :D

Wassalam.

kesakitan yang di alami tahap kritikal

Sabtu, September 10, 2011

MY MOM 60th BIRTHDAY

8 September 2011 genap usia my mom ke 60 tahun, Alhamdulillah ...

Sambutan diadakan sederhana saja di rumah, BBQ ala kadar. Family members yang punya rancangan mengadakan surprised birthday cake untuk my mom. Dan yang nyata my mom surprised jua walaupun dalam keadaan yang very cool dan selamba hehe ...

Niat hati kan buat video tapi kalau sudah namanya last minute baru terfikir, apa-apa kan ditakan pun inda pandai lurus (ambil video through my handphone lah). So alhamdulillah, sempat jua mensnap mana-mana yang patut.

i think, ani lah kek pertama yang dihadiahkan untuk mama from kami sekeluarga. kesian ....



with cucus ...



Rabu, Ogos 31, 2011

SALAM LEBARAN 2011


31 Ogos 2011, Raya pertama bagi negara ini dan Alhamdulillah Tuhan masih memberi kita kesempatan untuk meraikan Raya tahun ni. Rasa sedih jua sebab Ramadan sudah berlalu ...


Persediaan raya dibuat secara sederhana. Perhiasan bilik tamu pun sederhana. Persediaan pakaian pun serba sederhana, baju raya cuma satu, cukuplah ... baju kurong yang lain kan masih ada, jangan membazir hehe. Semalam sempat shopping with mom and sis, shopping last minute. Yang dibeli cuma tudong dengan harga sederhana. Tudong dibeli bukan untuk raya, tapi untuk dipakai time keja. Menambah koleksi :D

4 pieces of tudong



Jumaat, Ogos 26, 2011

RAMADAN 1432/ OGOS 2011

Ramadan akan berakhir beberapa hari saja lagi ... rasanya inda puas hati kan puasaku tahun ani due to beberapa keadaan yang tidak dapat dielakkan. Harapan, mudahan puasa diterima oleh Allah dan semoga dipertemukan dengan Ramadan yang akan datang. Amin ...










Jumaat, Julai 15, 2011

HARI KEPUTERAAN

SELAMAT HARI KEPUTERAAN YANG KE 65
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah,
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
15 Julai 2011


Petikan Titah sila klik di sini :



Khamis, Jun 23, 2011

KHUTBAH JUMAAT

JANGAN TERIKUT-IKUT PERAYAAN BUKAN ISLAM


Marilah kita meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan sebenarbenarnya, iaitu dengan melakukan segala suruhan- Nya, dan meninggalkan segala larangan- Nya. Mudah-mudahan kita menjadi mukmin yang sejati dan mendapat hidayah di dunia dan selamat di Akhirat, Amin Ya Rabbal'alamin.

Akidah adalah perkara yang sangat penting yang wajib dipelihara dan dijaga dengan sebaikbaiknya oleh semua umat Islam. Sebagaimana umat Islam kita hendaklah berhati-hati dan berwaspada agar tidak melakukan sebarang perbuatan yang merosakkan akidah yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah Subhanahu Wata'ala.

Oleh itu, untuk memelihara dan menjaga supaya akidah kita sentiasa berada di atas landasan yang betul maka janganlah kita terikut-ikut dengan budaya orang bukan Islam dengan meraikan sesuatu perayaan dan sambutan yang bukan dari budaya dan amalan Islam seperti valentine's day, mother's day dan father's day.

Masyarakat kita biasanya mudah terikut-ikut merayakan hari-hari tertentu tanpa menyelidiki asal usul perayaan itu diadakan dan adakah ia diharuskan oleh syarak atau tidak. Sambutan valentine's day, atau hari kekasih umpamanya adalah berasal dari kisah seorang paderi yang bernama valentine yang giat menyebarkan agama Kristian di Rom ketika pemerintahan Raja Rom Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian termasuklah valentine kerana beliau seorang penyebar agama Kristian.

