google28d19bd85b072b60.html AKU DAN BLOGGER.com: 2015

Khamis, November 19, 2015

TERBARU DARI NB

Bismillaahir Rahmaanir Raheem.

Rindu berakhir di sini hehehe...

Sekian lama memendam hajat untuk memiliki novel terbaru daripada penulis ani dan sekarang sudah tertunai, Alhamdulillah....


Sebenarnya susah untuk mendapatkan novel-novel terbaru beliau memandangkan inda banyak kedai buku yang menjual novel-novel dari penulis ani. Kadang-kadang bila ada peluang untuk membeli, novel terbaru sudah habis dijual. Biasanya novel-novel NB hanya dapat ku perolehi di kedai buku Choice Books di Giant Rimba atau Milimewah Complex di Lambak.

Aku betul-betul minat dengan penulisan beliau sejak dulu hingga sekarang sebab gaya penulisan beliau yang sesuai dengan jiwa aku.

Inda ku nafikan, aku pernah cuba untuk meminati penulis lain tapi aku rasa sukar untuk bertahan untuk terus meminati penulis baru berkenaan. Mungkin jua gaya penulisan yang kurang serasi dengan jiwa aku, Barangkali....hehehe

Dan sekarang aku berasa bahagia...
hilang rindu...
hilang segalanya...
bila sudah memiliki dua naskah novel terbaru dari penulis NB.


And I wish suatu hari nanti akan dapat menjumpa dengan beliau apabila ada pesta buku nanti di sini. Insya Allah..



Ahad, Ogos 23, 2015

HARUS KUAT


Assalamualaikum...

Lama inda update. Banyak aktiviti-aktiviti, perkara dan hari-hari penting berlalu begitu saja tanpa diluahkan didalam blog ani hehe. Walau apapun biarlah ianya tersimpang dalam memori.

Aku rindu dengan blog aku nih. Sepanjang penyepian aku, banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku yang kadang-kadang payah untuk diungkapkan dengan kata-kata. Biarlah aku yang merasa...

Seperti slogan blog aku ani...hidup tetap terus!

Selagi nyawa dipinjamkan oleh Allah, selagi atu aku tetap berjuang merentasi liku-liku hidup.

Aku tahu...hidupku bukan seindah yang aku harapkan. Hidup aku inda seindah dengan kehidupan orang lain. Hidup aku terlalu banyak dugaan. Tapi aku harus kuat.


Isnin, April 20, 2015

CUTI KERJA


Ambil cuti kerja selama 22 hari... bermula pada 18 April yang lalu, sempena tarikh kelahiran. 

Mmmm...apa kan dibuat ? kan pergi kemana masih dalam perancangan. 

Sempena hari jadi tahun ani tiada hadiah yang diterima...maklumlah bukan muda lagi hehehe!. Hanya doa-doa dan harapan dari keluarga dan sahabat sahaja yang diterima. Apa-apa pun diucapkan ribuan terima kasih pada semua....

Aktiviti semasa hari jadi aku ialah jalan-jalan makan angin. 

Sambil jalan-jalan, kita rehat santai-santai di Taman Rekreasi Luagan Lalak. Rasanya aku belum pernah post mengenai dengan taman ni. Insya Allah nanti kalau ada masa... orait.

Taman Rekreasi Luagan Lalak


Rabu, Februari 18, 2015

TAMAN TASIK BUKIT MAS, LIMBANG

Bersiar-siar sambil melapangkan fikiran. Destinasi kali ani ialah negara jiran, Daerah Limbang Sarawak. Kali ani bukan untuk membeli belah di sana. Hanya untuk makan angin sambil-sambil membawa rasa. Tahap kesihatan kurang memuaskan, hampir sebulan.

Dan syukur kepada-Nya, kesihatan sekarang sudah beransur baik.

Aku memang tak sangka, bahawa Daerah Limbang yang seringkali dikunjungi sebenarnya mempunyai taman secantik dan sedamai yang ku rasa. Ini dia... Taman Tasik Bukit Mas. Terletak di atas bukit, di kawasan pekan Limbang.

Aku memang kagum dengan keindahan taman tersebut. Seolah-olah aku rasa berada di negara sendiri dan taman ini mengingatkan aku pada Taman Reakreasi Bukit Shahbandar, Jerudong. Hampir sama...cuma perbezaannya, Taman Tasik Mas suasananya lebih nyaman dan damai.



Di bawah pokok ani ada bangku, disinilah aku duduk sambil menikmati keindahan dan kedamaian taman. walaupun cuaca panas tapi bila duduk di bawah pokok ani terasa angin sejuk menghembus ke badan. 

Pandangan dari depan tempat duduk. Memang cantik.


Jambatan gantung


Selain tempat-tempat yang dapat dilihat dari gambar, ada lagi pemandangan-pemandangan yang menarik yang aku inda sempat snap gambar dan untuk pengetahuan, taman ani jua ada disediakan 'jogging tracks',  'jungle tracks' dan taman permainan untuk kanak-kanak.

Memang cantik taman ani dan mungkin suatu hari nanti aku akan berkunjung lagi ke sana. InsyaAllah.

Jumaat, Januari 23, 2015

2015

Salam 2015...

Ini post pertama aku di tahun 2015. Harap-harap banyak cerita dan post aku tahun ani. Dan harap-harap aku inda malas kan update hehe.

Hari ani baru ada kesempatan update. Dalam masa-masa kecederaan lah jua. Jam sudah kan pukul 10:00 malam. Esok kan kerja, mata sudah mengantuk.

Mmmm...

Masih dalam keadaan mengharap....

Harap-harap tahun ani tahun yang paling "lucky" untuk ku. Ditunaikan segala hajat, dipermudahkan segala urusan dan diberi kesihatan yang baik. Amin...

...................
...................

Apa-apapun, kan log out dulu sebab mata sudah mengantuk...

Salam dan selamat malam.

Pages