google28d19bd85b072b60.html AKU DAN BLOGGER.com: BLOGGING TENGAH MALAM

Jumaat, April 24, 2009

BLOGGING TENGAH MALAM

Hey! walaupun masa ani jam sudah ke 12:30 tengah malam tapi aku masih alum tidur. Astaga...mengupdate blog tia pulang...hehe!!!. Ngantuk sudah sebenarnya nih tapi seems that aku kan away for 3 days so aku ambil kesempatan tengah-tengah malam ani mengupdate my blog. Nothing much...saja kan kongsi resepi yang ku copy dari majalah masa kami makan di kadai hari atu dan sambil-sambil mendengar orang berkaraoke so aku buatlah aktiviti ku sendiri. Tepakai ku kan resepinya atu dan bahan-bahannya pun senang kan didapat. Macam mee goreng bah...so if interested, cubalah memasak...and jangan lupa antati saja orang di sini, hehe!...


MAKARONI GORENG

Bahan-bahan :
120 gm makaroni - dicelur
40 gm daging ayam - dihiris
20 gm bebola ayam - dihiris
20 gm kek ikan
30 gm tomato - potong baji
30 gm sawi - dipotong
15 gm bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu besar cili sos
1 sudu besar tomato sos
1 sudu kecil kicap cair
1 sudu kecil kicap pekat
10 gm daun bawang - dipotong
garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk lada sulah
15 ml minyak masak

Cara membuat :
*Panaskan minyak masak.
Tumis bawang sehingga naik bau.
*Campurkan bebola ayam, kek ikan dan daging ayam.
Kacau seketika.
*Masukan sos dan cili dan diikuti dengan makaroni, kacau rata.
*Akhir sekali masukkan bahan-bahan yang lain dan kacau hingga sebati.
*Taburkan daun bawang dan sesuaikan rasa.
*Angkat dan sedia dihidang.




Plus...plus...plus...
Hari atu, masa aku balik keja dan parked kereta dekat garage di rumah...i saw this... kikik keratas. Mmmm kiiiiiiut... gerenti kikik kanak-kanak nih. Bagas dorang main dan nininya yang buatkan (my mama). Dulu masa kanak-kanak iatah mainan kami jua tu. Imagine...umur ku sudah berapa puluh tahun but still kikik macam atu masih ujud sampai masa ani. Kiranya alum lagi luput ditelan zaman lah tuuu hahaha!...Even akupun sudah lupa sebenarnya macam mana cara membuatnya....


gambar diambil dari google



...............Okeylah sudah akhir nih Kan tidur dulu ah. Hopefully tidur esok malam akan membahagiakan hehe! tunggu tah cerita selanjutnya selepas tiga hari.




1 ulasan:

www.balitopholidays.com berkata...

salam kenal dari pulau dewata ^^!

Pages