Walaupun berada dalam penjara, valentine tetap berusaha mengajar dan menyebarkan agama Kristian tersebut di kalangan banduan-banduan penjara, di samping membantu tawanantawanan penjara melepaskan diri dari penjara serta sanggup berkorban dan mati demi kasih sayang terhadap agama Kristian dan penganutpenganutnya. Kegiatan ini telah diketahui oleh Raja Rom menyebabkan dia diseksa dan akhirnya di hukum bunuh pada 14 Februari.

Bagi penganut Kristian, valentine adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan tuhannya dan dengan sesama manusia. Maka itulah punca orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan Hari Kasih Sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka valentine.

Manakala mother's day atau hari ibu telah dikenal pasti sebagai perayaan musim bunga bangsa lain sebagai penghormatan terhadap rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 Masihi, mereka merayakan hari yang mereka namakan sebagai 'Mothering Sunday' yang dirayakan pada asalnya pada hari Ahad keempat sama ada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary iaitu Mariam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek Hari Ibu sempena perayaan tersebut. Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Sejak dari itu, perayaan 'Mothering Sunday' telah digabung dengan ucapan kegerejaan. Penghomatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Pada tahun 1907 pula, Anna Jarvis telah memulakan kempen untuk melancarkan hari ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di sebuah gereja agar meraikan hari ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei.

Begitu juga halnya dengan perayaan father's day atau hari bapa. Perayaan ini pertama kalinya diadakan di sebuah gereja bagi memperingati 361 orang lelaki yang telah meninggal dunia dalam satu peristiwa ledakan hebat. Sebahagian besar mereka itu adalah immigrant (pendatang) yang terdiri dari kaum bapa. Idea hari bapa mula timbul dari seorang anak bernama Sonora Smart. Beliau melihat begitu besar pengorbanan dan bersusah payah bapanya dalam membesarkan adik beradiknya setelah kematian ibunya. Justeru itu, beliau sendiri berfikir mengapa tidak diadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa seorang bapa.

Ideanya ini telah cuba disebarluaskannya ke marata tempat. Sonora berusaha gigih demi memastikan impian dan matlamatnya itu tercapai. Akhirnya pada tahun 1972, telah diisytiharkan bahawa hari Ahad minggu ketiga dalam bulan Jun adalah sambutan Hari Bapa.

Berdasarkan penerangan tadi, adalah jelas menunjukkan bahawa sambutan hari kekasih, hari ibu dan hari bapa bukanlah perayaan bagi orang-orang Islam. Oleh yang demikian, orangorang Islam tidak boleh boleh turut sama menyambut dan merayakannya kerana yang demikian itu dikhuatiri akan membawa tashabuh (penyerupaan) terhadap mereka yang bukan beragama Islam sama ada di dalam budaya, tujuan dan akidah mereka. Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

Maksudnya: "Dari Ibnu Umar Radiallahuanhuma ia berkata, telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia dianggap salah seorang dari kalangan mereka." (Riwayat Al-Imam Abu Daud).

Sememangnya agama Islam mewajibkan umatnya berbuat baik kepada kedua ibu bapa tanpa terhad pada waktu tertentu sahaja. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al Israa' ayat 23-24:

Tafsirnya: "Dan Tuhanmu telah perintahkan, sampai engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau keduaduanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun perkataan "Ah", dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia yang bersopan santun. Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana balas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah untuk mereka, dengan berkata : "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

Perlu diingat bukan semua budaya itu baik untuk diikut. Oleh itu, ia memerlukan penilaian dengan sukat-sukat yang betul. Bagi kita orang Islam setentunya sukatsukat kita ialah hukum Islam, maka janganlah dijadikan diri kita perosak agama sendiri dan menyanjung agama lain pula.

