google28d19bd85b072b60.html AKU DAN BLOGGER.com: Jun 2011

Khamis, Jun 23, 2011

KHUTBAH JUMAAT

JANGAN TERIKUT-IKUT PERAYAAN BUKAN ISLAM


Marilah kita meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan sebenarbenarnya, iaitu dengan melakukan segala suruhan- Nya, dan meninggalkan segala larangan- Nya. Mudah-mudahan kita menjadi mukmin yang sejati dan mendapat hidayah di dunia dan selamat di Akhirat, Amin Ya Rabbal'alamin.

Akidah adalah perkara yang sangat penting yang wajib dipelihara dan dijaga dengan sebaikbaiknya oleh semua umat Islam. Sebagaimana umat Islam kita hendaklah berhati-hati dan berwaspada agar tidak melakukan sebarang perbuatan yang merosakkan akidah yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah Subhanahu Wata'ala.

Oleh itu, untuk memelihara dan menjaga supaya akidah kita sentiasa berada di atas landasan yang betul maka janganlah kita terikut-ikut dengan budaya orang bukan Islam dengan meraikan sesuatu perayaan dan sambutan yang bukan dari budaya dan amalan Islam seperti valentine's day, mother's day dan father's day.

Masyarakat kita biasanya mudah terikut-ikut merayakan hari-hari tertentu tanpa menyelidiki asal usul perayaan itu diadakan dan adakah ia diharuskan oleh syarak atau tidak. Sambutan valentine's day, atau hari kekasih umpamanya adalah berasal dari kisah seorang paderi yang bernama valentine yang giat menyebarkan agama Kristian di Rom ketika pemerintahan Raja Rom Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian termasuklah valentine kerana beliau seorang penyebar agama Kristian.

Walaupun berada dalam penjara, valentine tetap berusaha mengajar dan menyebarkan agama Kristian tersebut di kalangan banduan-banduan penjara, di samping membantu tawanantawanan penjara melepaskan diri dari penjara serta sanggup berkorban dan mati demi kasih sayang terhadap agama Kristian dan penganutpenganutnya. Kegiatan ini telah diketahui oleh Raja Rom menyebabkan dia diseksa dan akhirnya di hukum bunuh pada 14 Februari.

Bagi penganut Kristian, valentine adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan tuhannya dan dengan sesama manusia. Maka itulah punca orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan Hari Kasih Sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka valentine.

Manakala mother's day atau hari ibu telah dikenal pasti sebagai perayaan musim bunga bangsa lain sebagai penghormatan terhadap rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 Masihi, mereka merayakan hari yang mereka namakan sebagai 'Mothering Sunday' yang dirayakan pada asalnya pada hari Ahad keempat sama ada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary iaitu Mariam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek Hari Ibu sempena perayaan tersebut. Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Sejak dari itu, perayaan 'Mothering Sunday' telah digabung dengan ucapan kegerejaan. Penghomatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Pada tahun 1907 pula, Anna Jarvis telah memulakan kempen untuk melancarkan hari ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di sebuah gereja agar meraikan hari ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei.

Begitu juga halnya dengan perayaan father's day atau hari bapa. Perayaan ini pertama kalinya diadakan di sebuah gereja bagi memperingati 361 orang lelaki yang telah meninggal dunia dalam satu peristiwa ledakan hebat. Sebahagian besar mereka itu adalah immigrant (pendatang) yang terdiri dari kaum bapa. Idea hari bapa mula timbul dari seorang anak bernama Sonora Smart. Beliau melihat begitu besar pengorbanan dan bersusah payah bapanya dalam membesarkan adik beradiknya setelah kematian ibunya. Justeru itu, beliau sendiri berfikir mengapa tidak diadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa seorang bapa.

Ideanya ini telah cuba disebarluaskannya ke marata tempat. Sonora berusaha gigih demi memastikan impian dan matlamatnya itu tercapai. Akhirnya pada tahun 1972, telah diisytiharkan bahawa hari Ahad minggu ketiga dalam bulan Jun adalah sambutan Hari Bapa.

Berdasarkan penerangan tadi, adalah jelas menunjukkan bahawa sambutan hari kekasih, hari ibu dan hari bapa bukanlah perayaan bagi orang-orang Islam. Oleh yang demikian, orangorang Islam tidak boleh boleh turut sama menyambut dan merayakannya kerana yang demikian itu dikhuatiri akan membawa tashabuh (penyerupaan) terhadap mereka yang bukan beragama Islam sama ada di dalam budaya, tujuan dan akidah mereka. Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

Maksudnya: "Dari Ibnu Umar Radiallahuanhuma ia berkata, telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia dianggap salah seorang dari kalangan mereka." (Riwayat Al-Imam Abu Daud).

