google28d19bd85b072b60.html AKU DAN BLOGGER.com: Ogos 2009

Selasa, Ogos 25, 2009

BIRTHDAY BABY

Happy Birthday Glitter Graphics



Haha... i'm still confused laa, sampai lupa kan mengupdate my own blog ani. Rasa-rasaku macam mengupdate blog sendiri pulang hari tu...(only my sister yang tahu tu apa yang ku maksudkan, hehe!).

Anyway, Haikal birthday hari tu on the 23th August 2009 yang ke 1 tahun. Wuhu! makin basar sudah Haikal ani dan perkembangan terbaru yang baru ku nampak masa Haikal di rumah during birthdaynya ialah Haikal sudah pandai berdiri. Haha...terkezut jua ku pasal takut ku Haikal jatuh tapi c.nanny nya (my lil sister) inda ingau lagi pasal my lil sister yang banyak spending time sama Haikal semasa waktu bekerja. So jangan hairan kalau ia banyak tahu perkembangan terbaru tentang Haikal. Aku jarang-jarang saja jumpa Haikal tapi walaupun jarang, Haikal still kenal and love ngangahnya ani. Heheeee...

More news in SBHfamily.blogspot.com

Happy Birthday Glitter Graphics

Happy Birthday Glitter Graphics








Sabtu, Ogos 22, 2009

SELAMAT BERPUASA (22.8.2009)



KELEBIHAN DAN CARA MENCAPAI KESEMPURNAAN PUASA
Kelebihan Bulan Ramadhan.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.
Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.
Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.
Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan.
Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sambda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup."
Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)
Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa
Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:
  • Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t.

  • Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria'.

  • Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: "Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram."
    (Surah Al-Maidah:42)

  • Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.

  • Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.

Jumaat, Ogos 21, 2009

TEMBURONG MARI # 2

Fuh! setelah lama bersabar dan terus bersabar, seperti yang dijanjikan ani ada lagi kisah-kisah dari Temburong. Bersabar pasal bila ku kan mengdownload gambar-gambar ani arah slide.com atu banyak masalah yang timbul dan mengambil masa beberapa hari untuk ku menyiapkan. Mmmm bukan mudah jua rupanya kan berkerjasama dengan slide.com ani yea...hehe.

Anyway selesai kursus Induksi, kami menghantar staff kami lagi kursus di Outward Bound, Temburong (OBBD). Kursus diadakan selama seminggu dan salah satu program dorang ialah ber rafting di sungai. Rafting ani as u can see dalam gambar... nya tani, bekayuh di sungai so kami sebagai staff penyelaras inda lepas peluang ikut jua ber rafting hehe...

Ikut jadual, kami rafting sama-sama peserta kursus tapi memandangkan ada masalah kenderaan di pejabat so kami tolak dan sampai ke OBBD akhir sedikit dan peserta-peserta kursus inda dapat menunggu kami pasal dorang mesti mengikut jadual yang telah ditetapkan. Perjalanan rafting memang jauh...kalau inda silap mengambil masa 2 jam bekayuh dari Pusat Lojistik ke OBBD dan alum lagi campur perjalanan dari OBBD ke Pusat Lojistik dengan menaiki Temuai (perahu panjang). Pasal aku pernah jua ber rafting dulu, tahun 2002 so hari ani is not my first experience ikut rafting.

Selesai dorang peserta kursus rafting, giliran kami pulang dan perjalanan rafting indalah berapa mencabar pasal kami melalui jalan sungai sebelah bawah dan kebanyakannya kperjalanan kami arah sungai yang tenang dan sekali sekala saja kami melawan arus sungai tapi inda apa...yang penting kami enjoy!!!

Sedikit informasi tentang OBBD ani, peserta yang dikursus bukan sahaja terdiri dari kakitangan-kakitangan kerajaan, penuntut dan syarikat-syarikat swasta tapi orang ramai pun boleh jua kalau mau. Yang penting kalau kan apply mesti dalam group, bukannya perseorangan dan bayaran sudah tentulah ada tuuu hehe...

Oraitz.


Sabtu, Ogos 15, 2009

JANGAN MENYERAH

I do really like this song. Lagu dari D'MASIV....tentang kehidupan dan selebihnya hayatilah liriknya ya...




LAKUKANLAH SESUATU YANG TERBAIK SEPANJANG HIDUPMU...KERANA HIDUP INI ADALAH SATU ANUGERAH DARI YANG MAHA ESA...


Rabu, Ogos 12, 2009

TEMBURONG MARI # 1

Sepanjang tiga minggu sebelum tibanya bulan Ramadhan, kami di tempat kerja inda kurang bizi. Banyak program yang telah diatur untuk pegawai dan kakitangan. Makan free pun inda kurang jua, haha... persediaan semua sudah siap. Menunggu tibanya tarikh yang telah ditetapkan saja.

Okeylah, Progran Induksi bagi pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat di jabatan, sudahpun selesai. Diadakan mulai 1 - 6 Ogos hari atu. Antara program yang disediakan ialah sesi taklimat dan lawatan ke cawangan jabatan di daerah-daerah dan aku memilih Daerah Temburong untuk mengiringi peserta kursus membuat lawatan di sana, lawatan diadakan pada Khamis, 6 Ogos 2009. Kami bertolak sebelah pagi dengan menaiki boat. Sampai di Temburong kami tarus ke cawangan jabatan dan sesi suai kenal serta sesi taklimat diadakan sambil atu minum-minumlah jua. Maklum orang bandar, sudah tantu lapar tu bila sudah sampai ke Temburong haha...

Sebelum sesi lawatan dimulakan, kami dibahagikan kepada 5 group. Deng??? untuk apanah? untuk nanti petangnya ada games. Laaa kami sebagai pengiring pun dimestikan jua ikut games?...mmmmmm manis...manis... macam peserta lah kami jadinya. Inda apalah, sekadar hiburan dan truely...we are having fun di sana. At least hilanglah stress keraja.

Okeylah, atu saja barangkali... selebihnya liat saja gambar-gambar yang ada yea. Lawa-lawa tu gambar-gambar kami aaah...maksudnya masa kami main games, hahaha!!! manis...manis...




Photo was taken by Pegawai Foto kami.

More news from Temburong nanti.... c ya

Isnin, Ogos 03, 2009

MILIK SIAPAKAH KAKI INI?

Sesuatu yang chomel telah berlaku. Milik siapakah kaki ini? Betul-betul menggeramkan hati kan... tambah menggeramkan hati ku bila hanya kedua-dua gambar ani memakan masa 2 hari untuk ku mendownload ke dalam blog ku ani. Waiting...waiting...and waiting tapi inda jua mau masuk-masuk, sampai ku menyamal kan meneruskan misi ku ani tapi akhirnya berkat sabar... sabar dan terus bersabar, last-lastnya mau masuk so terima kasih YA ALLAH kerana telah memakbulkan hajat hamba mu ani. Terima kasih...terima kasih.
Ani kaki C.Haikal ni sebenarnya...inda ku tahan meliat sorang-sorang so ku mau share sama kamu. Mun ku meliat sorang-sorang karang, abis ku gigit-gigit....haha!!!
:::hrrrmmmm!!!:::

:::chomelnyeee:::

Pages