Sesungguhnya agama Islam itu adalah agama yang tinggi dan mulia. Terdapat di kalangan umat Islam tidak menyedari hakikat ini sehingga terikut-ikut dengan budaya dan cara hidup masyarakat asing dengan beralasan mengikut peredaran zaman tanpa mempeduli budaya tersebut bertentangan dengan lunas-lunas ajaran Islam. Oleh itu jauhilah diri kita dari terikut-ikut dan terpengaruh dengan budaya asing yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Akhirnya, marilah kita mahasabah diri dengan meningkatkan keimanan iaitu dengan melakukan segala perintah Allah Subhanahu Allah Wata'ala dan Rasul-Nya serta meninggalkan segala larangan-Nya. Mudahmudahan dengan demikian kita semua terhindar dan terselamat dari kemurkaan dan segala bala bencana. Amin Ya Rabbal'alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Baqarah ayat 120, tafsirnya:

"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan reda (setuju) dan suka kepadamu wahai Nabi Muhammad sehingga engkau mengikut agama mereka. Katakanlah kepada mereka: "Sesungguhnya hidayat petunjuk Allah (agama Islam) itulah pentunjuk yang benar." Dan sesungguhnya jika engkau mengikut kemahuan mereka setelah datangnya wahyu yang memberi pengetahuan kepadamu mengenai kebenaran, Allah tidak lagi akan menjadi pelindung dan penolong bagimu."

Dipetik dari : www.religious-affairs.gov

Selasa, Jun 21, 2011

STOKIN SATU RINGGIT

Stokin ani dibeli dengan harga $1.00 untuk kegunaan harian di rumah. Untuk apa tak payahlah disebut yea. Ini adalah kali pertama aku membeli stokin yang sebegini. Itupun untuk kemudahan aku menyarungkan selipar namun tidak mudah untuk aku menyarungkan stokin ani ke kaki memandangkan kesemua jari2 kaki harus dimasukan satu persatu ke dalam ruang yang disediakan. Bukannya nak cepat, makin lambat ada lah ...

Aku suka tengok stokin ani sebab combination colour yang cantik tapi sebaliknya kadang2 bila tengok betul2 rasa macam nak ketawa lah pulak bila tengok jari2 kaki yang nampak satu persatu ... seperti apa ya? hahaha ...

Rabu, Jun 15, 2011

SANTAI

Keluar rumah sekeluarga memang jarang2 dilakukan. Biasanya semasa berhari raya ke rumah-rumah keluarga terdekat sahaja. Once in a year kata orang putih :D.

Destinasi yang ditujua ialah Pantai Serasa Muara. Tidak banyak aktiviti yang dibuat... hanya mengail dan bersantai dikawasan pantai.


Kakak dan adik perempuan mengambil kesempatan berjual barang-barang "hand made" mereka dan disamping atu ada jua dijual barang-barang lain dengan harga yang murah. Sayangnya gambar tidak diambil sepenuhnya.

sebahagian barangan "hand made" yang dijual

Lepak di sini, dibawah pokok lama-lama memang tak seronoknya ... cukup masa cukup jam aku deployed ke kawasan persisiran pantai di hujung jalan. Tengok keluarga yang lain sedang mengail. Alhamdulillah keadaan cuaca sangat mengizinkan aku untuk lepak2 di sana sambil memandang laut.

Hasil mengail memang tahap mendukacitakan ... langsung tiada ikan yang sangkut. Yang penting hanya untuk having fun saja ...

~ peace ~

Jumaat, Jun 03, 2011

BIT 2011 ~ BRUNEI INTERNATIONAL TATTOO 2011

TATTOO kembali semula. Alhamdulillah aku masih sempat menyaksikannya untuk kali kedua pada 1 Jun, jam 8.00 malam. Kali pertama menyaksikan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, tahun? ... tak ingat pulak tapi bila tengok info website http://www.mindef.gov.bn/tattoo2011 ini ianya diadakan pada tahun 2006. Mmmm aku ingatkan ianya diadakan 10 tahun yang lalu, rupa-rupanya tahun 2006 hehehe ...

