google28d19bd85b072b60.html AKU DAN BLOGGER.com: 2009

Khamis, Disember 31, 2009

AKTIVITI TERAKHIR 2009

PAGI :

Pukul 11:30 pagi diadakan majlis perpisahan "farewell ceremony" bagi seorang bekas staff yang telah berpindah bertugas ke jabatan lain dan bagi 3 orang penuntut yang telah menamatkan program penempatan kerja di bahagian kami serta seorang pegawai jabatan yang telah selesai menjalankan tugas seorang pegawai IT di dalam bahagian kami. Suasana terasa kurang meriah memandangkan 2 dari penuntut berkenaan tidak dapat hadir di majlis tersebut. Walau bagaimanapun majlis tetap diteruskan...nak buat macam mana kan.... mmmmm satu lagi berita sedih yang kami terima, that our big boss yang selama ani mengetuai Bahagian kami telah pun jua diarahkan untuk berpindah di cawangan jabatan di daerah lain mulai tahun 2010 nanti dan akan digantikan sementara oleh pegawai lain.

Kalau kan diingat-ingat...Bahagian kami ani tah yang paling banyak staffnya bertukar ganti. Datang dan pergi sesuka hati, haha! mmmm sedih memanglah sedih tapi sudah kehendak takdir dan nasib sorang-sorang kami inda dapat menghalang kan?... next year jua ada lagi seorang kawan akan resign keraja, our very silent jurufoto... silent-silentnya inda pernah kacau orang, sebab atu kami sayang jua kan melapas tapi itulah... kemahuannya sendiri...so hopefully adalah nanti tu farewell ceremony untuknya satu hari nanti.





this is Pijul (white) ...the sweet & slumber guy, one of the student yang diraikan...we gonna miss him so much nanti bila ia nada huwaa!!!







and this is our Lijah... (blue). Sudah lama ia pindah sebenarnya since Jun this year tapi baru hujung bulan Disember ani ada kesempatan meraikan...nasib baik ia dapat hadir dapat jua menghilang rindu and I guess ani tah hari terakhir kami jumpa kali tu.... sekali lagi huwaaa!!!



anilah pegawai yang menjalankan tugas sementara tu...inda kami worries kan kehilangannya, almost every day kami jumpa jua hehe!.



MALAM :

Sebelah malam...family mengadakan barbeque sempena menyambut tahun baru 2010... just a simple one. No music...no game...makan-makan aje... but yang calinya, sebelum mid- night lagi majlis sudah bersurai haha! but we do really enjoy tonight tho :)





Orait! see u next year...2010



Rabu, Disember 30, 2009

2010

SELAMAT TAHUN BARU

Semoga kebaikan demi kebaikan akan berlaku didalam hidup kita sepanjang tahun 2010 nanti...

Sabtu, Disember 26, 2009

WORKING, DINNER & LUNCH

Working at the Empire Hotel during Welcoming Dinner for Borneo Game contingent.


Yessss! makan time >,<



And Welcoming Lunch for the SSEAYP 2009




BL Staff and our boss, wuhu!!!

Khamis, Disember 17, 2009

HARI-HARI YANG SIBUK

I miss you my blog! :( pasal lama sudah inda ter update...sorry.... bukannya apa, beberapa minggu kebelakangan ani very busy with work. Jadual kerja yang inda betantu...habis pagi, sambung petang...habis petang sambung malam dengan kerja dibeberapa tempat. Mmmm ringkaskan cerita aku busy with Borneo Games...Anti-Doping Outreach Program dan SSEAYP 2009. Semuanya memerlukan kami kerja keluar hari Jumaat dan hari Minggu untuk beberapa minggu kebelakangan ani, mana lagi memeduli kerja-kerja di pejabat... tired memanglah tired tapi what to do??? cari makan cik...hehe!

Banyak cerita, banyak peristiwa dan banyak gambar yang dapat ku share sama kamu...rasa terbeban sedikit otak ani pasal terlalu banyak input sudah masuk...terasa macam berhutang sudah rasanya bila janjiku pada diri kan mengupdate dalam blog ani alum sampai-sampainya. I asked my friend..."masih baca blogku?" jawapan "masih...dan enjoy membacanya" mmmm kesian kan kalau ada kawan-kawan yang still waiting for my update??? :(


Okeylah..janji kan ku tunaikan malam ani jua, mesti!!! haha! tapiiiii izinkan aku membuat sikit-sikit saja ya. Next time lagi menyambung.... inda larat kan di share semua dalam satu masa..