Sememangnya agama Islam mewajibkan umatnya berbuat baik kepada kedua ibu bapa tanpa terhad pada waktu tertentu sahaja. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al Israa' ayat 23-24:

Tafsirnya: "Dan Tuhanmu telah perintahkan, sampai engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau keduaduanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun perkataan "Ah", dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia yang bersopan santun. Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana balas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah untuk mereka, dengan berkata : "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

Perlu diingat bukan semua budaya itu baik untuk diikut. Oleh itu, ia memerlukan penilaian dengan sukat-sukat yang betul. Bagi kita orang Islam setentunya sukatsukat kita ialah hukum Islam, maka janganlah dijadikan diri kita perosak agama sendiri dan menyanjung agama lain pula.

Sesungguhnya agama Islam itu adalah agama yang tinggi dan mulia. Terdapat di kalangan umat Islam tidak menyedari hakikat ini sehingga terikut-ikut dengan budaya dan cara hidup masyarakat asing dengan beralasan mengikut peredaran zaman tanpa mempeduli budaya tersebut bertentangan dengan lunas-lunas ajaran Islam. Oleh itu jauhilah diri kita dari terikut-ikut dan terpengaruh dengan budaya asing yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Akhirnya, marilah kita mahasabah diri dengan meningkatkan keimanan iaitu dengan melakukan segala perintah Allah Subhanahu Allah Wata'ala dan Rasul-Nya serta meninggalkan segala larangan-Nya. Mudahmudahan dengan demikian kita semua terhindar dan terselamat dari kemurkaan dan segala bala bencana. Amin Ya Rabbal'alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Baqarah ayat 120, tafsirnya:

"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan reda (setuju) dan suka kepadamu wahai Nabi Muhammad sehingga engkau mengikut agama mereka. Katakanlah kepada mereka: "Sesungguhnya hidayat petunjuk Allah (agama Islam) itulah pentunjuk yang benar." Dan sesungguhnya jika engkau mengikut kemahuan mereka setelah datangnya wahyu yang memberi pengetahuan kepadamu mengenai kebenaran, Allah tidak lagi akan menjadi pelindung dan penolong bagimu."

Dipetik dari : www.religious-affairs.gov

Selasa, Jun 21, 2011

STOKIN SATU RINGGIT

Stokin ani dibeli dengan harga $1.00 untuk kegunaan harian di rumah. Untuk apa tak payahlah disebut yea. Ini adalah kali pertama aku membeli stokin yang sebegini. Itupun untuk kemudahan aku menyarungkan selipar namun tidak mudah untuk aku menyarungkan stokin ani ke kaki memandangkan kesemua jari2 kaki harus dimasukan satu persatu ke dalam ruang yang disediakan. Bukannya nak cepat, makin lambat ada lah ...

Aku suka tengok stokin ani sebab combination colour yang cantik tapi sebaliknya kadang2 bila tengok betul2 rasa macam nak ketawa lah pulak bila tengok jari2 kaki yang nampak satu persatu ... seperti apa ya? hahaha ...

Rabu, Jun 15, 2011

SANTAI

Keluar rumah sekeluarga memang jarang2 dilakukan. Biasanya semasa berhari raya ke rumah-rumah keluarga terdekat sahaja. Once in a year kata orang putih :D.

Destinasi yang ditujua ialah Pantai Serasa Muara. Tidak banyak aktiviti yang dibuat... hanya mengail dan bersantai dikawasan pantai.


Kakak dan adik perempuan mengambil kesempatan berjual barang-barang "hand made" mereka dan disamping atu ada jua dijual barang-barang lain dengan harga yang murah. Sayangnya gambar tidak diambil sepenuhnya.

sebahagian barangan "hand made" yang dijual

Lepak di sini, dibawah pokok lama-lama memang tak seronoknya ... cukup masa cukup jam aku deployed ke kawasan persisiran pantai di hujung jalan. Tengok keluarga yang lain sedang mengail. Alhamdulillah keadaan cuaca sangat mengizinkan aku untuk lepak2 di sana sambil memandang laut.

Hasil mengail memang tahap mendukacitakan ... langsung tiada ikan yang sangkut. Yang penting hanya untuk having fun saja ...

~ peace ~

Jumaat, Jun 03, 2011

BIT 2011 ~ BRUNEI INTERNATIONAL TATTOO 2011

TATTOO kembali semula. Alhamdulillah aku masih sempat menyaksikannya untuk kali kedua pada 1 Jun, jam 8.00 malam. Kali pertama menyaksikan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, tahun? ... tak ingat pulak tapi bila tengok info website http://www.mindef.gov.bn/tattoo2011 ini ianya diadakan pada tahun 2006. Mmmm aku ingatkan ianya diadakan 10 tahun yang lalu, rupa-rupanya tahun 2006 hehehe ...

Harga tiket yang dijual $20, $15, $10 dan $5 dan aku cuma beli tiket harga $5. Tak payah beli tiket mahal-mahal, janji dapat tengok :p .

grand finale ...

Persembahan berjalan selama 3 jam. Akhir jua balik ke rumah tapi takpe yang penting kita enjoy. Okey.

Pages