Harga tiket yang dijual $20, $15, $10 dan $5 dan aku cuma beli tiket harga $5. Tak payah beli tiket mahal-mahal, janji dapat tengok :p .

grand finale ...

Persembahan berjalan selama 3 jam. Akhir jua balik ke rumah tapi takpe yang penting kita enjoy. Okey.

Jumaat, Mei 20, 2011

KISAH KERETA

Terlalu malas menunggu, tahun ni aku hanya membawa servicing kereta di kedai di kawasan Gadong. Biasanya setiap tahun kereta akan dihantar ke servicing centre di ejen kereta. Kalau nak dibezakan, servicing di kedai dan di ejen kereta. aku lebih selesa membawanya ke ejen walaupun terpaksa berbelanja lebih sedikit. Semasa di kedai, aku menyaksikan sendiri proses-preses yang dilakukan dan ternyata aku kurang berpuas hati. Walaupun aku ada mendengar seorang dua pelanggan tetap kedai service kereta tersebut menyatakan service di sana ok tapi ianya tetap tidak dapat meyakinkan aku untuk terus menjadi pelanggan tetap di sana hehe.


gambar diambil dari Google


Dua hari sebelum, aku mengambil kesempatan waktu pejabat membawa kereta untuk"alignment" dan adjust chamber tayar kereta. Fuh! seperti biasa sebagai wanita melayu terakhir ;p aku akan pergi sendirian. Nasiblah aku ni banyak pengalaman bawa sorangi2 at least aku tau apa yang patut dibuat dan apa yang tidak patut. Yang penting kita perlu banyak bertanya kepada pekerja-pekerja tersebut. Pertanyaan pertama, sebelum proses dilakukan ialah tentang harga. Perancangan budget perlu ada. Jika bayaran melebihi budget perlu juga dirundingkan bersama pekerja2 tersebut. Pilih mana yang lebih penting dilakukan dahulu jika tidak mahu berbelanja lebih.

Dan seperti aku, pada permulaan memang aku nak buat dua2 terus ... alignment dan adjust chamber tapi memandangkan bayaran melebihi budget buat permulaan biarlah di alignment dulu. Nanti hujung bulan baru nak adjust chamber yea.


gambar diambil dari Google


Setiap tahun, menjelang bulan Mei aku memang akan berbelanja lebih. Sebab nak renew roadtax dan seterusnya menyambung insurance kereta. Alhamdulillah sejak beberapa bulan lepas, aku membuat satu inisiatif dengan menyimpan sebanyak $50 sebulan untuk persediaan membayar penyambungan insurance nanti. Sekurang2nya inda lah mengacau duit gaji, kan...



Rabu, Mei 18, 2011

BULAN

Bulan penuh masih kelihatan. Gambar diambil pukul 5.53 pagi tadi. Cantik ...

Awal pagi dah lihat bulan tapi mood tak secerah bulan. Sepanjang hari mood kurang. Mungkin ngalih dengan kerja-kerja pejabat yang inda pandai selesai. Susahnya membuat kerja yang kurang perancangan. Penghujung cerita, persediaan yang sudah selesai terpaksa dibuat semula.
Entahlah .......

Isnin, April 18, 2011

184 ~ 2011

18 April kembali lagi. Hari ini tak ada cuti-cuti atau tak ada relax-relax ... kerja terus, busy terus :p

Seperti ditahun-tahun yang lepas, setiap kali 18 April aku akan bercuti kerja tapi tahun ni tak dapat, kerja banyak nak disiapkan. Dalam minggu ini sahaja, 2 projek kursus harus diselesaikan. Awal pagi, kaki terasa berat hendak melangkah. Fikiran terus melayang... "alangkah seronoknya hari ni kalau berada di rumah" manjakan diri dengan relax, santai dan tiada komitmen terhadap tugas.

