google28d19bd85b072b60.html AKU DAN BLOGGER.com: Disember 2009

Khamis, Disember 31, 2009

AKTIVITI TERAKHIR 2009

PAGI :

Pukul 11:30 pagi diadakan majlis perpisahan "farewell ceremony" bagi seorang bekas staff yang telah berpindah bertugas ke jabatan lain dan bagi 3 orang penuntut yang telah menamatkan program penempatan kerja di bahagian kami serta seorang pegawai jabatan yang telah selesai menjalankan tugas seorang pegawai IT di dalam bahagian kami. Suasana terasa kurang meriah memandangkan 2 dari penuntut berkenaan tidak dapat hadir di majlis tersebut. Walau bagaimanapun majlis tetap diteruskan...nak buat macam mana kan.... mmmmm satu lagi berita sedih yang kami terima, that our big boss yang selama ani mengetuai Bahagian kami telah pun jua diarahkan untuk berpindah di cawangan jabatan di daerah lain mulai tahun 2010 nanti dan akan digantikan sementara oleh pegawai lain.

Kalau kan diingat-ingat...Bahagian kami ani tah yang paling banyak staffnya bertukar ganti. Datang dan pergi sesuka hati, haha! mmmm sedih memanglah sedih tapi sudah kehendak takdir dan nasib sorang-sorang kami inda dapat menghalang kan?... next year jua ada lagi seorang kawan akan resign keraja, our very silent jurufoto... silent-silentnya inda pernah kacau orang, sebab atu kami sayang jua kan melapas tapi itulah... kemahuannya sendiri...so hopefully adalah nanti tu farewell ceremony untuknya satu hari nanti.





this is Pijul (white) ...the sweet & slumber guy, one of the student yang diraikan...we gonna miss him so much nanti bila ia nada huwaa!!!







and this is our Lijah... (blue). Sudah lama ia pindah sebenarnya since Jun this year tapi baru hujung bulan Disember ani ada kesempatan meraikan...nasib baik ia dapat hadir dapat jua menghilang rindu and I guess ani tah hari terakhir kami jumpa kali tu.... sekali lagi huwaaa!!!



anilah pegawai yang menjalankan tugas sementara tu...inda kami worries kan kehilangannya, almost every day kami jumpa jua hehe!.



MALAM :

Sebelah malam...family mengadakan barbeque sempena menyambut tahun baru 2010... just a simple one. No music...no game...makan-makan aje... but yang calinya, sebelum mid- night lagi majlis sudah bersurai haha! but we do really enjoy tonight tho :)





Orait! see u next year...2010



Rabu, Disember 30, 2009

2010

SELAMAT TAHUN BARU

Semoga kebaikan demi kebaikan akan berlaku didalam hidup kita sepanjang tahun 2010 nanti...

Sabtu, Disember 26, 2009

WORKING, DINNER & LUNCH

Working at the Empire Hotel during Welcoming Dinner for Borneo Game contingent.


Yessss! makan time >,<



And Welcoming Lunch for the SSEAYP 2009




BL Staff and our boss, wuhu!!!

Khamis, Disember 17, 2009

HARI-HARI YANG SIBUK

I miss you my blog! :( pasal lama sudah inda ter update...sorry.... bukannya apa, beberapa minggu kebelakangan ani very busy with work. Jadual kerja yang inda betantu...habis pagi, sambung petang...habis petang sambung malam dengan kerja dibeberapa tempat. Mmmm ringkaskan cerita aku busy with Borneo Games...Anti-Doping Outreach Program dan SSEAYP 2009. Semuanya memerlukan kami kerja keluar hari Jumaat dan hari Minggu untuk beberapa minggu kebelakangan ani, mana lagi memeduli kerja-kerja di pejabat... tired memanglah tired tapi what to do??? cari makan cik...hehe!

Banyak cerita, banyak peristiwa dan banyak gambar yang dapat ku share sama kamu...rasa terbeban sedikit otak ani pasal terlalu banyak input sudah masuk...terasa macam berhutang sudah rasanya bila janjiku pada diri kan mengupdate dalam blog ani alum sampai-sampainya. I asked my friend..."masih baca blogku?" jawapan "masih...dan enjoy membacanya" mmmm kesian kan kalau ada kawan-kawan yang still waiting for my update??? :(


Okeylah..janji kan ku tunaikan malam ani jua, mesti!!! haha! tapiiiii izinkan aku membuat sikit-sikit saja ya. Next time lagi menyambung.... inda larat kan di share semua dalam satu masa..


Mmmm kamu tau apa itu Anti-Doping in Sport? Anti-Doping adalah Penggunaan Ubat-ubatan Terlarang Dalam Sukan, atu dari erti secara basicnya saja tu. Kalau kan di describe dalam blog ani mungkin inda cukup space kali... haha!. I did attend taklimat pasal Anti-Doping ani last month yang dianjurkan sendiri oleh jabatan so pada mulanya memang aku pun inda faham "what is anti-doping kan?" dan masa ani alhamdulillah... bertambah lagilah pengetahuan ku.


P
LAY TRUE ~ tiada penipuan dalam sukan


Jadinya, ringkaskan cerita...semasa Borneo Game yang lepas, aku dengan staff yang lain telah dilantik menjadi urusetia dalam Anti-Doping Outreach Program. Bermula pada 23 November hingga 5 Disember hari tu. Program ani menyediakan Online Quiz bagi para athlete. Program diadakan selama 2 minggu sepanjang Borneo Game diadakan. Kamu-kamupun sebenarnya boleh jua menjawab asalkan kamu faham apa sebenarnya Anti-Doping ani. So kalau kan mencuba menjawab just click here....
http://quiz.wada-ama.org/. Oh ya! Semasa bertugas hari tu, mana-mana athlete yang berjaya menjawab 10 soalan tu akan diberi hadiah, T.Shirt WADA atau botol minuman WADA. WADA mean World Anti-Doping Agencies... kebanyakan dorang mau botol WADA yang hijau tu...lawa nya dorang haha!







Rabu, Disember 16, 2009

MAAL HIJRAH 1431

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1431


dan semoga kita akan lebih meningkatkan Amal Ibadat kita ya...Amin!!!

Pages