Mmmm kamu tau apa itu Anti-Doping in Sport? Anti-Doping adalah Penggunaan Ubat-ubatan Terlarang Dalam Sukan, atu dari erti secara basicnya saja tu. Kalau kan di describe dalam blog ani mungkin inda cukup space kali... haha!. I did attend taklimat pasal Anti-Doping ani last month yang dianjurkan sendiri oleh jabatan so pada mulanya memang aku pun inda faham "what is anti-doping kan?" dan masa ani alhamdulillah... bertambah lagilah pengetahuan ku.


P
LAY TRUE ~ tiada penipuan dalam sukan


Jadinya, ringkaskan cerita...semasa Borneo Game yang lepas, aku dengan staff yang lain telah dilantik menjadi urusetia dalam Anti-Doping Outreach Program. Bermula pada 23 November hingga 5 Disember hari tu. Program ani menyediakan Online Quiz bagi para athlete. Program diadakan selama 2 minggu sepanjang Borneo Game diadakan. Kamu-kamupun sebenarnya boleh jua menjawab asalkan kamu faham apa sebenarnya Anti-Doping ani. So kalau kan mencuba menjawab just click here....
http://quiz.wada-ama.org/. Oh ya! Semasa bertugas hari tu, mana-mana athlete yang berjaya menjawab 10 soalan tu akan diberi hadiah, T.Shirt WADA atau botol minuman WADA. WADA mean World Anti-Doping Agencies... kebanyakan dorang mau botol WADA yang hijau tu...lawa nya dorang haha!







Rabu, Disember 16, 2009

MAAL HIJRAH 1431

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1431


dan semoga kita akan lebih meningkatkan Amal Ibadat kita ya...Amin!!!

Sabtu, November 28, 2009

EXPO AGRICULTURE AND AGRI FOOD

Last Week pegi temankan adik ujian bertulis...so tarus singgah di Expo Agriculture and Agrifood 2009 di Kawasan Kemajuan Pertanian, Tungku Gadong organised by Jabatan Pertanian. Expo di adakan mulai 19 - 30 November ani dan expo dibuka mulai pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang. So kamu-kamu yang alum ke sana atu, baiktah ke sana. Among the activities ialah live pameran binatang dan burung ternakan, Live Catalogue of Fruits and Vegetables, Petting Zoo, Horse Rides, Tractor Rides and Kelinik Pertanian.

I myself having fun di sana...terutamanya bila kami kana bawa round-round ladang dengan menaiki tractor. Wah seronok! Ladang yang disediakan memang luas...puas jua hati meround. So don't missed it!

kena q-up dulu sebelum menaiki tractor... menunggu inda lama pasal ada 3 buah tractor yang disediakan, kalau malas kan berbaris lama...datang awal le.


aaah...our turn naik tractor...yey! seronok...



seluas mata memandang....tanaman bunga, buah-buahan dan sayur-sayuran yang ada di ladang...tanaman mengikut style landscape dan antaranya kandang-kandang binatang yang sempat digambar.... Tumbs up!



habis beround di ladang dengan tractor dengan cuaca yang hangat...masuk ke bilik ber aircond dan banyak booth-booth yang mempamerkan tanam-tanaman, buah-buahan dan makanan tempatan dan luar negara. selain atu mun mau membeli pun boleh...



asyik menjawab borang kaji selidik mengenai dengan pemantauan makanan halal



bergambar dekat DURONG (tempat menyimpan padi) 



my fav. picture....hehe! yes like it.



selesai ke expo...tarus ke sebelah pagar lagi hehe! Hari Terbuka Pusat Latihan Mekanik. Di sana ada didirikan kem-kem tempat penjualan barang-barang kereta dan pameran kereta-kereta lama...




MAKAN DAN HUJAN

Makanan yang dimakan tu adalah satu rezeki. Jangan persiakan makanan yang ada di depan mata. Peribahasa kata...rezeki jangan ditolak so kalau ada rezeki atu pergunakan dengan sebaik mungkin. Kalau mengorder atu...orderlah yang nyaman-nyaman haha!

Gambar ni ku ambil time lepak makan di WyWy Restaurant... after work. Memang sedap woo. Hari tu lepak lama sikit, sampai malam. Banyak cerita yang dapat dikongsi bersama kawan dan sayangnya setiap kali lens kamera ku tujukan setiap kali atu jua kana tolak...kesian kan. Habisnya aku sorang saja yang begambar, memeriahkan suasana haha!




Mmmm time hujan lebat sangat-sangat hari tu sempat jua ku mengambil gambar dari jendela ofis. Sekarang ani, cuaca panas sudah melanda. Belum ada tanda-tanda hendak hujan. Wah! rindu rinduan sudah kan merasa kesejukkan cuaca time hujan. Hujan...please come again...:(

Khamis, November 12, 2009

A TRIP LAGI...KALI ANI DI MANA???