Sampai ofis, telefon berdering ... menimbulkan rasa marah dan stress di awal pagi. Jawab telefon yang entah apa-apa. Kalau tak mahu dihantar kursus, bagus berhenti kerja. Kita hantar kursus bukan nak menyiksa, tapi nak bagi ilmu...

Kesihatan kurang memuaskan ... dijangkiti demam selesma. Rasa kurang ... mood kurang ... semuanya menjadi satu = malas ... tapi semalas-malas aku, kerja siapa ... Alhamdulillah.

Tugasan yang dibuat, entah jadi entah tidak. Due to masalah transport (boat jabatan rosak teruk) atau kata manisnya "atas sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan" kursus mungkin ditunda ke tarikh yang lain. Diaorang nak kursus ke Pulau Pelumpong, Serasa Muara. Kalau tak ada boat macam mana nak angkut barang pegi pulau.. kan? Walaubagaimanapun, kita nantikan keputusannya esok.

Waktu minum di kantin, rakan sekerja and my boss especially, ... nyanyi lagu happy b'day untuk aku. Mmmm kalau lah budget banyak, ingin sekali ku belanja kawan-kawan. Tapi alhamdulillah hajat akan disampaikan bila waktu-waktu yang bersesuaian. Pay day ler ... :p

Tengah hari waktu break, cuba menjawab ucapan-ucapan birthday daripada sahabat-sahabat di Facebook. Belum habis di jawab, telefon ofis berdering dan menjawab telefon seorang staff yang paling peramah, susah aku nak suruh berhenti. Perbualan terputus di tengah jalan, entah kenapa... mungkin talian tak sanggup hold lama-lama, panas mungkin :D dan harap-harap dia tak call lagi. Beberapa minit kemudian, berdering lagi. Laaa... dia lagi!!!!. Perbualan berterusan and time is ticking. Tik Tok Tik Tok!. Habissss...Alhamdulillah.

Habis satu perkara, satu perkara lagi timbul. Ringing dari handphone. Kawan jauh yang call, dari KB. Cerita punya cerita ... habis cerita :D

Habis satu cerita, timbul cerita baru. Handphone ringing lagi .... maling maling maling ... tak lama, kejap aje. Hujung cerita bye bye.

Sudahnya, cerita punya cerita... waktu rehat pun dah habis, sambung kerja balik. Tak ada masa lagi dah nak reply b'day greetings dalam Facebook. Habis cerita, waktu malam baru sambung jawab greetings.

Cerita di 184, that all for today ... hari yang sungguh membahagiakan, menyedihkan dan berbagai rasa yang ada. Biasa ler rasa tak sihat badan.

Gambar fresh from the oven :p ... Ini hadiah daripada kakak, bookmark katanya ... dia buat sendiri dan dia faham adik dia ni suka baca novel so faham-faham saja lah bookmark ni bila nak digunakan. Yang ini back side sebenarnya, front side ... ehem2, nama dalam IC aku :p. Apa-apa pun thanks to her .... with love ...



Jumaat, April 01, 2011

Rakaman Kuiz

30 Mac 2011 ... menyaksikan rakaman Pertandingan Kuiz Hargai Warisan Bangsa, peringkat akhir 2011 di Dewan Raya RTB. Para peserta terdiri daripada penuntut sekolah menengah daripada 6 buah sekolah. Rakaman berlangsung selama 3 jam. Alhamdulillah ... terasa seronok lah pulak bila soalan-soalan kuiz dibacakan oleh juru kuiz. Kami sebagai penonton pun join sekali menjawab soalan :D . Kesemua soalan berkisarkan sejarah dan artifak-artifak Brunei so tak salah menguji minda sendiri kan ...

Isnin, Mac 28, 2011

MR SOFTY

Inilah satu-satunya ice cream yang di idamkan. Kata orang putih "craving of Mr Softy's ice cream" :) . Sudah lama rasanya tak makan. Dulu kalau nak beli ice cream ni selalunya tiap-tiap petang akan menunggu dengan sahabat di kawasan Pasar Jerudong tapi sekarang keadaan sudah berubah ...

