Selasa, Jun 29, 2010
SURATAN ATAU KEBETULAN
Ahad, Jun 27, 2010
CERITA AKU
1. Appointment with Dentist di bilik no 22 pada pukul 8.30 pagi dan aku arrived 15 minit lebih awal. Aku menunggu.... dan ada juga seorang patient lelaki berumur dalam 50 tahun sedang menunggu berhadapan dengan aku. Sempat jua ku curi-curi pandang.... mmmm nampak orangnya cool dan penyabar dan bukannya jenis orang yang kurang sabar or what so ever. Next my turn, nurse tu panggil aku dan dia bercakap dengan lelaki berkenaan untuk mendahulukan aku sebab mengikut jam perjanjian aku yang kena masuk dulu. Selesai check up dalam pukul 9.10 pagi....nurse suruh x-ray gigi di tingkat atas kelinik dan selepas selesai turun semula ke bilik no 22 nak serahkan hasil x-ray. Nurse tu sempat cerita dengan aku....dia bengang dengan patient lelaki tu yang sepatutnya jam appointment dia pukul 9.15 pagi tapi dia sudah duduk menunggu dalam pukul 7.30 pagi. Mengikut jam appointment mana yang dulu didahulukan dan begitu jua sebaliknya. So nurse tu cakap dia inda sempat memanggil patient lelaki tu masuk sebab bila nak panggil lelaki tu sudah hilang entah kemana. Mmmmm kes inda sabar lah tu...
2. Selesai semuanya...aku terpaksa berjalan kaki ke luar kawasan kelinik menuju ke kereta. Terpaksa parking di luar sebab inda ampit parking. Lama jua menunggu kan reverse sebab kereta masih banyak melintas di belakang dan pada masa yang sama ada jua seorang lelaki bukan melayu menunggu kan masuk di parking sebelah ku. So bila jalan sudah clear....dengan muka yang inda berdosa lelaki tersebut berabut rabut tia jua memintas reverse ku. Sungguh kurang undang-undang orang atu. Banarlah kata my sis.....the worst driver ialah bangsa yang macam atu. Sabar tu penting lah encik...
3. Sampai pejabat....again aku terpaksa parking jauh dari kawasan bangunan. Parking dekat dah penuh....I saw seorang wanita yang agak berumur drive masuk ke parking lot bangunan secara "wrong way" aduh! aduh! makcik.... makcik tu menurunkan 2 orang wanita...pun sudah berumur jua...dan pada masa yang sama sebuah kereta pun kan keluar melalui jalan yang sama. Masalahnya kereta makcik tu pun agak lambat jua kan bergerak or menyiring kah....Aku pun bengang meliat. Apa hal nih???.... selepas atu makcik berkenaan meneruskan perjalanannya yang "wrong way" atu sampai jauh ke dalam lot parking dan aku tertanya-tanya dalam hati "inda ia mau bepusing kah membetulkan kedudukan jalannya yang salah atu? sendangkan ruang masih ada untuk memudahkan ia bepusing". Inda tahu lah apa nasib makcik tu seterusnya sebab perjalanan kaki ku sudah memasuki pintu masuk bangunan...
4. Bila masuk pejabat....kawan kata baju sudah ada, sila ambil pada ketua. uniform untuk dipakai kelmarin petang sempena majlis pembukaan PSK. Bila ambil... baju besar sangat! Mmmm kena hantar kedai juga kelmarin untuk dikecilkan mengikut size badan. Keluar Pejabat lagi.... then baju siap dalam masa 2 jam. Okey.... balik semula ke pejabat.
5. Naik pejabat... teringat tudong yang dipakai masa tu warna biru, sebab uniform awal yang dipakai warna biru. Uniform baru tu warna merah putih. Mmmmm kena balik rumah lagi nih...sekadar nak tukar tudong. Ketua cakap..."sempat ke" aku kata "Sempat". Perjalanan ulang-balik ke rumah memakan masa 1 jam lebih. Sebab aku tinggal jauh :( .....ngalih adalah segala-galanya masa tu.