Kenangan mengusik jiwa...hehe!. First time ke Tasek Merimbun semasa menjalani kursus pada tahun 1996 and now di sana sudah banyak perubahan yang dapat di dilihat. Kalau dulu, kalau kan masuk "free of charge" tapi sekarang sudah dikenakan bayaran. Bagi kanak-kanak 50 sen seorang dan bagi orang dewasa sebanyak $1.00. No worries...inda mahal...hehe!


di sinilah tempat pintu masuk ke jambatan tasik, sebelum tu kena buat bayaran masuk dulu di kaunter ni


peraturan-peraturan yang patut diikuti

Taman Warisan Tasek Merimbun terletak di Daerah Tutong. Mmmm mungkin banyak sudah kamu-kamu yang pernah ke sana ya?. Bagi yang inda pernah, di tengah-tengah tasik tu ada pulau. Pulau tu namanya Pulau Jeludong. Untuk pergi ke pulau, kena menyeberang tasik dengan jambatan yang disediakan. Sempatlah jua ku "menginterview" pakcik yang menjaga kebajikan tasik atu, so pakcik tu cakap yang tasik ani is belong to MPK (Majlis Perundingan Kampong) di sana dan kalau inda silap dengar di bawah jagaan Jabatan Muzium-Muzium Brunei jua. Bagi yang ingin meronda di air tasik, disediakan beberapa outboat dengan dikenakan bayaran... $30 bagi 6 orang penumpang atau lebih dan $5 bagi penumpang yang tidak melebihi 6 orang.
So seronok during my trip ke sana hehe!. If kan picnic pun boleh...janji jaga saja kebersihan pasal kalau bukan kitani siapa lagi yang akan menjaga kan?.... More pic HERE



tugu peringatan sempena Perkhemahan Belia di sana




inilah pulau yang dimaksudkan


chalet yang dibina dengan menggunakan kulit-kulit kayu sebagai dinding....nice


meluangkan masa yang ada dengan berehat di chalet, sambil-sambil merenung masa depan. Haha! :P

Selasa, November 03, 2009

RINDU DURIAN

Rasa buah durian memang sedap. Banyak orang suka makan durian. Siapa-siapa yang inda suka atau inda pandai makan durian memang sungguh menghairankan dan dalam kerugian hehe!. Makan durian ni ibarat makan ayam... orang akan berkata "rugi awak tak pandai makan durian atau rugi awak tak pandai makan ayam...sedap...". Begitulah selalunya apa yang aku dengar. Mmmm iyea lah tu...

Hari ni memang aku rindu sangat kan makan durian, gambar ni pun sebenarnya yang aku ambil beberapa hari yang lepas sewaktu aku dan emak pesta makan durian di rumah hehe!. Durian-durian ni sebenarnya pemberian orang yang berkebun durian. Inda rugikan kalau ada rakan yang berkebun durian...bila tiba musimnya...mmmm adalah buah durian datang ke rumah. Free of charge! haha...


Psssst!!! bila lagi the second tripnya ya? hehe! (kes kan makan free buah durian). Pandainyer!!! :)




Yes, rindu sangat-sangat kan makan durian...bila lagi kan meronda cari buah durian ya? sebelum buah durian hilang dari pandangan mata...wah!


Oraitz!


Isnin, Oktober 26, 2009

LABI

Seharian meronda di kawasan Labi, Belait sangat memenatkan. Meronda bukan sebarang meronda... meronda ada hajat, cari buah durian....hehe!. Perjalanan memakan masa satu jam lebih dengan kadar kelajuan yang amat sedarhana. So seperti biasa...ada kesempatan, aku ambilah gambar mana-mana yang patut untuk di post dalam blog ani. Fokus utama ialah mencari buah durian dan kedua ialah makan angin so perjalanan ku, ku teruskan sehingga ke hujung jalan. Di hujung jalan Labi, ada terdapat sebuah rumah panjang bagi kaum Iban yang di beri nama Rumah Panjang Teraja. Jadinya time menggambar rumah dorang atu....eermmm takut-takut jua, pasal aku diperhatikan dari jauh. Mungkin tiada apa-apa bagi dorang cuma aku saja yang rasa kurang selesa...takut! maklum kampong orang, harus berjaga-jaga jua kan...So just one snap, cukuplah...hehe!

Ani adalah jalan yang menuju ke rumah panjang berkenaan. Gambar ku snap semasa ku berpatah balik hendak meninggalkan kawasan rumah panjang.

