google28d19bd85b072b60.html AKU DAN BLOGGER.com: SUNDAY MORNING WITH NASI GORENG & TELINTING

Ahad, Julai 11, 2010

SUNDAY MORNING WITH NASI GORENG & TELINTING

Sunday morning … seperti biasanya bangun awal, around 8am. Dan hari ini waktu pagi aku banyak meluangkan masa di dapur. Cuci pakaian dan memasak. Mmmm lama dah inda memasak so hari ani baru ada kesempatan dan kerajinan. Atu pun since emak aku pergi jemputan kahwin so aku lah wakil yang berharap untuk memasak hehe... Mmmm since di rumah tak banyak benda kan dimasak untuk makan tengah hari so fikir punya fikir I decided kan memasak nasi goreng aje. Kan pergi beli barang di kedai ... malas nak drive. First step aku goreng ayam … then masak nasi …

Nasi dah masak so membuat persediaan untuk bahan-bahan nasi goreng. Some onions … carrot and brinjal and bahan-bahan perisa mana 2 yang patut.

and wala!!!

masakan ringkas aje :p

Dalam sibuk-sibuk di dapur. Aku terdengar bunyi telinting. You know telinting? Telinting ani suatu benda atu bahan yang dipasang di atas pohon buah-buahan untuk menghalau burung-burung yang berniat kan memakan buah di pohon tersebut. Biasanya telinting diperbuat daripada bahan besi atau aluminium. Macam tin bekas roti. Setentunya tin yang digunakan mesti berukuran yang agak besar. Lebih kuranglah macam tin minyak tanah. Telinting akan diikat dengan tali yang panjang dan ada kalanya tali disambung hingga ke rumah. Untuk memudahkan menarik tali telinting pada bila-bila masa.

Sekarang dunia dah moden. Mungkin pembuatan telinting pun menggunakan barang-barang moden. Macam jiran aku ni, pasang telinting dengan menggunakan “talam” dan sudu besi. Kalau tali telinting ditarik, talam dan sudu besi akan berpalu dan mengeluarkan bunyi yang bising dan burung-burung akan terbang lari dari pohon tersebut.

Ini telinting jiran sebelah rumah yang sempat aku snap. Yang bulat tu adalah "talam" (tray) dan diikat bersama-sama 2 sudu besi. Mmm sebenarnya telinting ni dipasang berdekatan dengan rumah kami. So apabila jiran sebelah menarik tali telinting ... akan kedengaranlah sekalian rumah kami hehe ... tapi kami tak kisah ...


Jiran aku ni, hari-hari dia tarik telinting. Tak kira waktu dan masa. Biasanya paling awal dia tarik, diawal pagi. Nak dekat-dekat pukul 6. Maklumlah ... masa ni kan musim buah. Mungkin dengan adanya telinting, dapat jua menyelamatkan buah-buahan daripada dimakan burung.


Tiada ulasan:

Pages