Hopefully hajat akan disampaikan suatu hari nanti ...

ice cream Mr Softy




Jumaat, Mac 18, 2011

RAMBUT

Mendengar rakan pejabat menggunakan Wellastrate untuk meluruskan rambut, hati teringin untuk mencuba. Membeli dengan harga yang berpatutan di SupaSave. Proses menggunakan Wellastrate memakan masa selama 1 jam. Kena ikut "instructions" yang diberikan dan hasilnya Alhamdulillah ....


Rabu, Mac 16, 2011

NOVELS

Memiliki novel karya NB adalah satu kemestian. Tetapi untuk memulakan membaca satu-satu novel memerlukan masa yang betul-betul terluang.

Perjalanan yang tidak dirancang bersama sahabat, betul-betul mengembirakan hati. Pergi ke Expo Buku pada 6 Mac 2011 yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas (ICC) . Mana tak gembira, dapat membeli novel terbaru dari NB bertajuk Dari Kerana Mata. Harga sebenar $24.00 dan kerana memiliki "members card" dari kedai Choice Books so dapatlah harga discount sebanyak $20.00 sahaja yang telah ditandatangani oleh penulis.

Sebenarnya beberapa hari Expo Buku berlangsung, penulis telah diundang ke Brunei untuk menemui pembaca novel NB tapi kebetulan pada masa aku berada di sana penulis baru saja meninggalkan ICC. Mmmm ...



Kedua-dua novel ni sebenarnya belum dibaca lagi. Mmmm ... bila nak mula yea?

Selasa, Mac 15, 2011

TEMPLATE BARU

Sekali lagi blog ini telah diubah template. Memang sudah tiba masanya untuk ditukar. Daripada template berwarna hitam diubah ke warna coklet. Mmm sejuk mata memandang kan ... :)

... kegembiraan jelas terpancar di wajah masing-masing selepas mengikuti kursus Microsoft Access selama 3 hari. Bergambar bersama tenaga pengajar dan sijil yang diperolehi. Hmmm Tuhan saja yang tahu betapa susahnya nak mempelajari Micorosoft Access tersebut. Banyak program-program harus diingat dan aku rasa belajar untuk 3 hari memang tak cukup. Betul ke?

Rabu, Februari 23, 2011

23 FEBRUARI 2011


SELAMAT HARI KEBANGSAAN KALI KE 27

Semoga negara ini akan sentiasa dikurniakan keamanan dan kemakmuran dan rezeki yang berpanjangan ... amin.


"NEGARAKU BRUNEI DARUSSALAM"

Isnin, Februari 14, 2011

MAULIDUR RASUL, 12 RABIULAWAL 1432

Selawat serta Salam ke atas Nabi Besar Junjungan besar Nabi Muhammad
Shallallahu 'Alaihi Wasallam ...



Jumaat, Februari 11, 2011

SOTO FOR DINNER


sedapnya soto ni ...

Hari ni makan ku sangat berselera sekali. Makan tengah hari dan makan malam. Semuanya my mom yang masak aku tolong sikit-sikit aje. Makan tengah hari, makan nasi + ayam masak merah + sup daging + ulam. Hmmm sedap ... rasa nak makan 2 pinggan. Makan malam my mom tak masak nasi, dia masak soto ... pun sedap. Cuma masa ni perut terasa lapar :( maklumlah tak makan nasi. Aiii sabar je lah.

Selasa, Februari 01, 2011

SELAMAT DATANG BULAN FEBRUARI

Lama tak update blog sebab terlalu menumpukan pada Facebook. Facebook kill my blog. Mmmm apa ler keistimewaan Facebook? So banyak aktiviti yang telah tertinggal. Nak dikejar mungkin tak dapat ... dah expired ...

Now aku sudah mengejar masa, masa untuk tidur. Selamat malam ....

See you then.

Sabtu, Januari 01, 2011

2011



selamat tahun baru 2011




Pages