Setelah meninggalkan kawasan rumah panjang Bukit Teraja, lebih kurang 20 minit perjalanan sampailah aku ke Taman Peranginan Wasai Wong Kadir. Menggunakan masa yang ada, berehat berabislah di sana. Sambil-sambil makan buah durian dan rambutan yang baru dibeli sambil-sambil atu jua memerhati para pengunjung yang ada di sana hehe!. Hari tu, memang ramai jua pengunjung yang datang...mungkin dorangpun sama tujuan...membeli buah. O ya!... sepanjang perjalanan ke Labi sana, memang payah jua kan terjumpa pondok-pondok yang berjual durian. Aku dapat beli durian pun di kedai Cina dengan harga $10.



Tempat letak kereta. Gambar diambil sebaik saja sampai dan selepas beberapa minit pengunjung semakin ramai datang.


Sebenarnya di Wasai Wong Kadir ani, bukan yang ada dalam gambar ani saja. Tempat utama yang menarik hati pengunjungnya ialah wasainya. Wasainya atu sebenarnya ada di dalam hutan tapi masih dapat dilalui dengan berjalan kaki mengikut laluan jalan yang telah disediakan tapi memandangkan aku sampai di sana sudah selepas waktu Asar so tak beranilah nak masuk ke dalam. Kebanyakan pengunjung akan mengambil kesempatan masuk ke kawasan wasai berkenaan untuk mandi.

Haha! time santai...sempat makan durian. Bukan durian kuning tapi durian pulu.... mmmm not bad jua rasanya.


Selepas sejam lebih berehat di sana... perjalanan diteruskan. Balik...


Khamis, Oktober 22, 2009

AKU, BLOG DAN FACEBOOK

Some people asked, kenapa inda memblog lagi? hehe! Adakan dorang rindu dengan update ku? mmmm entahlah... so secara ringkas diterangkan, aku banar-banar terleka sejak ku sign up ke facebook. Sekarang ani...barulah ku tau apa itu facebook so bila dibezakan keduanya mmmm i love my blog more... pasal di sini aku boleh tulis apa saja...bad things, good things, sad, happy, adventure, pengalaman ataupun cerita-cerita sentimen. Sentimen? sentimental le...hehe! di sini adalah my real home...my real story...wah!

So days goes by...banyak cerita dan peristiwa yang melanda hidup tapi biarlah jadi rahsia buat selamanya hehe!. Apapun yang terjadi ku anggap saja sebagai satu dugaan...dan sejujurnya, kejadian atu banyak menyedarkan aku siapa sebenarnya.... aku, dia dan lagu...haha! apakan??? mmmm kan ber sentimen lah tuuu. Orait! orait! like my sister said semenjak dua tiga hari ani...macam lain-lain bunyinya dalam facebook. Haha! no lah sister...biasalah hidup manusia ani, mood kitani sometimes up and sometime down and now aku dah fixing mana-mana yang broken.

Cakap pasal fixing-fixing ani, a few days back ada le beberapa orang kawan-kawan merasa down kerana dilanda dugaan hidup. So aku sebagai kawan tolong sikit-sikit sajalah bagi pandangan dan nasihat mana-mana yang patut walaupun pada masa atu aku sendiri dalam keadaan yang down...tapi inda apa kan... secara inda langsung apa yang ku luahkan pada dorang, ku praktikan pada diriku sendiri. Like I said dalam facebook "macarony arby is glowing in the dark" so bila di huraikan maknanya memang sangat bererti sekali arahku, meaning....walaupun kamu dalam keadaan yang down sangat-sangat, kuatkanlah semangat diri dan motivasikan diri masing-masing agar tidak terus tenggelam oleh kegelisahan hati yang menghimpit jiwa dan fikiran.

Walau apapun diharapkan dorang sudah orait masa ani dan mana-mana sahabat yang masih dalam suasana gelap tu...glowing-glowingkan lah diri kamu yeaa.

Ahad, Oktober 18, 2009

SAMBUTAN RAYA 2009

Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi jabatan kami telah diadakan pada hari Minggu lepas, 11 Oktober 2009 bertempat di Stadium Tertutup Berakas. Mmmm seperti tahun-tahun yang lepas, setiap bahagian akan disediakan pondok masing-masing dan makanan dan minuman akan di bawa sendiri oleh pegawai dan kakitangan mengikut bahagian-bahagian. Ha! tahun ani seperti jua tahun yang sudah-sudah kami bagi staff BL telah menyediakan makanan yang ringkas sahaja. Kami menyediakan buah-buahan tempatan, ice cream, pudings, kek dan kuih-muih.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan dari Pengerusi Majlis, Pengarah dan seterusnya diadakan penyampaian sijil-sijil bagi pegawai yang telah bersara. Antara acara yang menarik adalah cabutan nombor bertuah, dan pertandingan pondok tercantik dan persembahan lagu raya terbaik. Yang nyatanya bahagian kami langsung inda dapat sebarang gelaran juara haha!. Walaubagaimana pun kami berpuas hati kerana makanan kami licin...licin dan licin, tiada pembaziran telah berlaku.




