google28d19bd85b072b60.html AKU DAN BLOGGER.com: September 2010

Selasa, September 21, 2010

CRITICIZE

Manusia memang suka mengkritik. Lumrah hidup manusia yang inginkan kesempurnaan ... but what would you do or how do you feel if diri kamu sendiri yang dikritik tambahan lagi dikritik oleh seseorang kenalan yang belum lama dikenali yang belum tahu "true colour" kitani?. Benarlah kata orang 1st impression tu penting tapi kalau 1st impressionpun sudah dimulai dengan criticize, kan kes niaya tu ...


So masalahnya sekarang, aku inda kata mengkritik tu jahat. Kritik ni kalau diambil positif akan menguntungkan diri bagi orang yang kana kritik dan begitulah sebaliknya jika ianya diambil negative tapi kalau kan mengkritik biarlah kena pada masa dan tempat. Kadang2 manusia boleh menerima kritikan jika kena pada gayanya.

Kepada para pengkritik ... kritik boleh kritik, kiritiklah benda2 yang munasabah, kritik yang membangun agar dapat membuka mata, hati dan minda orang yang dikritik.

Rabu, September 15, 2010

LEPAS CUTI RAYA

RAYA KE 6, sudah 2 hari semua pejabat-pejabat kerajaan dibuka. Wah wah wah ... sungguh bosan bila kembali semula bertugas selepasa cuti raya. Still in raya mood le. Matapun masih mengantuk ni sebab kekurangan tidur semasa bulan Puasa lepas. Biasanya paling seronok semasa raya di pejabat ani ialah undangan "open house" dari staff sampai inda tau siapa kan di aga, memandangkan keadaan masa yang agak terhad.

Mmmm nampaknya tahun ani undangan agak berkurangan, setakat ani belum ada lagi panggilan-panggilan "open house" yang kami terima ... hehe! Walaubagaimana pun aku tak kisah, sebab tahun ani aku dah bertekad kan berpuasa 6 hari di bulan Syawal and now masih dalam proses meng "qadha" puasa dulu. Lepas selesai karang barutah puasa 6. InsyaAllah ... kalau sempat.

Really really tired ni sebenarnya. Rasa-rasa jua otak ani sudah buntu kan mengeluarkan idea. Apa yang aku perlukan sekarang ialah tidurrrr ... tapiiii tahan-tahan saja tah mata, nanti malam lagi membayar tidur awal. Mmmm I wish ...

Jumaat, September 10, 2010

SALAM AIDILFITRI - 10/9/2010

Raya raya raya!!! hari ini hari raya!. Hari kemenangan bagi yang berpuasa. Preparation sederhana, seperti tahun2 lepas. Cuma tahun ni ada perubahan sedikit ... ehem2 hehe! ... beli perabot baruu. Haha!.

Anyway seems kekurangan idea ... Selamat Hari Raya Aidilfitri semua ...

Ahad, September 05, 2010

KENAPA RAYA SEMKIN BOSAN?

Lama inda "mengarang" dalam blog ani membuat aku terlupa bahasa apa yang patut ku gunakan. Terpaksa jua merefer arah post2 yang lama, hehe!. Hakikatnya ... aku menggunakan bahasa campuran. Standard bahasa melayu, bahasa Brunei dan kadangnya campuran bahasa Inggeris. Eseymen ... woot! woooot! ~

So hari ani sudah masuk 25 hari berpuasa, inda lagi lama ni kan hari raya. Esh! esh! sayang rasanya kan meninggalkan bulan Ramadhan ani. Personally, bulan Ramadhan ani membuatkan hati ani sentiasa tenang dan sentiasa ingat pada Tuhan. Kalau lah Ramadhan ani ditakdirkan sepanjang tahun ... Alhamdulillah. Seperti yang pernah ku cakap pada seorang kawan, kalau lah Ramadhan ani sepanjang tahun kan bagus dan kawan cakap ~ gerenti ada yang tutup business. Siapa yang tutup business? Mmmm lu fikir tah sendiri ... hehe!

Harap-harap semoga Allah mempertemukan aku lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Amin ...

Bila raya saja gerenti ku boreng. Y? I don't know ... hari raya ni sebenarnya untuk budak-budak aje. Aku teringat masa zaman kanak-kanak ku, raya sama keluarga. With mom and dad, and also with bro and sis. konvoi sana-sini sama saudara mara terdekat. weeeee~ sungguh seronok. And now, suasananya dah tak sama ... my dad sudah tiada, and i'm geeting older :D and so so so ...

Kalaulah ada gambar raya dulu-dulu tu kan bagus. Dapat jua dijadikan kenangan. Mmmmm atu namanya sekarang ani dunia dah canggih. Ketik sja arah handphone sudah ada gambar. Dulu-dulu camera pun payah-payah kan tedapat dan budak-budaknya pun tak secanggih mana ... :p

orait ... selamat berpuasa ...

Pages