google28d19bd85b072b60.html AKU DAN BLOGGER.com: CANTIK

Ahad, Disember 19, 2010

CANTIK


Alat solek dan wanita memang tidak dapat dipisahkan. Alat solek digunakan untuk menambah seri di wajah. Yang kurang cantik akan kelihatan cantik dan yang cantik akan kelihatan lebih cantik. Betul ke?


Aku inda kan cakap apa itu alat solek atau bagaimana hendak bersolek ... kalau tanya aku bagaimana, aku pun inda tau kan menjawab :D sebab aku memang rendah pengetahuan tentang cara-cara bersolek ani. Tapi biasalah ... naluri wanita ani, se simple-simple macam manapun dia kadang-kadang timbul jua rasa hati kan ikut-ikutan bersolek macam wanita lain. Contohnya seperti aku ini lah ... hehe

Sejak kebelakangan ani, kalau singgah ke kedai-kedai pharmacy mesti singgah dan merenung lama-lama di bahagian alat-alat solek. Nak pilih warna apa? Nak pilih pensil mata yang jenis macam mana? bila fikir-fikir balik, nak beli buat apa ... bukan pandai cara-cara pakai "make up" puuun. sampai kadang-kadang diri sendiri jadi keliru. Akhirnya inda tah jadi membeli.

Orang cakap simple tu memang cantik, "natural beauty" ... tapi macam yang ku cakap tadi naluri wanita. Wanita memang banyak keinginan terutamanya pada bab-bab kecantikan. Cantik muka, cantik kulit, cantik badan dan cantik pakaian. Kalau boleh le, dari head to toe semuanya mau kelihatan cantik.


"katie holmes with and without make up"


Kan kelihatan cantik memang tak salah, tapi biar berpada-pada. Jangan sampai sebulan gaji dibelanjakan untuk kecantikan saja. Ikut kemampuan ...

Yang penting biar cantik di luar (penampilan) dan biarlah juga cantik di dalam (hati) ...

lagu ni memang cantik ...

Tiada ulasan:

Pages