Ani antara gambar yang sempat ku masukan dalam blog ani sebab bukan mudah kan mendownload gambar banyak-banyak dalam blog ani, tambah lagi kalau connection kurang memuaskan...alamat tertidur-tidurlah menunggu hehe! and more picture ada dalam my facebook. Okey...


Selasa, Oktober 06, 2009

TERBARU

Kalau mata inda mau tidur boleh membuat diri merasa lemas tau. Mmmmm nak buat apa ya, malam-malam ani? Jam sudah menunjukan hampir ke angka 12:00 tengah malam. Esok nak pergi kerja lagi.... Nak layan facebook orang semua sudah tidur, habisnya layan blog sajalah!. Habis nak update cerita apa yea???? Buntu! buntu! buntu! eshhhh! tik-tok-tik-tok time is running out!!! frustnya!!!

Aaaaaaaahh...aku ceritalah pasal kisah semalam. Yang semalam pun semalam laaah.... janji membuatkan aku mengantuk udahlee. Asal kamu jangan mengantuk membaca.


Semalam aku pegi lah jalan-jalan pergi Tutong. Saja je...window window shopping dan makan tengah hari di food zone dekat sana. Siap order Kari Kepala Ikan lagi cost $6, order makanan dengan share-share duit saja pasal faham-faham le...raya kan guna duit banyak so masa ni tak dapatlah nak belanja lebih-lebih. Selesai makan, aku singgahlah ke satu unit tempat berjual buku-buku. Tengok-tengok mana yang berkenan di hati dan aku langsung teringatkan novel NB ~ Aku Bukan Billy Milligan ~ yang terbaru ku beli dan belum habis baca pun hehe! kan compare harga lah konon dan kan tau jua ada kah novel tu berjual di sana pasal kan membali novel tu aku round satu bandar tau nak dapatkan tapi nada bejual, penghabisannya aku jumpa di Giant, Rimba.

Mmm balik semula cerita tadi... aaah ada buku tu dijual di sana with $??.?? aaah harganya biarlah rahsia tau, hehe! Mmmm baru aku kan memigang buku tu, taruslah salesgirlnya cakap "ani bukunya yang terbaru ni ka...yang the latest" so aku said "aaaaah" (dalam hati ku cakap...aku dah beli dah). So aku tengok-tengok lagi buku agama sembahyang sembahyang sunat " yang nipis nipis ada?" aku tanyalah arah salesgirl atu (dalam hatiku...kan save budget, atu pasal lah tanya yang nipis-nipis, hehe!) "yang nipis-nipis nada" kata sales girl tadi dengan senyuman dan ia offer aku pulang buku yang tebal dan besarrrr...hasil tulisan Ustazah Siti Norbahyah dari Malaysia. Nya salesgirl atu "ani ada ka...buku Ustazah Siti Norbahyah pasal ketani-ketani tu ka, pasal bini-bini.. buku yang terbaru tu ka" mmmm aku pun tengok-tengok le isi kandungan buku tu.... bukannya kan sombong, isi kandungannya tu...kebanyakannya sudah kitani pelajari di sekolah ugama dulu-dulunya dan pernah jua sudah ku ikut kursus-kusus Fiqh dan agama di Pusat Da'wah Islamiah a few years back dan textbooknya pun masih ku simpan untuk rujukan. Habis buat apa nak beli lagi kan?...jangan membazir hehe!

So lastnya aku pegi lah arah bahagian majalah-majalah hiburan dan jumpalah majalah yang biasa ku bali dan belum ada dalam simpanan. Cuma tinggal satu naskah aje atupun dalam keadaan yang kurang memuaskan. So ku tanya le arah salesgirl tu lagi... "ani nganya kah? nada yang baru?" salesgirl menjawab, "nada ka...alum ada yang baru, yang terbaru ani saja" so ku jawab "maksudku yang lain...yang bisai lagi pasal ani sudah ada rosak-rosak sikit" so salesgirl jawablah "nada ka, ani saja yang tinggal".

So bila ku ingat semula...., mmmm apa pasal lah salesgirl tu...asyik cakap perkataan yang "terbaru terbaru" macam nada skrip lain lagi kan di cakapkan... haha! Walaubagaimana pun.... I respect lah jua arahnya, kerana ramah dan budi bahasa yang manis melayan pelanggan. At least, nadalah ku rasa macam 'alien' sepanjang berada di sana. Haha! apakan???


