Hari ini adalah cuti awam sempena sambutan Tahun Baru Cina and aku inda pergi ke mana-mana. Hanya menghabiskan masa duduk di rumah dengan menonton DVD dan TV. Bosan tu bosan juga tapi menjelang pukul 6.30 petang drama kegamaran aku SPA Q dapat menghilangkan rasa bosan yang melanda. Sehabis SPA Q aku terus melayari internet dan membaca blog-blog kegemaranku. Blog Norhayati Berahim adalah blog yang digemari sekali seperti gemarnya aku membaca novel-novel karya beliau. Sudah lebih 10 buah novel beliau yang sudah dibaca dan alhamdulillah setakat ini novel-novel yang sudah dibaca tidak pernah mengecewakan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan