google28d19bd85b072b60.html AKU DAN BLOGGER.com: Februari 2010

Ahad, Februari 28, 2010

TAMAN REKREASI WASAI BEDANU

Perjalanan yang tidak dirancang...hasrat hati saja kan jalan-jalan makan angin di kampung orang, tarus kan mencuci kereta di kedai. Round punya round ternampaklah pulak papan tanda disalah satu simpang jalan di kawasan Kiudang Tutong, kalau ku inda silap. Display atu menyatakan tentang Peranginan Taman Rekreasi Wasai Bedanu. Memandangkan hati berminat untuk mengetahui rupa dan keadaan taman rekreasi berkenaan why not dicuba tengok.

Perjalanan untuk menuju ke tempat yang dimaksudkan, memakan masa dalam 10 hingg ke 15 minit. Tempat ani senang untuk dicari, hanya mengikuti jalan terus ke hadapan tanpa memasuki mana-mana simpang jalan. Jalan rayanya okey... tidak memerlukan kereta pacuan empat roda atau yang sewaktu dengannya untuk pergi ke sana, hehe! cukup dengan memandu kereta saloon biasa pun boleh.

Papan tanda taman, sebelum masuk ke kawasan tersebut.

macam ani tah jalan rayanya ni kan menuju masuk ke taman...

terkejut jua bila tengok bas ani... dalam hutan pun ada bas ke? bas siapa? 

tempat letak kereta bagi pengunjung-pengunjung taman


menuruni jalan bukit dan tangga, jalan utama untuk menuju ke wasai

Dari atas bukit sudah ku terdengar keriuhan suara-suara perempuan. Suara yang riang dan ketawa-ketawa mesra. Mmmmm persis seperti suara puteri-puteri bunian mandi sungai hehe!.... dan bila sampai ke bawah... fuh! ramainya orang.....

Kebetulan hari tu, ada rombongan anak-anak sekolah dari Kuala Belait with their cikgu-cikgu so terasa jua kemeriahannya. No wonderlah ada bas di luar yea. Some of them iski sudah berandam di air and they look really.... really happy... so sweet kan...


disediakan juga chalet untuk berehat dan bersantai


DAN...
wala!!! inilah wasai dan taman yang dimaksudkan


Antara gambar-gambar yang sempat di"snap" 
lokasi : di kawasan letak kereta

 



Okay!

Jumaat, Februari 26, 2010

LEPAK DI PANTAI

Alhamdulillah...minggu ani dapatlah rehat panjang sedikit.... 3 hari off keraja sebab sambutan hari Maulidur Rasul 1431 jatuh pada hari Sabtu. Dapatlah ronda-ronda tempat peranginan ni.


Kali ani destinasi ke Telisai Tutong pulang. Kamu-kamu sudahkah kemari?

Semasa ku sampai di taman ani, sunyi berabis. Tiada seorang pun yang datang berkunjung. Wondering kenapa.... mungkin orang inda banyak tahu tempat ani atau... orang inda berapa minat... tepuk dada tanya selera, hehe!




Aku spent time di sini lama jua, lunch ku tarus... makan nasi tapau yang ku beli dari gerai di simpang jalan Telisai, simpang kan menuju ke taman ani. Having fun jua... free otak seketika bila melihat pantai yang membiru... hehe! dan sempat jua mengambar-gambar sekeliling taman dan pemandangan pantai.

For boys yang minat main bola atu, kalau kan ke mari baik tah bebata bola...sebab taman ani ada disediakan jua padang bola dan jangan lupa jua bebata baju, kalau kan swimming sebab pantai pun ada jua disediakan di sini :D


Masa berlalu begitu cepat... cukup jam, aku berangkat balik...meninggalkan seribu kenangan dan angan-angan... (mmmm??? kalau bermalam, mengadakan berbeque sambil-sambil atu membuat aktiviti-aktiviti yang sihat bersama keluarga atau kawan-kawan, tidur di dalam khemah masing-masing...kan seronok!...).

Tapi tak tahulah sama ada tempat ani dibenarkan atau inda untuk bermalam dan memasang khemah... kita tanyalah pada Jabatan Perhutanan yeaa...