Yey!!! nearly 1:00 am maaaa...kan tido yey!!! okey thanks for spending time with this update yap. Soie nada gambar...

Jumaat, Oktober 02, 2009

CUTI YANG BOSAN

Eeeee bosannya. Nak buat apa ye? mmmm tiga hari selepas cuti raya hari tu aku ambil cuti. Saja kan merehatkan otak dan badan sebab bulan Disember nanti mungkin aku inda kan mengambil cuti...bagi peluang kawan-kawan yang lain le. Aktiviti sepanjang cuti inda banyak, banyak masaku dihabiskan duduk rumah, bermain dengan kanak-kanak, "komputing" dan baca novel di samping membuat kerja-kerja rumah yang lain. Kawan-kawan cakap...napa inda jalan-jalan? Macam mana nak jalan-jalan, aircond kereta sudah rosak. Inda siuk yey! driving nada aircond...panassss!!! Sudah beberapa kali ku driving meredahi cuaca panas terik tanpa aircond dan keputusannya... aku inda sanggup dan membahayakan diriku sendiri. Kenapa? mun sudah panas...driving pun inda betantu, kan mau capat sampai so lebih baik jangan. Lately, aku banyak fikir kan hantar keta ku ke kedai repair aircon...tak payah tunggu payday lah. Inda lama lagi kan masuk kerja balik so habis pun habis lah... apa yang habis??? hehe mun faham bisai...

So time melayan kanak-kanak bermain tu, adalah cik Wina kita tu...ruah-ruah barang yang ada di bilik ku. Mmmm Cik Wina kita ni suka sangat ruah-ruah barang aku tau. Inda apa lah...naluri kanan-kanak memang macam atu, suka sangat pada benda-benda yang menarik perhatiannya. Antaranya ani lah... dia testing cincin-cincin yang ku simpan, Wina memang suka pada barang-barang asessories... biasalah kan "girl". Semua cincin dia masukan dalam jari dia, wah! wah! wah! ini sudah jadi isu semasa ni....soooo aku snap dan inilah hasilnya. Banyak-banyak cincin yang ada.... satu je yang selalu ku pakai. Yang lain mostlynya tidurrrr terutamanya cincin krystal bunga yg besar tu, nice to see but not nice to wear hehe. Huwaaa!! tak sanggup aku!


Haikal semasa di bawah jagaan ku sempat posing lagi tuu. Ceh...manisnya senyuman mu.

Mendulur liur Haikal kan naik tangga. Sempat lagi mengambar tapi security system tetap teguh tau.

Aaaaah... masa ani tah kejadian ruah- meruah berlaku. Cik Wina kita beruah asessories di dalam bilik...Encik Haikal kita ni beruah di sini... apa yang dia dapat?

Wah gambar bini-bini yo! hehe!

Oraits.

Selasa, September 29, 2009

WINA BIRTHDAY (29.9.2009)

2992009... cantik kan nombor tu? mmmm Cik Wina kita sambut birthdaynya hari ni yang ke 5 tahun. Acara ringkas saja... tiup lilin, motong kek dan buka present. Sambil-sambil atu makan mee hoon goreng yang disediakan oleh mamanya dan ayam goreng yang di sediakan oleh nini, ngangah dan amitnya. Sambutan ringkas je. So di bawah ni lah ucapanku untuk Cik Wina kita hehe. More picture and stories please go to my fav. blogs Sbh family atupun hopefully mamanya mengupdate A.S.A.P. Oraits..





Sabtu, September 26, 2009

RAYA RAYA RAYA

Salam Aidilfitri...

Mmmm banarlah kata orang, a picture can speak a thousand words. Pada mulanya memang otak ku buntu kan mengupdate blog ani. Inda tau cerita apa kan dimasukan tapi bila ku meliat semula gambar2 raya yang ada... nah ada tah idea ku, hehe.

Harap-harap raya kamu-kamu okey saja tahun ani yea.. Mana-mana sahabat yang membaca entry raya ku ani, aku minta maaf banyak-banyak sebab inda datang beraya ke rumah kamu, memang raya tahun ani aku inda banyak beraya. Entahlah kenapa ya?. Aku rasa aku lebih selesa berada di rumah raya tahun ani dan memang sebelum raya sudah ku pasang angan-angan kan mengurangkan aktiviti raya ku hehe but I'm happy laa.. seronok sangat-sangat! dan mudah-mudahan raya tahun depan aku rajin beraya ya!. I hope.

