Salam pagi Jumaat...
Hati terasa hendak blogging sebab blog sudah lama dibiarkan sepi, tambahan lagi sejak kesemua gambar-gambar di dalam blog ani telah terdelete melalui handphone... *silap sendiri :s *. Proses memasukan semula gambar-gambar yang ada masih dijalankan sehingga sekarang ani walaupun adakalanya gambar-gambar yang telah dipublish sudah tiada dalam simpanan. Apa-apapun bak kata Dian dalam filem Istanbul Aku Datang, kalau plan A sangkut...kita pakai plan B pulak. Hehe... Plan B, aku terpaksa gunakan khidmat Mr. Google untuk menyelamatkan keadaan. Selebihnya akan aku usahakan selagi termampu :)
Drama Adam dan Hawa memang hot pada masa ani. Ada biskita meliat? Kalau inda silap, semalam sudah siri terakhir episode 80. Aku memang mengikuti jua drama ani tapi memandangkan di rumah inda terdapat Astro Mustika HD tengok di internet saja le melalui website ani :
Dalam masa yang sama jua, aku ada mengikuti drama korea May Queen. Drama korea yang membuatkan aku paling banyak menangis berbanding dengan drama-drama korea yang lain hehehe... Kalau inda silap jua May Queen ani drama terbaru yang baru selesai disiarkan di kaca tv korea. Link :


Tiada ulasan:
Catat Ulasan