Ini kali kedua aku datang bertandang ke taman ani. Semasa kali pertama dulu rasa malas kan mengambil gambar dan sekarang baru ada mood dan publish terus dalam blog. Alhamdulillah...
Destinasi kali ani ialah ke Taman Rekreasi Wasai Batu Mapan. Terletak di Daerah Tutong. Apabila aku sampai ke sana ramai jua orang sedang mandi-manda. Aku tumpang berehat aje dan sambil-sambil atu melihat sekeliling taman. Keluasan taman sederhana saja.
Apa yang menariknya di taman ani ada jua terdapat air terjun . Tempat air terjun ani lah yang menjadi tumpuan orang ramai terutamanya bagi lelaki. Semasa kunjungan ku di sana, ada sekumpulan remaja lelaki sedang bermandi-manda di air terjun berkenaan. Seronok jua lah mendengar suara-suara kegembiraan mereka :)
Air terjun ani agak tinggi jua. Bagi yang penakut memang rasanya inda sanggup kan terjun dari atas kecuali bagi yang sudah biasa. Sempat mengambil gambar air terjun dari sebelah atas. Mungkin lagi cantik kalau aku mengambil dari sisi depan tapi memandangkan remaja-remaja lelaki atu sedang bermandi-manda niat hati biar dibatalkan saja, sebab inda manis rasanya perempuan skodeng lelaki mandi. Hehehe...
air terjun di Taman Rekereasi Wasai Batu Mapan
orait, jumpa lagi...






Tiada ulasan:
Catat Ulasan