Okeylah bercakap pasal raya ani, sebelum menjelang raya...ada beberapa persediaan dan aktiviti yang ku buat. Selain daripada menyediakan baju raya untuk diri sendiri, shopping raya seadanya, mengorder kek dan kuih muih ada satu lagi aktiviti tahunan yang aku dan rakan sepejabat buat... apanya kami "projek tahunan" ialah mengirim kad ucapan raya untuk Kerabat sebagai tanda ingatan. Tahun ani sudah masuk tahun ke 5 projek kami ani berjalan, hehe. Seperti di dalam gambar, iatah sebahagian balasan kad raya yang ku terima daripada Kerabat. Gambar sebelah tu ialah persediaan untuk kan dibagi semasa raya pertama arah anak-anak buah yang seramai 6 orang tu. Faham-faham le...

Inilah hasil projek tahunan my Tangah, pelita di halaman rumah.

Raya kedua, my cousin sambut birthday di rumah, surprised from mom and dadnya. Acara memotong kek dan makan-makan kami sekeluarga je. Dapat hadiah kamera Nikon yo! from mom and dadnya. Wuhu!!! boleh pinjam tu? hehe.

Tugasan tahunan ku semasa raya, memasukan kacang, biskut, kek dan gula-gula ke dalam kaca yang sudah disediakan sebelum tiba raya.

Family photo during the second raya.Haha! napa kan gaya dorang catu tu???



Sabtu, September 19, 2009

SALAM AIDILFITRI 2009


SALAM AIDILFITRI kepada sesiapa yang singgah dan sudi meluangkan masa untuk bersama blog ku ani. Ikhlas daripada rny184...

Jumaat, September 18, 2009

RAYA DAH DEKAT

Raya kian mendekat, persediaan semakin serius di rumah. Ani projek my Tangah setiap tahun ni. Menyediakan pelita. Walaupun ada pelita yang bisai-bisai sudah dijual di kedai-kedai tapi Tangah lebih suka memakai yang ani. Time-time Tangah beroperasi ani...sempat lagi ku menyibuk mengambil gambarnya. Lokasi, di belakang rumah. Barang-barang yang diperlukan inda banyak... seperti yang ada dalam gambar. Cuma dalam pelita tu nanti, mesti dimasukan "minyak gas" untuk memarakan api. Bila semua siap, buluh-buluh tu akan dipacakakan di halaman rumah dan bila malam raya, pelita akan dinyalakan untuk penambah seri halaman. Dan pelita atu jua nantinya akan menjadi bahan untuk memain badil dan bunga api hehehe...


Isnin, September 14, 2009

PERSEDIAAN RAYA DI PEJABAT

Bahang Raya sudah semakin hangat. Sehangat cuaca di petang hari hehe... dan untuk memeriahkan suasana, kami di pejabat sudah sibuk jua mengusai membagi lawa ofis sempena raya akan datang.

Ketupat, sinonim sudah dengan raya....so hiasan mestilah ada ketupat. Di gantung sana-sini untuk menutupi ruang-ruang kosong. Tahun ani, kami inda menyediakan barang perhiasan baru. Gantung saja mana yang ada. Kami menggunakan barang-barang perhiasan yang lama yang setiap tahun digunakan. Nya orang... memang banyak sudah jasanya arah kami. Memandangkan tahun ani, staff di bahagian kami ada yang sudah pindah dan cuti so kemeriahan menghias kurang sedikit berbanding tahun-tahun yang lepas. Budak-budak attachment saja yang kami harapkan untuk menolong dan Alhamdulillah...dorang memang bagus dan dorang yang lebih iski menghias, serba sedikit terasa jua kemeriahannya.

antara barang-barang yang digunakan


ini keja budak-budak attachment lah ni... tukang gantung di bahagian atas, solute dengan dorang...rajin!



aaah... ani hasil kerja tangan ku. "pokok krismas"...nya dorang attachment, hehe! mana sajalah kamuuuu.


Ahad, September 13, 2009

DUGAAN RAMADAN

Rindu yey! kan memblog. Tapi hari ani ku pajal jua untuk me on komputer ku ani. Sambil-sambil menunggu waktu sungkai. A few days lately ani, mata ku sakit dan dapat headace so aku kiranya kan puasa dulu memblogging. Tapi I cannot tahan jua pasal rindu ku kan membuka blog ani. Mungkin jua aku terlalu banyak spending masa ku dengan komputer... di ofis jua dan di rumah jua membuatkan mata dan kepala ani sakit. Bukan saja mata... gusi gigi ku pun setiap hari membengkak dan sakit. Mungkin ani dugaan dari-Nya di bulan Ramadan ani ya? Mungkin sehari dua nanti headace ni alum baik, paksa tah jumpa doktor ni dan sampai sekarang ani aku masih menunggu tarikh perjanjian dengan doktor specialist gigi di Berakas. Nurse cakap selepas puasa barangkali tapi rasanya inda sabar-sabar lagi kan jumpa doktor tu... cannot tahan le!

