Jumaat, Mei 24, 2013
JOGGING
Sudah sekian lama memendam rasa untuk berjogging. Dan hari ani hajat sudah ditunaikan. Nyaman dan ringan rasa badan selepas jogging ani. Semogalah aktiviti dihujung minggu macam ani akan berpanjangan.
Kalau dulu aku memang aktif bersukan. Jogging, aerobik dan mendaki bukit. Kurus jua lah badan...hehehe. Kalau inda silap sudah 4 tahun ditinggalkan aktiviti sukan ani and now memandangkan badan sudah terasa "buntu" dan bila memikirkan pentingnya bersukan untuk kesihatan badan, why not dimulakan hari ani. so wish me luck....
Sabtu, Mei 18, 2013
ALAHAI! ZARUL UMBRELLA...
Masih ku ingat peristiwa semalam...
Masih segar didalam ingatan...
Alhamdulillah...
Walaupun mimpi hanya mainan tidur tapi aku tetap bersyukur pada Allah sebab temukan aku dengan Zarul Umbrella walau hanya dalam mimpi. Aku memang inda menyangka dan inda pernah terniatpun kan mimpikan Zarul tapi kenapa yea semalam dia muncul dalam mimpi aku? emmm???
Dalam mimpi aku tu ada sentimental value yang mungkin payah kan dilupakan. Zarul hadiahkan aku jam tangan berwarna biru. Rupa dan bentuk jam tangan atu sehingga sekarang masih ku ingat. Aku dapat rasakan dalam mimpi tu aku dan Zarul seperti sedang bercinta le... hati aku berdebar dan berbunga-bunga bila aku terpandangkan Zarul dan aku pun dapat merasakan yang Zarul pun begitu..... Dia memang betul-betul nampak ikhlas... Waaah! sunggu romantik... tapi sayang...hanya mimpi....
Dan sekarang aku berpijak ke alam nyata. Mimpi tak akan jadi kenyataan yea..
Semenjak duamenjak ani, aku ada mengambil perhatian dengan perkembangan diri Zarul Umbrella. Since dia muncul di anugerah ABPBH 2012 dengan membawakan lagu Ramalanku Benar Belaka. Dulu-dulu aku memang suka dengar lagu tu dan semenjak dia kembali menyanyi semasa anugerah atu aku terus mengikuti perkembangan diri Zarul dengan mengikuti blog http://zarulumbrella.com/, Facebook, Instagram dan Keek.
Mungkin ada rahmat yea Allah beri aku mimpi tu? hehehe...
Zarul Umbrella semasa anugerah ABPBH 2012
*gambar diambil dari google
OK peace!
Jumaat, Mei 17, 2013
PERCUBAAN
Kali ani aku cuba blogging melalui handphone.
Pancakes buatan sendiri. Sudah lama teringin kan mencuba membuat pancakes so ani lah hasilnya. Minat kan mencuba membuat pancakes ani semenjak aku menonton Masterchef Malaysia dan astro channel AFC yang kadang-kadang ada menyiarkan siri masakan membuat pancakes. Ingin jua merasa bagaimanakah rasa pancakes dan alhmdulillah rasa pancakes yang dibuat memang tidak menghampakan ;)
Langgan:
Catatan (Atom)


