google28d19bd85b072b60.html AKU DAN BLOGGER.com: Julai 2013

Jumaat, Julai 26, 2013

TAKLIMAT BIRO KAWALAN NARKOTIK & TAKAFUL

Menghadiri taklimat semasa bulan Puasa ani memang menyeronokan. Selain mendapat ilmu dan pengetahuan tentang suatu perkara, dapat jualah menambah pahala. Kata ustaz...menghadiri satu majlis ilmu akan diberi ganjaran pahala. Tambahan lagi dibulan Ramadan ani, InsyaAllah banyak pahala yang akan kitani dapat. Janji hati mesti ikhlas dan bukan kerana terpaksa dan untuk menunjuk-nunjuk. 

Taklimat daripada Biro Kawalan Narkotik anjuran jabatan di tempat aku bekerja diadakan pada 20 Julai 2013 dan sedikit pameran mengenai dengan jenis-jenis dadah jua diadakan, seperti didalam gambar. Alhamdulillah pihak Biro memberi keizinan untuk kami mengambil gambar jenis-jenis dadah tersebut. Terima kasih... :)

Semasa taklimat, banyak jua penerangan yang diberikan kepada kami mengenai bahaya dadah...kesan bagi mereka-mereka yang mengambil dadah...hukuman-hukuman yang akan dijatuhkan kepada yang terlibat dengan pengedaran dan penggunaan dadah...peranan ibu bapa dalam menangani anak-anak supaya tidak terjebak dengan pengambilan dadah...dan sindikit pengedaran dadah antarabangsa. Apa-apa pun... say NDA!!! to drugs.




****

Dan pada 24 Julai 2013 giliran Takaful Brunei Darussalam mengadakan taklimat. Memang banyak maklumat yang diberikan jua kepada kami mengenai dengan produk-produk  yang ada di Takaful dan kepentingan kitani untuk menyertai produk-produk yang ditawakan. Antara produk-produk yang disediakan di Takaful Brunei Darussalam ialah :

  • Takaful Pelajaran
  • Takaful Persaraan
  • Takaful Rumah Impian
  • Takaful Haji dan Umrah
  • Takaful Walimatul Urus
  • Takaful Nur Savings

Untuk maklumat lanjut : http://www.takafulbrunei.com.bn/

Alhamdulillah setelah mendengar penerangan yang terperinci mengenai dengan kebaikan dan kepentingan kitani mengikuti takaful ani memang membuka hati aku untuk menyertainya. Ramai kawan-kawan yang hadir mengikuti taklimat tersebut pun sangat berminat jua usul-usulnya. Terima kasih kepada pihak Takaful Brunei Darussalam....

Pegawai daripada Takaful Brunei Darussalam memberikan taklimat. 


Isnin, Julai 15, 2013

HARI KEPUTERAAN KDYMM & RAMADAN 2013

15 Julai 2013
Selamat Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang ke 67 Tahun. 
Daulat Kebawah Duli Tuan Patik.


******



dan hari ani hari ke 6 sudah kita berpuasa. Selamat menjalani ibadah puasa...Semoga segala amal ibadat dibulan ani akan diterima oleh Allah, Semoga dikabulkan semua doa dan diampunkan segala dosa....aamiin!



Pages