Now kehangatan hari raya sudah mula terasa. Sana sini bunyi badil dan dj-dj radio sudah mula memutarkan lagu-lagu raya. Wah! terlalu cepat masa berlalu ya, Ramadan inda lagi lama akan berakhir so sudah ready kah sambut raya? Apa-apa pun jangan lupa malam Lailatulqadar ya.

Bagi yang singgah ke blog ku ani.... diucapkan selamat meneruskan ibadah puasa. Wishes raya kemudian aah. Hehe! okeylah... my eyes is hurting nih. Gue off dulu.

Ahad, September 06, 2009

RAMADAN YA RAMADAN

Decide not to sleep until makan sahur. Wah...jadi heroin ku hari ani, hehe.... and now jam sudah 1:03 am. Aku masih duduk di depan komputer ni typing, typing and typingggg. I'm bored ni sebenarnya. Apa story kan ku buat ah?. Mmmm this morning we heard a very sad story from our chief that my friend miscarriage lagi.... for the 3rd time. I'm speechless....speechless and speechless untuk beberapa ketika. Aku betul-betul inda menyangka perkara atu akan terjadi lagi arahnya. Takziah untuk mu sekeluarga (if you read this blog yea). All you have to do is banyakan bersabar, tambahan lagi dibulan Ramadan ani ...mungkin ada hikmahnya disebalik kejadian and hopefully selepas ani you akan mendapat kebahagian yang berlipat ganda di atas kedukaan mu hari ani yaa...amin...

Yes segala suka dan duka kehidupan, semuanya takdir dari Allah. Kitani sebagai manusia hanya merancang, Allah saja yang menentukan segalanya. Nasib seorang-seorang inda sama...kadangnya Allah akan memberikan sepanjang kehidupan seseorang atu dengan seribu kemanisan sedangkan pada pihak yang lain masih 'struggle' untuk mengubah nasib masing-masing. Antahlah... atu semuanya rahsia Allah yang inda mampu untuk difikirkan oleh akal. All we have to do ialah bersabar dan bertenang menjalani kehidupan ani walau apa pun kepahitan dan kemanisan yang diturunkan dalam hidup kitani. Yang pastinya ada hikmah disebalik sesuatu kejadian dan yang penting kehidupan harus diteruskan. Orait!!!

Apa lagi ah? Mmmm... ooo yeah... tadi aku pergi liat wayang. Deng??? betul... cerita Final Distination 4. Perkara yang inda pernah ku buat...bulan Ramadan liat wayang hehe!. Cukup sekalilah untuk bulan Ramadan ani. My sister minat sangat kan cerita atu sebenarnya dan pernah liat Final Distination 1, 2 dan 3 so aku bagi sokongan lagi men-suggest untuk meliat wayang. Wah! big sisternya sorang ani ah... 'mengulukan' haha!. I've seen Final Distination 2 & 3 saja. My sister suggest aku untuk meliat dulu sebelum pergi liat wayang. Untuk memahami jalan ceritanya, katanya...hehe!. Anyway jalan ceritanya tentang kematian. So how do you feel if someone told you that you are going to die??? How you die and when???. Gerenti inda betidur tuuu, kan?. Overall... ceritanya boleh tahan jua tapi cuma yang membuat aku sedikit inda puas hati ialah ada bahagian-bahagian yang kurang logik telah berlaku. Nyeh.... adakah patut???.





Tengok jangan tak tengok!!!

Rabu, September 02, 2009

CERITA SELINGAN

Seminggu... I haven't update this blog... mmmm rindu juga. Betul! betul! betul! rindu sangat-sangat.

Masuk hari ani, sudah 12 hari kita berpuasa. Diharapkan semoga amal ibadah yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan ani akan diterima oleh ALLAH yea dan lakukanlah ia sebaik mungkin.


Sepanjang bulan Ramadan ani jua, inda banyak aktiviti kan ku buat. Mana di tempat kerja dan jua di rumah. Seperti biasa... setiap bulan Ramadan kerja agak berkurangan. So living in a boredom lah jawabnya. As you can see in this picture.....hehe!


Sebenarnya gambar-gambar ani yang ku snap time ku boring-boring dan apa yang kamu liat, iatah barang-barang yang ada disekeliling ku. Semuanya pemberian orang.



Aaaah...this guitar made by our sweet and creative guy, Faizul... attachment student arah kami. Mmmmm cute kan? Aku nampak Faizul buat guitar so aku request lah ia buatkan satu untuk ku... untuk remembrance ku bila sudah dorang habis attachment nanti. Will be missing them nanti.... huaaaaaa!



K c ya!

Pages