Seharian meronda di kawasan Labi, Belait sangat memenatkan. Meronda bukan sebarang meronda... meronda ada hajat, cari buah durian....hehe!. Perjalanan memakan masa satu jam lebih dengan kadar kelajuan yang amat sedarhana. So seperti biasa...ada kesempatan, aku ambilah gambar mana-mana yang patut untuk di post dalam blog ani. Fokus utama ialah mencari buah durian dan kedua ialah makan angin so perjalanan ku, ku teruskan sehingga ke hujung jalan. Di hujung jalan Labi, ada terdapat sebuah rumah panjang bagi kaum Iban yang di beri nama Rumah Panjang Teraja. Jadinya time menggambar rumah dorang atu....eermmm takut-takut jua, pasal aku diperhatikan dari jauh. Mungkin tiada apa-apa bagi dorang cuma aku saja yang rasa kurang selesa...takut! maklum kampong orang, harus berjaga-jaga jua kan...So just one snap, cukuplah...hehe!
Ani adalah jalan yang menuju ke rumah panjang berkenaan. Gambar ku snap semasa ku berpatah balik hendak meninggalkan kawasan rumah panjang.
Setelah meninggalkan kawasan rumah panjang Bukit Teraja, lebih kurang 20 minit perjalanan sampailah aku ke Taman Peranginan Wasai Wong Kadir. Menggunakan masa yang ada, berehat berabislah di sana. Sambil-sambil makan buah durian dan rambutan yang baru dibeli sambil-sambil atu jua memerhati para pengunjung yang ada di sana hehe!. Hari tu, memang ramai jua pengunjung yang datang...mungkin dorangpun sama tujuan...membeli buah. O ya!... sepanjang perjalanan ke Labi sana, memang payah jua kan terjumpa pondok-pondok yang berjual durian. Aku dapat beli durian pun di kedai Cina dengan harga $10.

Tempat letak kereta. Gambar diambil sebaik saja sampai dan selepas beberapa minit pengunjung semakin ramai datang.
Sebenarnya di Wasai Wong Kadir ani, bukan yang ada dalam gambar ani saja. Tempat utama yang menarik hati pengunjungnya ialah wasainya. Wasainya atu sebenarnya ada di dalam hutan tapi masih dapat dilalui dengan berjalan kaki mengikut laluan jalan yang telah disediakan tapi memandangkan aku sampai di sana sudah selepas waktu Asar so tak beranilah nak masuk ke dalam. Kebanyakan pengunjung akan mengambil kesempatan masuk ke kawasan wasai berkenaan untuk mandi.
Selepas sejam lebih berehat di sana... perjalanan diteruskan. Balik...