6. Sampai rumah...terus tukar tudong. Tak boleh main-main...masa sudah suntuk kan bertugas. Dalam perjalanan kan mengambil baju, ada accident melibatkan 3 buah kereta. Polis dalam perjalanan. Syukur Alhamdulillah... tiada kesesakan jalan raya berlaku sebab kejadian masih fresh lagi hehe...kalau jalan raya sesak masa tu, apa kes???
7. Sampai ke Bangunan Haji Zainuddin....kan ambil uniform yang baru dihantar, mmmm macam biasa kawasan tu memang susah kan cari parking so aku pusing sampai ke belakang bangunan. Kejadiannya... seems like aku yang kena "wrong way" pulak... esh! esh! ambik kau!!!. Aku clash dengan 2 buah kereta dan aku terpaksalah adjust2 kereta sebab jalan yang sempit sampai tumbang pokok bunga dalam pasu aku langgar hehe...dan akhirnya alhamdulillah aku dapat parking jua... ambil baju...tukar baju dan zuum terus ke tempat bertugas.
Hari ini.....
Aku turun bertugas at 5pm. Hari minggu....waktu untuk rehat tapi waktu untuk aku bekerja. Apa-apapun aku harus sabar...
Selasa, Jun 15, 2010
REJAB DATANG LAGI, ALHAMDULILLAH...
PUASA 1 HARI :
Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
PUASA 2 HARI :
Mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
PUASA 3 HARI :
Dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
PUASA 4 HARI :
Diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
PUASA 5 HARI :
Aman dari azab kubur.
PUASA 6 HARI :
Dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
PUASA 7 HARI :
Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
PUASA 8 HARI :
Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
PUASA 9 HARI :
keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
PUASA 10 HARI :
Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
PUASA 13 HARI :
Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
PUASA 14 HARI :
Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
PUASA 15 HARI :
Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
PUASA 16 HARI :
Dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
PUASA 19 HARI :
Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
PUASA 20 HARI :
Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.
Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.
Bulan Rejab antara bulan yang istimewa dalam Islam oleh sebab itu kita disunatkan berpuasa padanya.
DALIL
Hadis Rasulullah s.a.w :
إن في الجنة نهرا يقال له رجب أشد بياضا من اللبن وأحلى من العسل من صام يوما من رجب سقاه الله من ذلك النهر
(رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya :
Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat satu sungai yang bernama Rejab, airnya terlebih putih daripada susu dan terlebih manis daripada madu ; barang sesiapa yang berpuasa sehari daripada bulan Rejab, maka Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai itu.
Ahad, Jun 13, 2010
TEMPLATE BARU...SEMANGAT BARU
Thank you to Blogger.com sebab menyediakan design template-template yang terbaharu yah!
C. COMEL HAIKAL
Foto ani diambil oleh siapa? Aku tak tahu.....but kind of cute jua so aku publish it dalam blog ani. This is Haikal.....

Seperti biasa, kalau ada novel terbaru dari NB yang sudah ku beli aku akan publish di sini. So now aku dalam proses membaca novel Layang-Layang Bertali Kaca. Seperti biasa...it takes time untuk ku menghabiskan satu buku ani. Biasanya waktu untuk ku membaca adalah sebelum waktu tidur malam, dan biasanya baru 2 ke 3 pages ku membaca...mata akan mengantuk dan terus tertidur. Bayangkan....kalau novel kali ani yang paling tebal, mempunyai 922 muka surat. Bila nak habis????.... mmmm sendiri mau ingat lah Macarony.....
Jumaat, Jun 11, 2010
RUMAH PANJANG KG MELAYAN
Sempat keluar kereta dan menyeberang longkang sekejap untuk mengambil gambar tugu peringatan ini. Langsung aku lupa sebelum ini aku tengok ada seekor anjing besar sedang berehat di bawah rumah panjang tersebut. Mmmmm kalau lah anjing atu membubut aku time-time ku mengambil gambar tugu ani.....apa kes???? hehe! mungkin riuh satu Kampung Melayan.