google28d19bd85b072b60.html AKU DAN BLOGGER.com: April 2012

Selasa, April 24, 2012

KL

Bulan April ni ambil cuti panjang sedikit. Pergi KL, shopping ... shopping dan shopping dan seterusnya ingin melupakan sementara tentang kerja. Memang berbaloi kan! ;) dan sekarang masih mengira hari-hari terakhir kan masuk kerja.

Kesihatan kurang memuaskan pada masa ani. Really need some medication ...tapi inda tau bagaimana kan berjumpa doktor. Bukan inda tau cara tapi kalau kan berbelanja lebih dan layanan yang cepat, perkara yang paling mudah ialah pergi ke klinik swasta saja. Kalau kan berjumpa doktorpun inda memerlukan masa yang lama untuk menunggu. Yang penting kena bayar consultation dan bayar ubat mungkin dalam $25.00 ke atas. Terpulang pada harga ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor.  Berbanding dengan hospital kerajaan walaupun bayaran pendaftaran hanya $1.00, segala cost consultation dan cost ubat-ubatan free tapi jangka masa menunggu atu tah yang sangat membosankan, terlalu lama menunggu .... :).

Dan sekarang masih memikirkan, kan jumpa doktor ke tidak ni? :D

@ aquaria KLCC

Dalam post ku kali ani, rasanya inda perlulah aku kan bercerita banyak tetang my trip and shopping di Kuala Lumpur. I guess everybody pun sudah pernah merasai ke sana malahan ada yang sudah beberapa kali, like KL sudah jadi playground dorang. Untuk aku, ani pengalaman pertama ... so, excited memanglah excited. Nama jua melancong ke negara orang, siapa inda excited :). 

Dan sekarang semua tinggal kenangan. Masa untuk bersukaria dan mendulur diri dengan shopping shopping shopping di luar negara sudah berlalu. Harap-harap suatu hari nanti jika diizinkan akan bertemu semula dengan KL dan mungkin jua destinasi seterusnya ialah negara lain. InsyaAllah ....

My new collection

Novel ani pun ole-ole dari KL, di Jalan Masjid India. Salah satu senarai terpenting yang hendak dibeli di sana. Wondering kenapa di Brunei ani payah kan mendapatkan novel-novel penulis ani?

Pages