google28d19bd85b072b60.html AKU DAN BLOGGER.com: Mac 2012

Jumaat, Mac 30, 2012

MAKANAN KOREA

Makan malam dengan menu masakan korea di Silla Korean Restaurant. Alhamdulillah menu yang diorder tidak menghampakan. Walaupun rasa masakan terasa berlainan sedikit dengan rasa masakan melayu tapi alhamdulillah perut aku dapat menerima dengan senang hati hehehe.


Kali pertama aku makan di sini bersama kawan. Rasa ragu-ragu jua kan order apa. Mujur ada menu "Gimbab". Gimbab ni seperti sushi cuma ukuran gimbab lebih besar sedikit daripada sushi dan gimbab tidak dimakan bersama wasabi so tak ada masalah bagi aku untuk mencuba.

Dan semalam ... aku, sister dan mama inda lepas peluang. Selagi poket masih tebal why not pergi ke Silla Restaurant lagi  kan try menu-menu yang lain ;) . Harga setiap menu masih berpatutan dan yang istimewanya ialah banyak jenis "side dish" yang disediakan. Secara inda langsung, ianya memberikan kami peluang untuk merasai masakan-masakan korea yang lain, kan ...

Salah satu menu yang popular bagi masyarakat Korea ialah masakan "Kimchi". Apa yang aku tahu, kimchi ni sangat baik untuk kesihatan dan untuk informasi yang lebih detail just click lah di sini yea .... http://en.wikipedia.org/wiki/Kimchi.

Alhamdulillah jua, Kimchi sudah pernah merasa dan mungkin dimasa yang akan datang akan mencuba menu yang lain lagi dan sudah semestinya di Silla Korean Restaurant .... huhuhu ...


Selasa, Mac 13, 2012

BELAJAR DARI YOUTUBE

Baru balik kerja. Sampai rumah terus update blog :)


Rasa bersyukur jua sebab segala usaha untuk mengubah template baru blog ani tercapai. Kali ani tema hijau lah pulak ... hehehe. "Kalau inda belajar mana kan pandai" itu kata orang. Di awal cerita, memang sukar jua rasanya kan mendapatkan template baru ani dengan menggunakan kaedah "download". Sudah didownload mesti di unzipp lagi. Kan meng "unzipp" atu lah yang aku "no idea" :(


Setelah puas berfikir macam mana kan meng "unzipp", dannnn ...aku teringatkan Youtube.com. Dari Youtube lah aku belajar dan sesi belajar berjalan dengan lancar, ringkas .... padat ... dan mudah difahami huhuhu!!!!. Sebenarnya semenjak dari permulaan membina blog ani memang aku banyak jua belajar daripada Youtube. Mana-mana langkah yang kurang ku fahami memang Youtube lah menjadi sebagai guruku. Thank you Youtube .... ",)


Alhamdulillah di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Sabtu, Mac 10, 2012

OLE~OLE~OLE BRUNEI!!! 2012

Semalam perlawanan akhir Piala Hasanal Bolkiah telah diadakan di antara Brunei dan Indonesia yang mana pasukan negara ini telah menewaskan Indonesia dengan jaringan 2-0. Perlawanan akhir diadakan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah. 

Aku rasa berbangga sangat dengan dorang. Inda salahlah dengan gelaran yang diberi sebagai "Tebuan Muda". Corak permainan yang alhamdulillah ... baik dan pertahanan yang mantap. Dorang ni muda lagi dan mungkin kalau diberi peluang untuk diserapkan ke dalam National Team Brunei mungkin inda salah. Yang penting training ... training ... training dan displin mesti ada dalam diri ... kan ... ;)

Aku bukanlah peminat bola sepak tapi demi negara inda salah menyokong. Tengok sajalah dalam gambar, stadium negara penuh dengan warna kuning. Akupun inda jua lepas peluang, kuning tetap jadi pilihan untuk dipakai ke perlawanan tu semalam hehe.


O yeap, Piala Hassanal Bolkiah ni sebenarnya diadakan setiap 2 tahun sekali so harap-harap semoga ada kesempatan lagi diberikan untuk menyaksikan diperlawanan akan datang. InsyaAllah.

Apa-apapun, tahniah untuk Brunei. Maju Sukan Untuk Negara ... huhuhu!!!


Pages