Musim asam aur-aur sudah kembali. Memang lama dah inda meliat asam ani berada di pasaran hehehe. Memang betul lah kata my mom, buah ani setahun sekali baru ada. Selain dipanggil asam aur-aur, asam ani jua dipanggil sebagai asam kulit dan mungkin sesetengah kampung yang lain memanggil dengan nama lain.
Asam ani selalunya digunakan dalam masakan seperti masakan kari daging atau ikan, masak asam pedas dan sebagainya. Kata my mom, orang dulu-dulu menggunakan asam aur-aur ani sebagai ubat bagi wanita yang baru melahirkan anak yang mana asam aur-aur yang telah dikeringkan dicampur dengan air, kunyit, sirih dan sedikit garam atu diminum untuk kesihatan dalaman selepas melahirkan anak, cuma sekarang ani petua-petua yang pernah dipratikkan oleh nenek moyang kitani sudah banyak dilupakan.
Asam aur-aur yang sudah masak. Salah satu aktiviti my mom masa ani ialah "mengubak" asam aur-aur. Asam diperolehi daripada jiran belakang rumah. Jiran selalu bersedekah asam ani dan hasilnya ini lah.
Isi asam aur-aur. Kalau dimakan memang sedap. Rasanya manis....tapi awas...getah yang terdapat pada buah tersebut akan melekat pada gigi. Apa-apapun isi asam ani pun boleh diambil, lagi sedap rasanya berbanding dengan kulit cuma jika menjemur memerlukan masa yang lama untuk kering.
Kulit asam aur-aur yang sudah dijemur. Masih belum kering sepenuhnya.