Khamis, Februari 25, 2010

12 RABIULAWAL/ 20 APRIL TAHUN GAJAH


SALAM MAULUDIRRASUL
12 RABIULAWAL 1431

Selawat Serta Salam Ke atas Nabi Junjungan kita,
Nabi Muhammad S.A.W

Selasa, Februari 16, 2010

WHAT A WASTE

I love this shoes... but I couldn't wear it :( . Its so sempit dan menyakitkan. Walaupun belum pernah dipakai di mana-mana...(main testing-testing pakai saja di rumah adalah). Its been 2 weeks sudah dalam simpanan. I bought it for $42.50. So disappointed bila sampai rumah, ALLAH so so sempit dan menyakitkan kaki. Kasut yang di display hari tu...Alhamdulillah muat dan a bit selesa untuk di pakai....yyyyy?????. How I wish...kakiku mengecil masa ni, hehe.





Khamis, Februari 11, 2010

PERPISAHAN LAGI....

Majlis perpisahan bagi student attachment, Nurul telah diadakan pada hari Rabu, 10 Februari 2010, lunch time. Von Voyage for her sebab nak balik semula ke Australia untuk menyambung study di sana, her last semester and missing her dah tentulah tu... tapi nak buat macam mana kan namanya jua student attachment ani, tak akan kekal lama.

Biasanya dorang hanya stay for a few months...working...laughing...crying...and so so on bersama kami, lepas atu dorang akan kembali semula where they belonged, so macam kami ani berat-berat hati pun kan melepaskan...kami terpaksa jua menerima kenyataan.. Hanya doa dan harapan saja dapat kami kirimkan agar dorang berjaya dalam future kerjaya dorang dan berjaya dalam hidup.

Kewajiban kami hanya untuk membimbing dorang, mengajar dan memberi pengalaman kerja yang ummph! untuk dorang bawa ke alam pekerjaan dorang nantinya... inda banyakpun sikit jadilah. Yang penting saja...walaupun dorang hanya student attachment, they should ada inisiatif sendiri untuk meningkatkan diri selain dari menunggu bimbingan dari kami. So masing-masing punya kemahuan... yang penting peluang sudah diberi dan atu pandai-pandailah dorang menggunakan peluang-peluang yang ada.

For my experience sendiri, I have been working a lot with student attachment ani, mengajar dan membimbing dorang supaya dorang jadi pandai membuat kerja-kerja pejabat especially pasal kerja-kerja perkeranian. Sudah bermacam-macam karenah dorang jua harus dilayani yang kadang kala menguji kesabaran ku sendiri hehe!. For me, yang paling penting bagi student-student attachment adalah disiplin diri dan keinginan untuk belajar. Mun kedua-dua kreteria-kreteria atu nada.... cuba bayangkan saja macam mana kan jadi seorang pekerja yang berkualiti. Kan?...

And will missing much this girl... tapi kita kawan tak lama... :(




Isnin, Februari 01, 2010

RTB MEDIA CARNIVAL & CONSUMER FAIR 2010

Thanks to mom pasal bersuara untuk meminta bawa ke ICC semasa karnival RTB & Consumer Fair kelmarin. So memandangkan kelmarin atu is the last day...lagipun i'm doing nothing jua di rumah so why not aku membawa mama ke sana. Having so much fun jua... away from home...cuci-cuci mata tapi membalinya tiada, haha!. Apa yang dibeli hanya barang-barang makanan saja. Itu lebih baik kan...daripada membeli barang-barang yang diri sendiri sudah ada. Nak beli barang pun harus berfikir dua tiga kali, hehe...berjimat tu lebih baik daripada membazir... :p

Karnival RTB dan Pesta Pengguna tu sebenarnya diadakan pada tempat yang sama iaitu di ICC, tarikh karnival RTB diadakan mulai 27 hingga 31 Januari sementara Consumer Fair diadakan mulai 28 hingga 31 Januari 2010.




Untuk masuk ke dalam Winter Wonderland ni...mesti que-up, time kami tu dah panjang dah quenya tapi sabar tu penting... dan kena bayar $1 bagi dewasa dan 50 sen bagi kanak-kanak.




Untuk kan bergambar di dalam ni memang susah. Nak ambil tempat yang cantik dan kan posing comel-comelpun orang lain tumpang tengok, haha!. Banyak orang... dan berabut... terpaksatah tunggu giliran. Yang paling iski adalah kanak-kanak dan orang dewasapun apa kurangnya...mcm gambar kat atas... :D

Oraits!

Pages