google28d19bd85b072b60.html AKU DAN BLOGGER.com: RONDA-RONDA KAMPONG

Ahad, Mei 17, 2009

RONDA-RONDA KAMPONG



Ronda-ronda tempat orang akan banyak memberi pengetahuan dan pengalaman yang tersendiri yang mungkin tidak akan dilupakan. Kata orang jauh perjalanan, luas pandangan...

Iatah, hari ani aku mau share sama kamu...kamu dan kamu pasal perjalanan ku ke suatu tempat yang mungkin ada yang tau sudah dan mungkin yang alum tau jua. Macam aku, aku pernah jua sudah ke sana tapi inda terfikir kan memasukan dalam blog. Pasal masa tu blog ku alum lahir hehe!

So, pernah dengar pasal empangan air di Kampong Batong? Nah iatah tempat yang famous tu bagi orang yang suka mengail. Tempat atu ada tasik dan di tasik atulah tempat orang mengail tapi hati-hati saja pasal dengar cerita ada buaya, wahhh!.
Tasik ani jua dijadikan bagi skim perairan untuk Ladang Betumpu di kawasan Bengkurong.

Cuaca petang, mendung... dan mengizinkan aku untuk santai-santai depan tasik untuk jangka masa yang panjang. Menghayati ketenangan suasana dan ketenangan air di tasik. Sangat mendamaikan...






Sambil merenung tasik... makanan jangan lupa, keropok dan minuman hehe!


Time santai-santai ada sesuatu yang menarik perhatianku. Orang sedang mengayuh sampan menuju ke daratan.


Hujan mulai turun, dan lamunan ku terhenti di sini....


Sebelum keluar dari kawasan empangan air, sempat mengambar kawasan tasik di sebelah sana lagi, walaupun hujan sudah turun.



Ini lah dia, empangan yang dimaksudkan dan inda dapat mengambar secara detail pasal hujan sudah labat sikit. Masa ambil gambar ani, aku dalam keta sudah.

*****
Selesai explorasi ku di empangan air, next destinasi ke Rancangan Padi Wasan lagi... mmmm masa ani Padi LAILA sedang ditanam di sana dan sempat jua ku mengambil gambar dalam suasana hujan sawah padi yang terbentang luas dipandangan mata. Chewah!


Ani papan kenyataan yang menyatakan tentang usahasama Negara Brunei Darussalam dengan negara Fillipina dalam penghasilan padi LAILA
Padi LAILA, padi yang berkualiti tinggi. Tahan cuaca panas atau hujan dan serangga perosak serta penghasilan yang kerap berbanding dari padi biasa.



Sulap jati...hehe!



Aaah ani... namanya KABOTA. Digunakan untuk membajak sawah. Kalau Kabota dulu, saiznya damit sikit dari yang ani. Dulu Kabotanya ada "handle" untuk dipegang tapi sekarang ani sudah dapat dipandu sendiri. Sejarah hidupku sama Kabota ani memang ada...hehe!. Kabota ani dulu tedapat di rumah. My Tangah yang bawa dari tempat kejanya di Pertanian untuk menjaga ke sejahteraan Kabota. Sanang saja, hidupkan enjin dan Kabota atu akan jalan sendiri. Janji pegang handlenya saja untuk menghala kan tujuan. So masa kanak2 dimain-main tah kabota ani. Kan sifatnya kanak2 ani mudah tertarik pada barang-barang yang baru. Then bila kana stat...dipigang tah rantai kabota yang menarik lagi tertarik atu, apa lagi tehapit tah jari-jari ku between rantai kabota atu. Ditarik-tarik jariku inda mau...then terpaksa tah dihidupkan semula enjin kabota untuk menjalankan rantainya... then barutah jariku lapas. So sampai ani ada "bakat" arah jari ku kesan dari tehapit rantai Kabota hehe! Sakit memang sakit... ulah sendiri kan....



:::NICE:::



Lagi...lagi...lagi... sudah merasa beras LAILA? mmmmmm masa perasmian penanaman beras LAILA oleh Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan, hari atu, ada lah kana bagi satu paket kecil (1 kg) beras LAILA. My mama sudah jua memasak dan rasanya inda jua menyeramkan liur, kiranya boleh tahan jua laa. Inda tau lah bagi yang banar-banar memilih makan.Sejujurnya, warna berasnya inda lah berapa lawa hehe!. Nya kitani warna kabut. Apa yang ku suka sekali ialah paketnya... hijau baiduri, deng!






Beras LAILA, berbeza warna dan rasa daripada beras biasa. Kualiti terjamin.





OrAiTz!!!...

Tiada ulasan:

Pages